Reece James mencipta detik indah yang menyakitkan hati penyokong pasukan lawan, ketika beliau meraikan kejayaan Chelsea menewaskan Villarreal dalam perlawanan akhir saingan UEFA Super Cup.
Sebaik Kepa Arrizabalaga berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Raul Albiol, Reece James segera meluru ke arah penjaga gol Chelsea itu, seterusnya beliau terus menganjing penyokong pasukan lawan.
Rakaman insiden tersebut tular di media sosial dengan para peminat Chelsea terhibur melihat bagaimana nakalnya pemain full-back mereka itu menganjing penyokong pasukan lawan.
Reece James infront of Villarreal fans. This guy 😝😝 pic.twitter.com/rOGU0VATYU
— Kωαme Benαiαh.🐐 (@kwamebenaiah) August 12, 2021
Video tersebut telah dimuat naik oleh @LondonIsBluePodcast dan @CarefreeLewisG di laman twitter dan ia mendapat pelbagai reaksi dari para peminat.
Dalam video tersebut, Reece James dilihat berlari menuju ke arah Kepa untuk mengucapkan tahniah pada rakan sepasukannya itu dan pada masa sama, beliau sempat menganjing para penyokong pasukan lawan yang ada di hadapannya.
Reece James celebration energy for days. 🤩 pic.twitter.com/dyy4FQl8yT
— London Is Blue Podcast ⭐️⭐️ (@LondonBluePod) August 12, 2021
James mungkin langsung tidak menyentuh bola sepanjang perlawanan tersebut, namun ia tidak menghalang beliau untuk terus mengganggu emosi para penyokong pasukan lawan.
Pemain berusia 21 tahun itu menjerit dan bersorak kegembiraan di hadapan ratusan para penyokong Villarreal yang ketika itu genggam penumbuk melihat reaksinya di atas padang.
Rakaman tersebut turut memperlihatkan bagaimana pemain kebangsaan England itu tidak henti-henti mencium logo Chelsea sambil menunjuk-nunjuk pada penyokong Villarreal.
Selepas puas menganjing, beliau kemudiannya beliau mengikuti rakan sepasukannya yang lain untuk berkeliling stadium meraikan kejayaan mereka memenangi gelaran Super Cup.
REECE JAMES IS AN ABSOLUTE SH*THOUSE!🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/FkhVxhLkTq
— KING SHAMELESS ⭐️⭐️ (@CarefreeLewisG) August 12, 2021
Reaksi Reece James telah mengundang pelbagai komen dari para peminat, dengan penyokong Chelsea tentunya terhibur, manakala penyokong pasukan lawan akan merasakan yang beliau tidak matang.
Walau bagaimanapun, beliau sememangnya ada hak untuk meraikan kejayaan tersebut dan rasanya James masih belum ditahap keterlaluan.
“Dia menganjing betul-betul di depan para penyokong pasukan lawan, kalau saya penyokong Villarreal saya dah baling botol ke arah dia.”
“Sepertinya kejayaan ini sangat bermakna untuk dia, saya rasa dia betul-betul gembira dengan kemenangan itu.”
“Dia bakal menjadi legenda kelab pada satu hari nanti, saya jamin, dia memang betul-betul sayangkan kelab.”
Love what @reecejames_24 does here to the Villarreal fans. 📽:- @CarefreeLewisG pic.twitter.com/5cACI1Rlwl
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) August 12, 2021
Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan tersebut, Thomas Tuchel telah mendedahkan tentang pertukaran penjaga gol di minit akhir permainan.
Beliau menegaskan yang ia bukanlah kerana Mendy dibelenggu masalah kecederaan atau ada masalah lain, namun ia adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua penjaga gol sejak awal lagi.
Mendy sendiri sudah tahu yang Kepa sememangnya mempunyai kelebihan dari segi peratusan untuk menyelamatkan sepakan penalti dan pertukaran itu sememangnya ada dalam perancangan mereka.
“Ia bukan satu hal yang spontan.”
Reece James to the Villarreal fans behind the goal 🤣🤣🤣🤣 https://t.co/w7U5LhUYZd
— Football Therapy Yan (@ChelseaYannick) August 12, 2021
Jelas Tuchel kepada BT Sport.
“Kami sudah berbincang hal tersebut dengan penjaga gol ketika saya mula-mula sampai dan sejak ketika perlawanan kalah mati pertama kami bertemu Barnsley pada Februari lalu.”
“Jadi kami ada sedikit kajian statistik, kami sudah ada persiapan rapi, Kepa mempunyai peratusan menyelamatkan sepakan penalti yang lebih tinggi.”
“Pakar analisis dan jurulatih penjaga gol menunjukkan kajian tersebut pada saya, kemudian kami bercakap dengan pemain yang situasi ini akan berlaku ketika kita beraksi di pusingan kalah mati, sejak itu mereka sudah tahu.”
Thomas Tuchel: "We talked about it with the goalkeepers when we had the first knockout game against Barnsley. Kepa is has the best save percentage with penalties, the analysts showed me the data and since then I decided."
"Edouard Mendy is happy to do this for the team." pic.twitter.com/Uzs8TmYUSo
— Squawka News (@SquawkaNews) August 11, 2021
“Saya agak teruja bila Eddy menerima cadangan itu. Ia sangat menakjubkan ketika kami bercakap tentang itu sebelum aksi bertemu Barnsley. Sejak itu mereka memang sudah tahu.”
“Sudah tentu kami perlu lakukan apa yang terbaik untuk pasukan. Ia sangat diperlukan. Saya gembira ia berhasil.”
“Ini membuktikan yang Kepa memang lebih bagus dalam situasi itu. Mereka semua memang ada semangat sepasukan. Saya gembira untuk Kepa dan saya gembira untuk Eddy, untuk ada penjaga gol seperti ini, yang tidak besar kepala untuk keluar tinggalkan padang, dan gembira melakukannya untuk pasukan, sangat menakjubkan.”
Sumber: GMS