Siasatan pihak FA terhadap kes perjudian melibatkan Lucas Paqueta kini tertumpu kepada tiga layangan kad kuning membabitkan pemain itu, termasuk pada hari pembukaan Premier League pada musim ini.
Siasatan rahsia selama lima bulan terhadap dakwaan pemain itu terlibat dalam perjudian mulai mendapat perhatian apabila pihak penyiasat menjangkakan pemain itu akan menerima layangan kad kuning dalam perlawanan menentang Bournemouth 11 hari lalu.
Dan jangkaan itu tidak meleset apabila pemain Brazil itu menerima layangan kad kuning pada minit terakhir perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1 itu.
Ini bermakna Paqueta dilayangkan kad kuning dalam semua tiga perlawanan yang kini dalam siasatan FA β siasatan yang menyebabkan perpindahan bernilai Β£85 juta pemain itu dari West Ham ke Manchester City tidak menjadi kenyataan kerana integritinya mulai dipersoal.
Kes pertama siasatan layangan kad kuning membabitkan Paqueta adalah ketika perlawanan menentang Aston Villa yang berkesudahan 1-1 pada 11 Mac lalu.
π¨ BREAKING: Lucas Paqueta is being investigated by the FA for bets linked to a yellow card picked up on March 12th.
Initial analysis shows that the bets were made in Brazil on Betway by people close to Paqueta. π§
This is the foul which led to the card being received π¬ pic.twitter.com/86aD8GgtXJ
β ThePuntersPage.com (@ThePuntersPage) August 18, 2023
Dalam perlawanan tersebut, Paqueta melakukan terjahan lambat terhadap John McGinn sehingga tidak memberikan pengadil pilihan melainkan melayangkan kad kuning kepada pemain itu.
Layangan kad kuning kedua pula adalah ketika Paqueta melakukan terjahan terhadap pemain Leeds, Crysencio Summerville pada 21 Mei lalu.
Mail Sport mendedahkan layangan kad kuning Paqueta menentang Bournemouth ketika mengasari Illia Zabarnyi dan kemudian memaki pengadil Peter Bankes pada 12 Ogos lalu menyebabkan siasatan daripada pihak FA mulai dipercepatkan β sehingga menyebabkan perpindahan pemain itu ke Man City tidak menjadi kenyataan.
Difahamkan pihak FA telah mendapat makluman daripada pegawai penyiasat anti-korupsi pada hari berikutnya (Isnin) selepas perlawanan West Ham vs Bournemouth, sebelum perkara itu dimaklumkan terus kepada pihak West Ham dan Paqueta sendiri dua hari kemudian.
Pada ketika itu layangan kad kuning diterima Paqueta dalam perlawanan menentang Bournemouth tidak mendapat banyak perhatian.
Tetapi kini ia mulai dipersoalkan oleh penyokong, pegawai penyiasat dan peguam untuk hari-hari berikutnya.
Pemain berusia 25 tahun itu sudah meletakkan dirinya dalam bahaya ketika melakukan kekasaran pada minit akhir perlawanan, namun tetap melakukan protes keterlaluan terhadap pengadil β didakwa untuk sengaja mendapatkan kad kuning.
Pada ketika itu Paqueta tidak sedar dirinya sedang diperhati dan disiasat, walaupun siasatan sudah pun dilakukan sejak lima bulan lalu.
π¨ The investigation started from a bet on Lucas PaquetΓ‘'s yellow card in West Ham's 1-1 draw with Aston Villa, on March 12, in the Premier League.
The Brazilian took the yellow in the 24th minute of the second half. ππ‘
Initial analysis showed that on that day several new⦠pic.twitter.com/u3iOvdynbD
β Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 18, 2023
Penyiasat turut menjejak aktiviti kewangan meragukan daripada dua layangan kad kuning sebelum ini dan juga perlawanan menentang Bournemouth musim ini daripada akaun yang didaftarkan di Kepulauan Paqueta yang terletak di pesisiran Rio de Janeiro.
Sumber kepada badan penyiasat kemudiannya mendedahkan akaun itu turut mempunyai perkaitan dengan pemain tersebut.
Siasatan asal sebenarnya dilakukan terhadap syarikat judi di Brazil yang menerima jumlah bidaan luar biasa terhadap pemain antarabangsa Brazil itu β untuk dilayangkan kad kuning dalam perlawanan menentang Villa pada Mac.
Paqueta pada masa ini menafikan semua dakwaan dirinya terlibat dengan aktiviti haram itu dan yakin pihak penyiasat tidak mempunyai sebarang kes untuk didakwa.
West Ham turut berada di belakang pemain itu dan David Moyes turut memilih pemain itu untuk berada di dalam kesebelasan utama dalam kemenangan 3-1 ke atas Chelsea pada hujung minggu lalu β dimana Paqueta menjaringkan penalti pada minit ke-93 perlawanan.
Ironinya, Paqueta turut dilayangkan kad kuning ketika berhadapan Chelsea.