Usahawan dan jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan sah melepaskan pemilikannya di KV Kortrijk dan menjual kelab itu kepada ahli perniagaan kelahiran Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski.
Pengesahan penjualan pemilikan kelab Belgium itu oleh Vincent Tan diumumkan melalui laman sesawang kelab tersebut.
“Saya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya. Kaminski adalah seorang pemilik yang bagus kepada kelab yang mana sudah memiliki pengalaman dalam bola sepak,” kata Vincent.
Kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk mengesahkan pemilik De Kerels, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan kelab yang ditubuhkan pada 1901 kepada ahli perniagaan berdarah Poland-Amerika Syarikat, Maciek Kaminski. pic.twitter.com/B5h9v31FyE
— Malayantigerfans (@Malayantigerfan) June 15, 2023
“Saya fikir dia akan membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi. Saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada penyokong, staf dan bandar ini atas sokongan sepanjang tempoh saya berada di sini.”
Ini bukan kali pertama Kaminski cuba mendapatkan pemilikan sebuah kelab bola sepak.
Sebelum ini Kaminski turut pernah dikaitkan dengan cubaan memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada tahun lalu, namun gagal direalisasikan.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana perkembangan terbaru ini akan mempengaruhi situasi penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang memiliki kontrak bersama kelab Belgium itu.
Setelah gagal mendapatkan minit perlawanan sepatutnya, Luqman berhijrah secara pinjaman ke Liga Iceland bersama UMF Njardvík.
𝗩𝗜𝗡𝗖𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗩𝗘𝗦𝗧𝗜𝗚𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗞𝗢𝗢𝗣 𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗡𝗦𝗞𝗜 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣
Tan Sri Vincent Tan kan, onder voorbehoud van definitieve goedkeuring, de verkoop van zijn aandelen aan de Kaminski Group bevestigen.
📝Lees alles hier⤵️https://t.co/w5SowagXfu pic.twitter.com/2BkbcsVWhb
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) June 14, 2023
Vincent Tan pernah dilabel sebagai pemilik kelab paling teruk melalui sebuah laporan oleh Bleacher Report pada 2014 kerana kecenderungan beliau menukar identiti kelab selain gemar memecat pengurus pasukan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong.
Walaupun telah menjual KV Kortrijk, Pengerusi Kumpulan Berjaya itu masih memiliki kelab Liga Inggeris, Cardiff City dan FK Sarajevo.
Sebelum ini Vincent Tan turut pernah dilaporkan akan melepaskan pemilikannya di Cardiff.
Khabar tersebut bagaimanapun dinafikan oleh beliau dan berkata masih percaya akan projek yang dilakukannya di kelab Inggeris itu.