Vlahovic Hanya Memerlukan 30 Detik Untuk Jaringkan Gol Pertamanya Dalam Saingan UCL

Penyerang Juventus, Dusan Vlahovic hanya memerlukan 32 saat sahaja untuk menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Champions League.

Beliau meledak gol seawal minit pertama ketika aksi debutnya dalam saingan Champions League bertemu Villarreal awal pagi tadi.

Sepertinya keputusan Juventus menandatangani Dusan Vlahovic merupakan keputusan yang tepat kerana beliau jelas sekali bakal menjadi prospek pemain terhebat dunia di masa hadapan.

Skuad kendalian turun bertemu Villarreal di Estadio de la Ceramics untuk aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 dengan Juventus berjaya memperoleh gol pertama mereka tidak sampai satu minit perlawanan berlangsung.

Danilo memenangi bola di kawasan midfield dan kemudiannya beliau menghantar bola ke atas mencari Dusan Vlahovic.

Pemain berusia 22 tahun itu kemudiannya mendada bola sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Geronimo Rulli untuk gol pertama Juventus dalam perlawanan tersebut.

Ia merupakan gol pertama Dusan Vlahovic di pentas saingan Champions League dan beliau berjaya menjaringkan gol tersebut 30 detik sahaja selepas melakukan debutnya.

Vlahovic menandatangani perjanjian bersama Juventus dari Fiorentina pada Januari lalu selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam saingan Serie A.

Beliau berjaya menjaringkan 17 gol dari 22 perlawanan bersama Fiorentina sebelum melengkapkan perpindahan bernilai £75 untuk sertai Juventus pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Para peminat kebanyakan terpesona dan terpukau dengan kehebatan gol jaringan dari Vlahovic dan turut percaya bintang muda mereka itu setaraf dengan Haaland dan Mbappe.

“Gila, macam mana dia boleh jaringkan gol tu? Terlalu pantas, dia memang seorang pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Sungguh menakjubkan, penyudah dia memang berkelas dunia. Saya rasa dia memang antara pemain yang akan bersinar dalam dunia bola sepak beberapa tahun dari sekarang.”

“Percaya cakap saya yang Dusan Vlahovic bakal menjadi pemain terhebat dunia, dia akan jadi mesin pencetak gol utama Juventus.”

“30 detik selepas debut di pentas bola sepak Eropah dia terus jaringkan gol. Pemain yang sungguh menakjubkan. Dia ada kualiti yang memang mengagumkan.”

“Saya rasa dia akan jadi macam Haaland dan Mbappe, semakin besar perlawanan tu semakin berfungsi dan menyerlah dia di atas padang.”

Vlahovic turut dikaitkan dengan bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu, namun beliau akhirnya memilih untuk kekal di Itali.

Juventus turun tanpa kehadiran beberapa pemain utama mereka seperti Paulo Dybala, Giorgio Chiellini, Daniele Rugani dan Federico Bernardeschi.

Federico Chiesa sementara itu akan diketepikan untuk tempoh yang lebih panjang kerana masalah kecederaan yang beliau alami.

Villarreal berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Dusan Vlahovic pada minit ke-66 menerusi Dani Parejo.

Villarreal pada musim lalu berjaya menjuarai saingan Europa League selepas kejayaan mereka menewaskan Manchester United dalam aksi perlawanan akhir.

Allegri sendiri sedar sejak awal lagi tentang cabaran yang akan beliau hadapi ketika beraksi bertemu skuad kendalian Unai Emery itu.

Ketika ditanya adakah beliau sedar dengan semangat tak pernah kalah Villarreal, Allegri kemudiannya menjawab:

“Sangat. Kerana jurulatih mereka bijak dan licik.”

“Kami perlu beri tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini, aksi Champions League perlu dimainkan dengan ketenangan dan tumpuan.”

Selepas kedua-dua pasukan sekadar seri di Sepanyol, Juventus dan Villarreal pada 17 Mac nanti akan sekali lagi dipertemukan untuk aksi leg kedua pula di Allianz Stadium.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ultras PSG Ancam Kerat Jari Vlahovic Jika Pindah Ke Kelab Itu