Terdapat rakaman jarak dekat insiden ketika Akhyar Rashid dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Ken Chansopheak dan ia sangat menarik untuk disaksikan.
Skuad kebangsaan Malaysia berjaya menewaskan Kemboja 3-1 ketika aksi perlawanan pembukaan saingan peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki.
Walau tidak bermain dengan baik, namun keputusan 3-1 yang dicatatkan sebenarnya sudah boleh membuatkan skuad Harimau Malaya menarik nafas lega.
😃 When you score your first-ever #AFFSuzukiCup goal!
🇲🇾 We've got Akhyar Rashid's celebration to light up your day 🔆#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/226LfGGQ6g
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 7, 2021
Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Kogileswaran muncul sebagai penjaring gol untuk bantu Malaysia menundukkan Kemboja 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan pada petang semalam itu.
Sath Rosib muncul sebagai satu-satunya penjaring gol untuk Kemboja dalam perlawanan ini, selepas beliau cemerlang menyempurnakan sepakan yang mereka menangi di minit-minit akhir perlawanan.
Walau bagaimanapun, insiden yang paling menarik untuk dibincangkan sebenarnya berlaku pada aksi babak pertama perlawanan, ketika Akhyar Rashid dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Ken Chansopheak.
Sekali lihat rakaman biasa sememangnya tidak nampak apa-apa yang aneh atau menarik, dengan ia jelas menunjukkan pemain pertahanan Kemboja untuk melakukan tackle keras menjatuhkan Mat Yat.
Ni baru makan besar, penalti dapat kepala member pun dapat pic.twitter.com/rt6nX7LGHW
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 7, 2021
Namun terdapat satu rakaman yang lain, ia jelas menunjukkan yang Akhyar juga sebenarnya sempat rembat muka Ken Chansopheak sebelum beliau rebah sepenuhnya.
Ketika Ken Chansopheak awalnya hanya sauk sebelah kaki Akhyar, dan kaki bintang JDT itu yang sebelah lagi dilihat tepat dihayunkan ke muka pemain Kemboja itu, sebelum beliau jatuh terbaring.
Tidak pasti sama ada ia disengajakan atau pun tidak, namun agak puas hati juga untuk Akhyar dapat makan besar dalam insiden tersebut.
Kepala pemain lawan dapat disebat, penalti juga berjaya beliau menangi dan lebih penting lagi, gol pembukaan Malaysia hadir dari sudut sepakan penalti yang beliau menangi itu.
Ada banyak insiden menarik yang berlaku dalam perlawanan ini, dan kebanyakkan darinya melibatkan Akhyar Rashid.
Por el Grupo B, Malasia 🇲🇾 derrotó por 3-1 a Camboya 🇰🇭, con goles de Safawi Rasid (23 min), Akhyar Rashid (61 min) y Kogileswaran Raj (78 min), mientras que el descuento lo hizo Sath Rosib (90 min) pic.twitter.com/12HdxoLSJi
— Selecciones Nacionales (@sel_nac) December 6, 2021
Beliau juga merupakan penjaring gol kedua dalam perlawanan ini, dengan peminat mengesan De Paula seolah-olah tidak mahu meraikan gol kedua Malaysia yang dijaringkan oleh Akhyar itu.
De Paula Merajuk Akhyar Tak Nak Passing
Dari awal sepak mula perlawanan antara Malaysia bertemu Kemboja, sehingga ke hari ini, nama De Paula masih lagi menjadi bualan mulut para peminat bola sepak.
Pemain naturialisasi itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan ketika aksi kemenangan 3-1 Malaysia tewaskan Kemboja malam semalam.
Sepanjang 65 minit beraksi, beliau sama sekali gagal untuk berikan impak seperti yang diharapkan oleh para peminat, sebaliknya pemain-pemain tempatan lebih menonjol.
De Paula ‘Koyak’ Dengan Ekor Harimau Malaya Sehingga Baling Botol Air Di Bangku Simpanan?https://t.co/RNoi0DCA8I
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 6, 2021
De Paula sebenarnya sangat diharapkan untuk memberikan impak yang lebih positif, memandangkan beliau mempunyai kelebihan fizikal yang boleh dimanfaatkan.
Selain gagal menjaringkan gol, beliau juga gagal mencipta gerakan-gerakan yang merbahaya ke kubu lawan, dan tidak keterlaluan untuk katakan beliau seolah-olah sekadar ada sahaja di atas padang.
Tular di media sosial pada ketika ini, aksi De Paula yang menunjukkan reaksi tidak gembira melihat Akhyar Rashid meledak gol kedua untuk negara pada aksi babak kedua permainan.
Syafiq Ahmad berjaya melakukan hantaran membelah padang ketika Malaysia melakukan serangan pantas, dan bola hantaran beliau cantik menemui Akhyar Rashid.
👏 Akhyar Rashid, take a bow!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/Eoh8mKjGcn
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Mat Yat membawa bola masuk ke kotak penalti lawan, dan turut berjaya memperdaya dua pemain pertahanan Kemboja sebelum melepaskan rembatan leret yang menakjubkan untuk gol kedua Malaysia.
Ketika Akhyar membawa bola masuk ke kotak penalti lawan, bintang yang difitnah sebagai pemain pilihan netizen itu sekadar melihat sahaja rakan sepasukannya cuba melepasi pemain lawan sambil beliau sendiri langsung tidak berusaha meminta bola.
Ketika Akhyar sudah ada ruang untuk melepaskan rembatan, beliau masih berdiri tegak umpama mahu menyanyikan lagu kebangsaan.
De Paula kena palau ke dia yang palau orang? pic.twitter.com/6vx5RjI0s2
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 7, 2021
Selepas bola berada dalam gawang gol lawan, beliau langsung tidak menunjukkan reaksi gembira atas kejayaan pasukan memperoleh gol kedua dalam perlawanan ini.
