Walaupun Masih Beradaptasi, Minamino ‘Lapar’ Untuk Menyumbang

Takumi Minamino setakat ini telah membuat enam penampilan bersama Liverpool sejak berpindah dari Red Bull Salzburg hujung awal tahun yang lalu.

Kini, Minamino masih lagi dalam proses untuk beradaptasi dengan kehidupan di tempat baru, cara permainan Premier League dan gaya permainan Liverpool.

Perkara ini diakui sendiri oleh Minamino yang masih mencari rentak bersama Liverpool dan setakat enam penampilan Minamino tidak memberi impak lagi.

Minamino telah meluahkan perasaannya ini kepada laman sesawang rasmi Liverpool FC.

“Dalam tempoh tiga bulan terakhir ini ada perkara tertentu membuatkan aku gembira.”

“Secara peribadi aku sangat ingin untuk memberi sumbangan yang lebih dengan jaringan dan bantuan gol.”

“Aku rasa sangat laparkan tentang perkara ini.”

Pemain Jepun mengakui banyak lagi yang beliau perlu pelajari dan semakin faham falsafah yang diterapkan oleh Jurgen Klopp.

“Aku tak tahu berapa banyak lagi aku perlu belajar. Tapi hari demi hari, aku rasa aku faham falsafah Klopp dengan lebih baik.”

“Aku perlu membuktikan sesuatu. Aku fikir ini sangat penting untuk menerima kepercayaan daripada rakan sepasukan dan juga penyokong.”

“Aku rasa inilah perkara paling penting perlu aku capai.”

Dalam enam perlawanan yang diturunkan, jelas Minamino jarang mendapat bola daripada rakan sepasukan dan pemain muda Liverpool.

Terbaru, situasi ini terjadi lagi kepada Minamino ketika Liverpool tewas kepada Chelsea di FA Cup, kalah ke tu?

Jurgen Klopp nyata tidak gembira dengan sikap beberapa pemain yang jarang menghantar bola kepada Minamino dan membuatkan seolah-olah pemain Jepun itu tidak wujud.

“Minamino bermain dengan sangat baik. Kita sepatutnya gunakan beliau lebih banyak ketika di atas padang.”

“Jika Neco Williams membukan matanya untuk melihat sekali atau dua, Minamino sangat bebas di luar kotak penalti.”

“Neco lebih banyak melakukan hantaran lintang. Jika dia melihat kedudukan Minamino dengan lebih baik, situasi ini akan lebih membantu pasukan. Ujar Klopp.”

Jika nak dibandingkan dengan Neco Williams dan Minamino ternyata bekas pemain RB Salzburg terbukti lebih baik tapi mungkin kerana beliau Orang Asia.

Sebagai lelaki budiman dan penuh budi bahasa Minamino tidak menyalahkan sesiapa dan rasa beliau yang perlu lebihkan usaha.

“Untuk membuktikan kepada rakan sepasukan dan membuatkan mereka faham apa yang terbaik dapat aku lakukan, aku perlu buat apa yang perlu dibuat.”

“Aku fikir aku masih perlu banyak belajar untuk memahami pasukan tapi aku masih benci untuk menunggu.”

BACA:  Takumi Minamino Dan Divock Origi Pamer Aksi Persembahan Luar Biasa Menakjubkan