Van Persie Jujur Akui Arsenal Lemah dan Lembik

Robin Van Persie tanpa berselindung dengan penuh yakin mengakui bahawa Arsenal merupakan pasukan lemah dan lembik serta tidak berada pada tahap untuk bersaing ketika beliau masih lagi bermain bersama Arsenal.

Pada ketika itu Arsenal masih lagi dibawah kendalian Arsene Wenger namun itu lah dirasakan Van Persie pada ketika itu. Tidak mampu bersaingan, tak power = lemah dan lembik kan?

Robin Van Persie kini sudah berusia 37 tahun telah menyertai Arsenal pada tahun 2004 daripada kelab Belanda, Feyenoord dengan nilai perpindahan hanya £2.75 juta.

Masa join Arsenal Van Persie baru berusia 21 tahun, kira £2.75 juta tu mahal juga zaman tu. Sekarang je harga mengarut.

Panas

Selama 8 tahun bersama Arsenal di utara London, Robin van Persie telah menjaringkan 132 gol dalam semua kejohanan dan kini berada di tempat ke-8 dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal.

Kemudian, Robin van Persie telah berhijrah ke Manchester United dalam satu perpindahan yang agak kontroversi menyertai musuh zaman-berzaman yang saling membenci.

Perpindahan pada tahun 2012 itu satu keputusan yang tepat untuk karier Persie apabila beliau berjaya menjulang trofi Premier League buat pertama kali dan terakhir.

Pada ketika itu Arsenal masih dipandang walau sebelah mata tidak seperti hari ini yang langsung tidak diendah, penyokong mereka entah wujud ke tidak.

Lapan tahun selepas menyertai Manchester United berkam pemain itu mula membuka mulut dan bercerita tentang kariernya bersama Kaj Gorgels.

Van Persie berbicara mengengai topik yang agak sensitif tentang permergian beliau dari Arsenal untuk menyertai kem Sir Alex Ferguson dan beberapa topik lagi.

“Ketika di Arsenal aku tak rasa kami berada pada tahap yang mampu bersaing.”

“Suatu hari pengerusi Arsenal telah menunjukkan aku betapa sihaynya(kewangan) kelab dengan menunjukkan angka-angka yang positif.”

Lalu Persie membalas kepada pengerusi Arsenal:

“Aku tak peduli taik pun pasal nombor-nombor ni semua, aku mahu angkat trofi Premier League.”

Agak power tak bersempadan jugak pengerusi Arsenal ni, kau nak tunjukkan keuntungan kelab kat pemain, dah la gaji bayar sikit nak beli pemain pun kedekut.

Van Persie juga mendedahkan bahawa, destinasi pilihan beliau yang utama adalah Juventus dan perjanjian secara tidak rasmi dengan Juventus telah dipersetujui.

“Kami rasakan yang terbaik adalah meninggalkan Arsenal untuk bersama kelab di luar England. Perbincangan dengan Juventus sudah hampir dimeterai.”

“Namun pengerusi Arsenal degil dan keras kepala dengan Juventus.”

“Aku bagitau beliau dua lagi pilihan yang ada adalah Manchester United dan Manchester City. Jadi kau tanggung la risiko.”

Van Persie mahu ke Juventus kerana risaukan dengan media di England yang sangat brutal namun pengerusi Arsenal tidak mahu menjadikan perkara itu menjadi realiti.

Oleh kerana sudah tiada hati bersama Arsenal maka Manchester United menjadi pilihan bagi merasai nikmat julang trofi Premier League.

“Aku tidak pernah ada masalah dengan media England. Di England mereka tidak kisah sangat dengan pemain asing dan mereka menyasarkan pemain dari England sendiri.”

“Mereka inilah yang akan jadi mangsa bukan kami.”

Sudah pasti perpindahan Van Persie ke Manchester United akan menjadi satu isu sensitif namun demi merasai kemenangan, Persie redah jua. Nak ke Juventus tak lepas.

“Pemergian aku dari Arsenal ke Manchester United masih lagi menjadi topik sensitif di England. Tapi aku mahu menang, aku hanya mahu menang.”

“Maka aku ambil risiko untuk itu.”

Mungkin jika Van Persie memilih Manchester City situasi tidak akan sepanas itu tapi akhirnya Persie akan jadi juara jugak kan? Alex Ferguson kot masa tu.

Persie juga mendedahkan juga bahawa beliau sangat mahukan Arsene Wenger mendapatkan pemain pertahanan Italy, Giorgio Chiellini.

“Aku pernah beberapa kali menentang Chiellini dan beliau pemenanga mutlak. Kau tengok sendiri la perlawanan menentang Belanda beberapa minggu lepas.”

“Beliau berusia 36 tahun, tapi beliau boleh membuat 9 sikuan sambil senyum. Beliau senyum je tanpa mendapatkan kad kuning. Kau perlukan pemenang dan pembunuh seperti itu.”

“Mengikut pengalaman aku, kami sangat bagus kat depan dan jaringkan banyak gol tapi penjaga gol dan benteng akhir kau adalah asas pasukan.”

Ada benar apa yang diutarakan Van Persie itu, bahagian serangan Arsenal tidak pernah ketandusan pemain yang menyengat cuma penjaga dan pertahanan tu sedih sikit.

Kontemporari ini nampak bahagian serangan pun dah mula pening.

BACA:  Gol Pertama Van Persie Untuk Feyenoord Selepas 14 Tahun Meninggalkan Kelab Tersebut