FAM Tolak Rayuan KFA Mengenai Isu Tebus Kontrak Akhyar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang telah dikemukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mendapatkan wang pampasan yang lebih tinggi dari pasukan yang ingin mendapatkan khidmat pemain muda Malaysia, Akhyar Rashid.

Sebelum ini Jawatankuasa Status Pemain FAM telah membuat keputusan sebanyak RM 75,000 perlu dibayar kepada KFA jika terdapat kelab yang ingin mendapatkan khidmat Akhyar bagi saingan musim hadapan.

Akhyar hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan selatan tanah air

KFA menghantar rayuan atas keputusan tersebut dan selepas menilai fakta dan peraturan yang telah ditetapka selama ini, Jawatankuasa Rayuan FAM menolak permohonan KFA dan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Jawatankuasa Rayuan FAM yang bermesyuarat semalam dan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mencapai kata sepakat jumlah pampasan berkenaan tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya ia mengikut artikel dalam Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.

Berikuta adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan FAM mengenai isu tebus kontrak Akhyar Rashid ini yang dimuat naik menerusi laman web rasmi persatuan tersebut.

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2017-2021 pada Rabu, 26 Disember 2018 yang dipengerusikan oleh YDH CP (Bersara) Dato’ Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Sharif telah mencapai keputusan berikut:

Selain JDT, pasukan Singa Utara juga memasang angan-angan memancing Akhyar bagi musim hadapan.

Kes: Rayuan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018 berkenaan penamatan kontrak pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid melalui tebus kontrak.

Keputusan: Rayuan KFA telah ditolak dan keputusan Jawatankuasa Status FAM tersebut adalah dikekalkan.

“Mengikut keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018, tuntutan Muhammad Akhyar untuk penamatan kontrak pemain melalui tebus kontrak telah diterima sepenuhnya dan beliau dibenarkan untuk menebus kontraknya bersama KFA dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.00.”

“Sebagai bayaran tambahan kepada KFA, mana-mana pasukan baharu yang menandatangani kontrak bersama beliau seterusnya dikehendaki membayar sebanyak RM75,000.00 kepada KFA untuk nilai pampasan latihan.”

“Untuk makluman, jumlah nilai pampasan yang ditetapkan di atas ini bukanlah diletak sewenang-wenangnya oleh FAM tetapi ia adalah berdasarkan artikel-artikel yang terkandung dalam Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.”

Kelab yang berminat perlu membayar RM75,000 kepada KFA. X besar mana pon

“Jumlah RM210,000.00 itu adalah berdasarkan jumlah gaji Muhammad Akhyar yang didarabkan dengan jumlah baki kontraknya bersama KFA, iaitu mengikut Artikel 15A: Penamatan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontrak oleh pasukan atau pemain.”

“Jumlah RM75,000.00 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.”

“Jumlah RM75,000.00 tersebut adalah nilai pampasan latihan yang menjadi wang tambahan untuk diperolehi KFA dengan mengambil kira nilai-nilai murni bolasepak.”

“Untuk itu, secara keseluruhan KFA akan menerima sejumlah RM285,000.00.”

BACA:  Bengang Akhyar Tak Passing Punca De Paula Merajuk Tak Nak Raikan Gol?