Ward-Prowse Menjaringkan Gol Yang Dasyat Dari Jarak 35 Ela

James Ward-Prowse berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 35 ela yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau sememangnya terkenal dengan memiliki kualiti dalam situasi bola mati yang sungguh menakjubkan, dan hanya David Beckham sahaja yang menjaringkan lebih banyak gol dari situasi set-pieces berbanding beliau dalam saingan Premier League.

Kualiti set-pieces yang dimiliki oleh Ward-Prowse sudah menjadi perkara terpenting dalam skuad Southampton sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliau nadi penting dalam membantu The Saint untuk terus ada dalam saingan Premier League.

Baik untuk menjaringkan gol mahupun mencatatkan assists, satu hal yang harus diakui kualiti yang dimiliki oleh Ward-Prowse sememangnya luar biasa menakjubkan.

Ketika aksi bertemu Wolverhampton Wanderers malam semalam, Southampton terlebih dahulu ketinggalan 2-0 selepas Raul Jimenez dan Connor Coady meledak gol untuk Wolves.

Dengan masa yang semakin suntuk dan skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu bakal merekodkan kekalahan pertama mereka sejak Disember, Ward-Prowse tampil mencipta nama sebagai penjaring gol.

Melihat kepada situasi set-pieces ramai yang yakin dan percaya yang Ward-Prowse akan mampu untuk menghasilkan sesuatu, namun dengan jarak 35 ela, sepertinya agak sukar untuk beliau cipta sesuatu.

Pemain berusia 27 tahun itu kemudiannya membuktikan yang beliau sememangnya pakar sepakan percuma dalam saingan Premier League pada ketika ini, dengan bola rembatan beliau berjaya menggegar jaring gawang gol lawan.

Bola rembatan Ward-Prowse terlalu padu walau dari jarak 35 ela, dan Jose Sa jelas tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan bola tersebut.

Gol tersebut merupakan gol ke-12 yang berjaya dijaringkan oleh ketua pasukan Southampton itu dalam saingan Premier League.

Beliau sudah mula melakukan debut bersama kelab sejak Southampton masih beraksi dalam saingan Championship lagi, dan beliau berjaya menjadi pemain terpenting skuad pada ketika ini.

Gol tersebut juga menjadikan beliau kini berada di tahap yang sama dengan legenda Arsenal, Thierry Henry dan Gianfranco Zola sebagai penjaring terbanyak menerusi sudut sepakan percuma dalam saingan Premier League.

Hanya David Beckham sahaja yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol menerusi sepakan percuma berbanding Ward-Prowse dalam sejarah saingan Premier League.

Bekas bintang Manchester United itu berjaya menjaringkan 18 gol dalam saingan Premier League menerusi sepakan percuma.

Malang untuk Ward-Prowse dan skuad kendalian Hasenhuttl itu, kerana mereka gagal untuk bangkit dengan Wolves berjaya menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini pada masa kecederaan permainan.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 Wolverhampton Wanderers menewaskan Southampton.

Southampton pada ketika ini berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga dengan mereka berjaya mengumpul 24 mata dari 21 perlawanan.

Tugas berat menanti skuad Southampton selepas ini dengan mereka akan turun melayan kunjungan skuad kendalian Pep Guardiola pada 23 Januari nanti.

Sementara untuk Wolverhampton Wanderers pula, mereka pada ketika ini berada di kedudukan ke-8 selepas mengumpul 31 mata dari 20 perlawanan.

Mereka selepas ini bakal turun beraksi bertemu Brentford di halaman lawan dengan Wolves sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk mencatatkan kemenangan.

Wolverhampton Wanderers sudah berjaya mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League, termasuk kejayaan mereka menewaskan Manchester United pada awal bulan lalu.

Tidak dinafikan lagi yang Wolves pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dan sudah tentu mereka mahu mengekalkan momentum kemenangan.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Walcott Klaim Sepakan Percuma James Ward-Prowse Lebih Baik Berbanding Beckham