Beliau sekadar berjalan dengan muka kerek sambil pemain lain bersemangat meraikan gol jaringan dari Akhyar Rashid itu.
Jadi sekarang kenapa reaksi dia begitu? Dia kecewa Akhyar tak passing bola? Atau dia kecewa dia gagal jaringkan gol?
Off to a flyer!
🇲🇾 Malaysia are up and running at the @affsuzukicup after easing to a 3-1 win over 🇰🇭 Cambodia in Group B, thanks to goals from Safawi Rasid, Akhyar Rashid and Kogileswaran Raj! #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/I87x3k5Qja
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 6, 2021
Dek kerana langsung tak menyumbang apa-apa, De Paula telah dikeluarkan pada minit ke-65 permainan, dengan TCH memasukkan Luqman Hakim sebagai pengganti.
Ketika berjalan keluar meninggalkan padang, De Paula telah mendapat tepukan gemuruh dari para penyokong yang ada dalam stadium.
Menurut wakil ESPN Asia, Gabe Tan, De Paula telah menjeling para penyokong negara yang ada dalam stadium sebelum melepaskan kemarahannya dengan mencari gaduh dengan botol di tempat duduk pemain simpanan.
Beliau berkemungkinan tak puas hati dengan sorakan dari para penyokong, yang beliau rasakan sekadar menganjing dirinya dan bukanlah tepukan penghargaan atas aksinya yang tidak seberapa di atas padang itu.
Guilherme not happy after being substituted. For some reason decided to stare down the 🇲🇾 Malaysian fans that were giving him a round of applause despite his display, before throwing a bottle at the bench.
Not sure what the fans did wrong. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Pengurus pasukan, Tan Cheng Hoe ketika temu bual selepas tamat perlawanan telah bercakap tentang hal tersebut, dengan beliau menyatakan bahawa:
“Saya akan uruskan masalah ini. Dia sudah berikan yang terbaik ketika sesi latihan + dia juga sangat komited. Kadang kala ini hanyalah kekecewaan kerana dia gagal untuk jaringkan gol.”
“Saya sangat yakin yang De Paula sudah cukup matang, semoga dia boleh jadi contoh yang baik kepada pasukan.”
TCH on Guilherme:
"I will handle this matter. He's giving his best in training + very committed. Sometimes this is frustration because he couldn't get a goal.
"I'm sure De Paula is mature enough, hope he can set a good example for the team."#AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Ketika nama beliau sedang teruk dihentam oleh para peminat atas aksi hambar yang beliau persembahkan, tindakan mencari gaduh dengan penyokong sebenarnya satu keputusan yang kurang pandai.
Beliau tak sepatutnya menunjukkan reaksi seperti itu dihadapan para penyokong, apa lagi menjeling lalu melempar botol untuk meluahkan rasa tak puas hatinya beliau dengan aksi dalam perlawanan ini.
Bukan kerana beliau pemain naturialisasi maka beliau menjadi kambing hitam atau punching bag untuk para peminat, namun aksi yang beliau persembahkan jelas sekali menunjukkan beliau layak untuk dihentam.
De Paula… Cambodia player also don't want to disturb you because they know you can't score… that's the reason they keep follow Akhyar Rashid… pic.twitter.com/R8CaFBqDTi
— ameeynkeychick (@ameeynkeychick) December 6, 2021
Seandainya beliau benar-benar kecewa kerana gagal untuk menjaringkan gol, tindakan paling tepat yang boleh beliau lakukan adalah meminta maaf kepada para penyokong.
Atau setidak-tidaknya diam dan terus duduk di tempat duduk pemain simpanan dan bukanlah dengan mencari gaduh semula dengan penyokong.
Full Time ‼️
Malaysia 🇲🇾 3-1 🇰🇭 Cambodia
Alhamdulilah, Harimau Malaya berjaya mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2021.
Akhyar Rashid layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Manakala De Paula perlu direhatkan pada perlawanan seterusnya. pic.twitter.com/U5NOCdlROf
— OH! MEDIA (@ohtweet) December 6, 2021
Kemenangan 3-1 menewaskan Cambodia bukan satu tiket untuk para pemain skuad Harimau Malaya menarik nafas lega.
Dengan aksi hambar yang mereka pamerkan sepanjang aksi babak pertama, Malaysia berpotensi untuk kena lunyai dengan pasukan yang ada kualiti seperti Vietnam atau Indonesia.
Tan Cheng Hoe perlu lakukan sesuatu, dalam usaha beliau untuk mengelak skuad kebangsaan diaibkan dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan ini.
Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula 'Bengang' Dan Baling Botol Air Dibangku Simpananhttps://t.co/BIFhh5eS76
— VOCKET FC (@vocketfc) December 6, 2021
Walau Malaysia dianggap bukanlah sebagai pasukan pilihan, namun barisan pemain yang kita miliki sebenarnya sudah cukup untuk melayakan Harimau Malaya menjuarai saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.
Di usia 35 tahun, edisi AFF kali ini merupakan yang terakhir untuk De Paula buktikan sesuatu, agar beliau tidak terus dikenang sebagai pemain naturialisasi paling sia-sia dalam sejarah bola sepak Malaysia.
De Paula Bengang, Baling Botol, Penyokong Kata Dia Sepatutnya Ditidurkan KKM https://t.co/9j8SC5McNR
— Ceritera Sukan Malaysia (@Labola_Malaya) December 6, 2021
Seandainya De Paula masih pamerkan aksi yang sama sahaja selepas ini, maka lebih baiklah kalau Tan Cheng Hoe meletakkan saja beliau dibangku simpanan, atau kirim semula ke Malaysia.
Sumber: Twitter