Seorang pemain bola sepak profesional beraksi di Liga Costa Rica dikenali sebagai Jesus Alberto Lopez Ortiz, atau turut dikenali sebagai Chucho maut dibaham buaya.
Menurut laporan polis Chucho diserang oleh seekor buaya di Sungai Canas yang terletak di wilayah Santa Cruz di negara itu.
Pemain itu beraksi bersama kelab Divisyen 2 Liga Costa Rica atau Liga Ascenco bersama Deportivo Rio Canas dan dilaporkan terjun ke sungai selepas selesai bersenam.
Menurut saksi kejadian, punca kematian sebenar bagaimanapun belum lagi diketahui sama ada kerana lemas atau disebabkan oleh serangan buaya itu.
Futbolista costarricense, Jesús López Ortiz perdió la vida tras ser atacado por un cocodrilo mientras nadaba en un río, matan a cocodrilo para recuperar el cuerpo pic.twitter.com/9601GciP8O
— Noventa Grados (@90gradosmx) August 3, 2023
Namun sejurus selepas itu mayat Chucho dilihat diheret oleh buaya tersebut di sungai seperti yang ditunjukkan melalui video yang mulai tular di media sosial.
Untuk mendapatkan mayat pemain berusia 29 tahun itu, pihak polis yang dipanggil ke tempat kejadian terpaksa melepaskan tembakan untuk membunuh haiwan pembunuh tersebut terlebih dahulu.
“Dengan rasa sedih kami mengesahkan pemain kematian pemain kami Jesus Lopez Ortiz (Chucho). Semoga rohnya berehat dengan tenang,” tulis kenyataan kelab.
➡️ Imagens fortes: jogador de futebol é devorado por crocodilo
Jesús López Ortiz, jogador de futebol de 29 anos, foi devorado por um crocodilo na Costa Rica e a cena foi gravada por moradores da região
Leia: https://t.co/sGIrbgRcGy pic.twitter.com/zIyRqgUitP
— Metrópoles (@Metropoles) August 3, 2023
“Berehatlah dengan tenang Chucho. Kami turut merasakan kesedihan bersama keluarganya. Kami akan merindui anda. Anda telah membawa pergi sebahagian daripada kami bersama anda selamanya sahabat.
“Hari ini adalah hari yang amat sukar buat kita semua dan kami akan mengingati anda sebagai seorang jurulatih, pemain dan seorang lelaki yang mementingkan keluarga.”