Video Kompilasi Aksi Dungu Dari Maguire Sejak Bersama Setan Merah

Sebuah Video kesilapan terbesar Harry Maguire sejak menyertai Manchester United telah tersebar selepas kesilapan dungu yang beliau lakukan dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur kemarin.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 tetapi United terlebih dahulu ketinggalan dengan jaringan 1-0 pada babak pertama perlawanan selepas Steven Bergwijn berjaya menewaskan David de Gea.

Bergwijn juga berjaya untuk menewaskan ketua pasukan Manchester United itu dengan kelajuan yang luar biasa hingga tercungap-cungap Maguire dibuatnya.

Salah seorang pengguna twitter telah memuat naik satu video yang menggabungkan beberapa aksi kesilapan dungu yang dilakukan oleh pertahanan berusia 27 tahun itu sejak ketibaannya ke Old Trafford musim panas lalu.

Video tersebut berjudul ‘Harry Maguire: £80 juta Pound Superstar’ dan memaparkan segala aksi dungu dari pemain kebangsaan England itu termasuk dengan kesilapan yang beliau lakukan ketika perlawanan bertemu Spurs.

Maguire dikatakan sudah memperbaiki barisan pertahanan Manchester United sejak beliau tiba dari Leicester City musim panas lalu, namun terdapat ramai juga yang beranggapan bahawa beliau sebenarnya tidak membawa sebarang perubahan untuk pasukan.

Peminat pasukan seteru turut memberi reaksi terhadap video tersebut di twitter dan mereka turut sama mengecam kedunguan pemain pertahanan termahal dunia itu.

Selain para peminat, legenda setan merah, Roy Keane sendiri turut sama mengutuk dan tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh Harry Maguire.

Keane muncul sebagai salah seorang pundit di Sky Sports untuk perlawanan pada malam tersebut dan beliau berasa sangat tidak berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh De Gea dan Maguire.

“Saya tidak berpuas hati dengan apa yang Maguire persembahankan, bagaimana seorang pemain pasukan kebangsaan boleh melakukan kesilapan begitu.”

“Maguire dan De Gea… Kalau ikutkan hati saya, dua-dua tu saya tak kasi naik bas untuk balik lepas perlawanan. Pandai-pandai lah mereka cari teksi untuk balik ke Manchester. Buat kerja kamu. Pasukan sedang berusaha untuk bersaing di kedudukan empat teratas, tapi aksi mereka mengejutkan, saya sangat kecewa. Mereka patut berasa malu dengan apa yang mereka lakukan.”

Jelas Roy Keane dengan penuh kemarahan.

Disebelahnya ketika dalam studio tersebut merupakan bekas rakan sepasukannya, Patrice Evra yang tidak bersetuju dengan tindakan Keane.

Menurut Evra, kemarahan Keane boleh menyebabkan beliau melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mungkin akan ada ramai peminat yang kecewa.

Aksi De Gea pada awal musim lalu memang agak teruk dan sering mendapat kecaman dari para peminat termasuk dari legenda-legenda setan merah sendiri.

Sebelum saingan bola sepak digantung, De Gea sepertinya sudah mendapatkan rentak beliau dengan hanya bolos sekali dari enam perlawanan untuk setan merah bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United juga tidak pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

kesilapan yang dilakukan oleh De Gea dalam perlawanan ini diikuti dengan aksi penyelamatan luar biasanya menyelamatkan bola tandukan dari dalam kotak sudah pasti memeningkan kepala pengurusan tentang masa depannya di United.

Ini kerana Manchester United sudah berkira-kira untuk membawa kembali Dean Henderson yang kini sedang dipinjamkan kepada Sheffield United untuk kembali ke Old Trafford.

Dean Henderson telah mempamerkan aksi cukup mantap bersama Sheffield dan pastinya beliau mampu untuk menandingi De Gea untuk menjadi penjaga gol nombor satu di United.

Manchester United berjaya untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan penalti dari Bruno Fernandes, selepas Paul Pogba dijatuhkan dari kotak penalti oleh Eric Dier.

BACA:  Michael Owen Percaya 'Lembab' Merupakan Masalah Terbesar Harry Maguire