Reaksi David Beckham Selepas Ward-Prowse Meluahkan Keinginan Untuk Bertemu Dengannya

David Beckham dengan segera tampil membalas kenyataan dari James Ward-Prowse selepas pemain midfield Southampton itu mendedahkan hasratnya mahu berjumpa legenda England itu.

James Ward-Prowse berjaya meledak gol menerusi sudut sepakan percuma ketika aksi terikat 2-2 bertemu Brighton & Hove Albion malam semalam.

Pemain midfield itu kini sudah berjaya meledak 14 gol dalam saingan Premier League selepas kejayaan beliau menjaringkan dua gol bertemu Brighton.

Ia bermaksud beliau kini hanya empat gol sahaja di belakang David Beckham yang memegang rekod sebagai penjaring gol menerusi sepakan percuma terbanyak (18 gol).

Pemain berusia 27 tahun itu sendiri turut sedar yang beliau masih memiliki masa untuk mengejar rekod tersebut dan beliau juga turut berharap akan mampu bertemu David Beckham satu hari nanti.

“Motivasi utama saya adalah untuk bertemu dengan pahlawan yang sangat saya kagumi ketika saya membesar.”

Jelas ketua pasukan Southampton itu.

“Jika saya dapat pecahkan rekod itu, semoga saja dia akan tahu, tapi perjalanan untuk itu masih jauh lagi.”

Beckham kemudiannya mendengar kenyataan dari James Ward-Prowse itu dengan beliau kemudian memberikan motivasi tambahan kepada bintang Southampton itu untuk memecahkan rekod yang beliau pegang.

Legenda Manchester United itu menulis di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Saya juga berharap yang sama kawan. Satu lagi (sepakan percuma) yang hebat hari ini, empat lagi untuk dicari.”

James Ward-Prowse menjaringkan kedua-dua gol untuk membantu skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu untuk mengutip satu mata dalam aksi yang dilangsungkan di AMEX Stadium itu.

Dua gol itu secara tak langsung menambah rekod jaringan beliau musim ini dengan Ward-Prowse sudah berjaya menjaringkan sembilan gol sepanjang musim ini.

Empat dari sembilan gol yang berjaya beliau jaringkan musim ini adalah gol hasil sudut sepakan percuma dan beliau juga turut bakal memecahkan rekod David Beckham yang berjaya menjaringkan lima gol menerusi sepakan percuma dalam satu musim.

James Ward-Prowse juga turut berjaya mencuri perhatian pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate untuk membawanya menyertai skuad The Three Liones.

Beliau telah membuat lima penampilan pada tahun 2021 dan turut berjaya menjaringkan dua gol dengan Ward-Prowse turut tampil ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Switzerland dan Ivory Coast baru-baru ini.

Seandainya beliau konsisten pamer aksi persembahan terbaiknya dalam saingan Premier League, tidak mustahil beliau akan turut dipanggil untuk sertai skuad Piala Dunia England.

Bercakap dalam satu temu bual bersama PA, beliau pernah mendedahkan tentang usahanya mahu memecahkan rekod David Beckham itu.

“Ia bakal menjadi satu pencapaian yang sungguh menakjubkan dan ia bakal jadi satu pengajaran yang bagus dalam hidup saya yang mana jika kamu bekerja keras dengan sesuatu yang kamu ada, kamu akan peroleh hasilnya.”

“Untuk tewaskan seseorang seperti itu saya rasa ia sangat menakjubkan, tapi satu hal yang lucu, Beckham jelas sekali sudah pernah pergi ke negara lain untuk bermain tapi saya dari dulu memang dalam saingan Premier League.”

“Jadi saya rasa itu sudah cukup untuk menjelaskan tentang kualiti yang dia ada. Memecahkan rekod dia merupakan sasaran yang hebat untuk saya fikirkan. Saya berharap dapat jumpa dia satu hari nanti dan minum kopi bersama dia untuk saya belajar sesuatu.”

Southampton pada ketika ini berada di kedudukan ke-13 dalam carta saingan liga dengan mengumpul 40 mata.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Adidas Mengimbau Nostalgia Dengan Mengumumkan Kasut 'Predator' Versi Retro