Pihak polis Sepanyol menerima kritikan daripada banyak pihak kerana bertindak aggresif terhadap segelintir peminat Celtic yang bertandang ke Valencia untuk memberi sokongan terhadap pasukan mereka.
Celtic akan bertemu Valencia dalam perlawanan timbal balik pusingan 32 pasukan terbaik Europa League yang bakal berlansung awal pagi nanti. Valencia berada dalam landasan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya selepas mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Celtic Park minggu lalu.
Walaupun sedar peluang Celtic untuk menewaskan Valencia agak sukar, ia nyata tidak menjejaskan semangat ribuan peminat Celtic untuk bertandang ke Sepanyol untuk memberi sokongan.
Ribuan peminat Celtic dilaporkan sudah tiba sehari lebih awal di Valencia untuk menikmati keindahan kota raya tersebut.
People just out enjoying themselves, police start slowly closing in from across the street closer and closer and then attack for the sake of hitting folk! pic.twitter.com/THoc9EJvk4
— Ciaran H (@_ciaranhaughey) February 20, 2019
Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku semalam. Polis perusuh Sepanyol yang berjaga di bandar Valencia dirakam bertindak aggresif terhadap peminat Celtic yang didapati berkumpul dalam jumlah yang ramai.
Spanish police doing there best to keep everyone safe absolute joke @CelticFC @StandForCeltic @Celtic1888News @CelticFCSLO @Kieran_Celtic @paulthetim pic.twitter.com/Xz6trj5tHF
— Daniel (@dan_mck98) February 21, 2019
Polis melibas kayu ke arah penyokong Celtic yang tidak bersalah sehingga ada yang terduduk kesakitan.
Peminat Celtic dilayan dengan kasar sekali walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Seorang peminat wanita yang cuba merakam keganasan polis Sepanyol telah dipukul dan dijatuhkan tanpa belas kasihan.
Tried to get one of the videos of police hitting folk last night while walking back to the apartment so they hit me ?? pic.twitter.com/tpdEGf7Vjh
— Emma McFarlane (@emmamcfarlanexx) February 21, 2019
“Cuba untuk mendapatkan rakaman video polis memukul orang awam semalam ketika berjalan pulang ke apartment, jadi mereka memukul saya.” Ujar wanita bernama Emma McFarlane menerusi akaun Twitter.
Mujurlah tiada penyokong Celtic dilaporkan mengalami kecederaan teruk akibat kejadian tersebut. Diharap tiada insiden panas akan berlaku apabila kedua-dua pasukan turun berentap di Mestalla Stadium awal pagi nanti.