Mane Yang Digantung Kerana Hayun Penumbuk Kat Sane

Sadio Mane telah dikenakan penggantungan oleh Bayern Munich selepas menumbuk rakan sepasukannya Leroy Sane.

Mane tumbuk Sane kat mana? Kat sana, masa kat Etihad.

Di mana ketika itu, Bayern Munich berdepan dengan Manchester City dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Bayern kalah 3-0 di tangan City dan lebih buruk lagi, pemain pemain mereka bergocoh sesama sendiri tanpa mengira usia.

Ianya bermula apabila Leroy Sane yang tidak berpuas hati dengan Sadio Mane di atas padang. Mane pula mendengar Leroy Sane meroyan dengan kata kata kesat ke atasnya.

Dalam peristiwa yang mencetuskan perbalahan itu, Mane mungkin menjangkakan Sane melakukan hantaran lolos ke hadapan. Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Jelas sekali Sane menyatakan sesuatu kepada Mane selepas itu.

Dan ianya menjadi punca kenapa kedua dua pemain menjadi panas.

Sane dan Mane kemudian bertikam lidah ketika wisel penamat. Dan dileraikan akan sepasukan mereka yang tidak mahu insiden lebih buruk melanda.

Mane yang masih tak puas hati dengan kata kata yang digunakan Sane kepadanya telah meminta penjelasan ketika mereka di dalam terowong menuju ke bilik persalinan.

Ketika di bilik persalinan Mane telah meletupkan muka Sane dengan penumbuknya. BILD melaporkan bibir Sane pecah dan cedera.

Hari ini hari yang sangat sukar buat Sadio Mane yang menjadi tajuk utama akhbar dan portal sukan.

Dia masih belum membuat kenyataan terbuka secara rasmi lagi.

Sane terpaksa menyembunyikan bibirnya yang pecah ditumbuk oleh Mane ketika dia tiba di lapangan terbang Munich.

Dia berjalan terus menuju bas pasukan yang sedang menunggunya.

Mane hari ini datang ke latihan dan bertemu Thomas Tuchel. Dan dia diberitahu kesan daripada perbuatan Mane ke atas Sane.

Tuchel menyatakan ada beberapa hukuman dipertimbangkan termasuk denda, penggantungan, dan pengasingan.

Pengasingan merujuk kepada, kelab akan menyingkirkan Mane ke pasukan B-21 buat sementara waktu.

Dan akhirnya dia dikenakan penggantungan oleh kelab. Tempoh penggantungan Mane akan tamat apabila diberitahu kelak.

Kelab sudah pun mengesahkan bahawa tindakan itu diambil kerana insiden baru baru ini di Manchester City.

Sadio Mane menyertai Bayern Munich dari Liverpool musim ini selepas dia dilaporkan tidak dapat mencapai kesepakatan kontrak baharu kerana gaji yang ditawarkan Bayern jauh lebih besar.

Mane dikenali sebagai seorang pemain yang baik hati, banyak berbuat kebajikan.

Namun entah mengapa jadi begini, nasib demikian rupa, angkara dunia, Mane terpesong dan mengeluarkan sikap ganas ala Chow Yun Fatt.

Bayern Munich akan cuba untuk bangkit di Allianz Arena selepas ini. Dengan agregat 3 gol di belakang Man City.

Apa yang pasti, mereka akan turun tanpa Sadio Mane.

Sejak menyertai Bayern, Mane kerapkali menerima kritikan kerana prestasi tidak menentu. Ditambah dengan masalah kecederaan yang kerap melanda.

Mane sebelum ini terlepas aksi Piala Dunia 2022 kerana kecederaan.

Dia baru kembali daripada kecederaan dialaminya dan mahu bangkit semula.

Namun sayangnya terlibat pula dengan insiden yang tidak diingini dan ramai yang pasti tak menjangkakan bahawa Mane akan terlibat dengan pertumbukan dengan mana mana individu terutama sekali rakan sepasukan.

Mane antara pemain Afrika terbaik sepanjang zaman. Dia membantu negaranya memenangi Piala Negara Afrika. Dia juga pernah memenangi UCL dan EPL ketika bersama Liverpool.

Kariernya sangat dahsyat sehinggakan Bayern Munich bertungkus lumus mahu membawanya ke Allianz Arena.

BACA:  Mane Dedah Alasan Beliau Tak Mahu Jalani Kehidupan Seperti Ronaldo