Sikap Terpuji Minamino Dan Reaksi Pemain Muslim Liverpool Ketika “Pesta Champagne” Dipuji Peminat

Reaksi Mohamed Salah, Sadio Mane, Naby Keita dan Ibrahima Konate ketika para pemain Liverpool menyembur Champagne mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Kesemua mereka menunjukkan yang mereka pemain yang sangat taat serta patuh kepada pegangan agama dengan mengelak untuk terlibat dengan keraian tersebut.

Bukan hanya mengelak untuk terlibat denfan keraian tersebut, bahkan mereka sama sekali tidak mahu ada titisan Champagne yang terkena pada tubuh mereka.

Selain kesemua pemain beragama Islam itu, Takumi Minamino turut dipuji kerana menunjukkan sikap toleransi terpuji dengan menghormati Sadio Mane yang berdiri di sebelahnya.

Ketika pemain Liverpool mahu bergambar selepas selesai majlis penyampaian hadiah, Takumi Minamino dilihat sudah memegang botol Champaign dan sudah tentu beliau mahu menyemburkan air alkohol tersebut.

Ketika beliau sedar Sadio Mane berada di belakangnya, Minamino bertanya semula kepada bintang Senegal itu adakah beliau boleh menyemburkan Champagne tersebut.

Mane kemudiannya menunjukkan isyarat ‘jangan’ dan kemudian berbisik kepada Minamino bahawa beliau tidak boleh menyentuh minuman tersebut atas tuntutan agama.

Minamino dengan segera terus menyimpan semula botol Champagne tersebut kerana beliau mahu menghormati perintah agama Sadio Mane.

Mane kemudiannya dilaporkan memberitahu Minamino bahawa bintang Jepun itu boleh meraikan bersama Champagne tersebut selepas tamat sesi bergambar.

Ketika pemain Liverpool lain menyemburkan Champagne itu, Mane jelas sekali sudah terselamat kerana Minamino sudah menyimpan botol Champagne tersebut.

Peminat kemudiannya teruja dan kagum melihat reaksi Naby Keita, Mohamed Salah dan Ibrahima Konate yang segera bersembunyi di belakang pemain lain, ketika botol champagne tersebut dibuka.

Kesemua mereka kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut dan membenarkan rakan sepasukan mereka untuk meraikan kemenangan tersebut dengan Champagne.

Kesemua mereka juga tidak terlibat dengan keraian di bilik persalinan kerana tidak mahu rakan sepasukan yang lain rasa bersalah bermain air alkohol tersebut.

Jurgen Klopp sememangnya mementingkan keharmonian dalam pasukan

Pengurus terhebat sepanjang zaman Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini pernah mendakwa yang beliau sebenarnya sangat berbangga memiliki para pemain yang datang dari pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Variasi budaya memang menghiasi skuad Liverpool, mulai dari kumpulan pemain yang berasal dari Great Britain seperti Jordan Henderson hingga Andy Robertson.

Di samping itu, terdapat sekumpulan pemain dari Brazil, seperti Roberto Firmino, Alisson Becker dan Fabinho. Kemudian, ada juga kumpulan  pemain dari Belanda, iaitu Virgil van Dijk.

Sementara itu, beberapa orang lagi pemain Liverpool lain beragama Islam, seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Naby Keita, serta Ibrahima Konate.

Ketibaan Salah di Liverpool, ditambah dengan prestasi luar biasa yang ditunjukkannya, menjadikan nama The Reds semakin diminati di semenanjung Arab.

Ditanya sama ada Klopp mengawal rutin harian pemain, pengurus itu menyatakan dia langsung tak ada masalah dengan perkara itu.

Klopp malah gembira dan berbangga dengan pembentukan pelbagai budaya di Liverpool.

“Saya gembira kerana kami mempunyai banyak ‘Multi-Culti’. Saya boleh mengatakan [mempunyai] duta Muslim yang terbaik di dalam pasukan adalah sangat hebat, “

Jelas Klopp dalam filem terbarunya berjudul The End of the Storm seperti yang dipetik oleh Goal International

Seterusnya, Klopp juga mendedahkan bagaimana kelabnya bertolak ansur dengan pemain Muslim ketika mereka harus melaksanakan kewajiban solat.

“Mereka yang beragama Islam sering mencuci badan mereka dalam keadaan tertentu.”

“Sebelum memanaskan badan, dan setelah memanaskan badan, ianya memerlukan masa. Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza,

Tambah Klopp lagi.

“Kami hanya mempunyai satu jam ketika kami tiba di stadium dan ketika kami kembali ke bilik persalinan setelah melakukan pemanasan untuk memberikan peluang melakukan ritual ini [doa]. ”

“Kami perlu memberikan masa sebanyak dua minit kepada mereka untuk melakukan ritual [doa] tersebut. Ianya sangat mudah untuk memberikan dua minit ini untuk membuat mereka melakukan sesuatu yang mereka anggap sangat penting,”

Malah Klopp menyatakan para pemain lain menganggap rutin dan kewajiban harian pemain pemain Muslim tersebut sebagai sebahagian daripada mereka.

Di mana, pemain yang bukan beragama Islam tidak ada masalah untuk turun lebih awal ke stadium untuk membolehkan para pemain muslim tersebut menunaikan solat terlebih dahulu.

Klopp memuji kekuatan mental dan fizikal pemain yang beragama Islam, kerana menurutnya, mereka sangat kuat dan bertenaga dan tidak pernah meminta pengecualian khas, terutama sekali pada bulan ramadan.

Hanya kelab yang memberikan mereka latihan khas pada bulan puasa kerana mengambil kira perbezaaan waktu diet mereka yang perlu sesuai dengan latihan yang sesuai.

Klopp juga tidak pernah melarang pemainnya daripada berpuasa kerana menurut beliau itu adalah urusan agama yang harus dihormati. Cuma sebagai jurulatih beliau dan pembantunya memberikan panduan dari sudut kecergasan dan apa yang patut.

Klopp berkata:

“Saya tidak ada masalah dengan puasa mereka, saya menghormati agama mereka, mereka sentiasa hebat dan mereka memberikan yang terbaik sama ada ketika mereka berpuasa atau tidak,”

Jelas Klopp semasa sidang media final UCL menentang Tottenham Hotspur dua musim yang lalu.

“Ada hari-hari ketika Sadio Mane atau Mohamed Salah masuk menggunakan ruang di bilik persalinan kerana mereka sedang bersolat [jika tidak ada ruang solat], dan pemain lain menghormati mereka.”

“Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak.”

Sumber: Axello.net

BACA:  Mane Yang Digantung Kerana Hayun Penumbuk Kat Sane