Piala Dunia 2022: Kemenangan Tidak Bermakna Jerman Ke Atas Costa Rica

Jerman Costa Rica

Kemenangan Jerman Ke Atas Costa Rica yang penuh bergaya tidak bermakna apa-apa dan tiada nilai apabila turut tersingkir dan memenuhi jangkaan ramai selepas tewas kepada Jepun pada perlawanan pembukaan.

Pasukan yang menunjukkan Jerman jalan keluar dari Piala Dunia 2022 adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Jepun yang mencipta kejutan menewaskan Sepanyol 2-1 untuk menjadi juara kumpulan E.

Jerman mengulangi pencapaian Piala Dunia 2018 apabila sekali lagi tersangkut di peringkat kumpulan dan empat tahun lalu mereka mempunyai Ozil untuk menjadi kambing hitam.

Namun siapakah yang akan menjadi kambing hitam Jerman kali ini?

Kegagalan Piala Dunia 2022 tidaklah seberat kesenduan teruk Piala Dunia 2018 kerana pada ketika itu mereka hadir dengan status juara bertahan apabila menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

Jerman dan Sepanyol dilihat sebagai calon pilihan awal untuk mara kerana kumpulan E dihuni oleh Jepun dan Costa Rica yang boleh menjadi santapan mudah.

Namun Jepun menjadi duri dalam daging dan dalang disebalik penyingkiran Jerman dengan teknik Samurai yang diam-diam ubi berisi.

Jerman memulakan perlawanan menentang Costa Rica dengan langkah kanan apabila mendahului seawal minit ke-10 melalui Serge Gnabry selepas melancarkan serangan bertali arus dari mula.

Hantaran lintang David Raum tepat mencari kepala Serge Gnabry dengan satu tandukan yang cukup untuk menewaskan Kaylor Navas.

Tiga minit berselang Leon Goretzka pula melayangkan badan untuk membuat hantukan tapi gagal menewaskan Navas.

Sehingga penamat separuh masa pertama Navas cemerlang menafikan percubaan Jerman dan Costa Rica memperoleh peluang menyamakan kedudukan di minit ke-41.

Kesilapan David Raum dan Antonio Rudiger dimanfaatkan Keysher Fuller Spence namun Manuel Neuer menepis keluar percubaan dalam situasi 1 vs 1.

Costa Rica tiba-tiba menjadi lebih mengancam di babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-58.

Tandukan terbang Kendall Waston berjaya ditepias Neuer namun bola muntah pantas disambar Yeltsin Tejeda dengan rembatan deras jarak dekat.

Jamal Musiala hampir menjaringkan gol kedua melalui rembatan dua kencang namun kedua-duanya telah terkena tiang yang sama.

12 minit selepas gol penyamaan, Costa Rica bangkit untuk berada di depan gol berpunca dari sepakan percuma.

Dalam kekalutan perebutan bola gol telah berjaya dijaringkan dan Manuel Neuer disahkan sebagai penjaring gol sendiri.

Dua minit sahaja gol itu bertahan apabila Kai Havertz menjaringkan gol penyamaan dengan satu penyudah yang bijak.

Berbaki 5 minit permainan masa sebenar dua gol lagi berjaya di hasilkan Jeman melalui Kai Havertz lagi dan juga Niclas Fullkrug.

Kai Havertz menjaringkan gol kedua peribadi dengan menyambar masuk hantaran Serge Gnabry.

Jaringan Niclas Fullkrug penuh berseni apabila hantaran lambung Joshua Kimmich telah ditanduk Leroy Sane kepada Fullkrug untuk satu tolakan mudah.

Pada awalnya gol itu dibatalkan kerana offsiden namun telah ditarik semula oleh pengadil untuk kemenangan 4-2 Jerman yang tidak memberi sebarang makna.

Keylor Navas walaupun bolos empat gol cemerlang menafikan tujuh lagi percubaan jahat Jerman daripada 26 percubaan Jerman lakukan.

Kesebelsan Utama Costa Rica: Navas (7), Duarte (6), Waston (6), Vargas (6), Fuller (6), Borges (6), Tejeda (7), Oviedo (6), Aguilera (6), Campbell (6), Venegas (6).

Pemain Simpanan : Salas (6), Bennette (6), Matarrita (6), Contreras (n/a), Wilson (n/a).

Kesebelsan Utama Jerman : Manuel Neuer (6), Joshua Kimmich (7), Sule (6), Atonio Rudiger (6), Davod Raum (7), Ilkay Gundogan (6), Leon Goretzka (6), Serge Gnabry (8), Jamal Musiala (8), Leroy Sane (7), Thomas Muller (6).

Pemain Simpanan : Klostermann (6), Niclas Fullkrug (7), Mario Gotze (6), Kai Havertz (8), Ginter (n/a).

Pemain terbaik perlawanan : Kai Havertz.

BACA:ย  UEFA Nations League: Sepanyol 6-0 Jerman