England Patut Boikot Dan Menarik Diri Dari Piala Dunia 2022

Para pemain pasukan England telah diseru supaya memboikot dan menarik diri dari kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada tahun hadapan.

Saranan ini telah dibuat oleh Simon Jordan yang percaya jika boikot ini dilakukan akan membawa perubahan lantaran kontroversi yang menyelubungi kejohanan bola sepak paling agung di dunia itu.

Skuad bimbingan Gareth Southgate tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri secara automatik ke Qatar dengan satu penutup saingan penuh bergaya dengan membelasa San Marino 10-0.

Kurang setahun sebelum bermulanya Piala Dunia, tentangan semakin hebat bermula dengan kontroversi bagaimana Qatar boleh memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah?

Kemudian kematian dan layanan terhadap perkerja asing dalam pembinaan stadium terus mengundang kecaman terutamanya dari kumpulan hak asasi manusia.

Simon Jordan yang merupakan pengulas talkSPORT dan bekas pemilik Crystal Palace percaya satu-satunya cara mesej boleh benar-benar dihantar adalah dengan menolak untuk mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Dengan erti kata lain memboikot Piala Dunia dan menarik diri.

“Amnesty International mempunyai tugas di tangannya untuk memastikan orang seperti Qatar dikenakan tindakan

“Meminta FIFA untuk terlibat dan campur tangan adalah perkara yang sangat melucukan kerana FIFA adalah pihak yang membenarkan Qatar menganjurkan kejohanan yang tidak masuk akal ini.”

“sama ada kejohanan itu telah kehilangan kebijaksanaannya atau sama ada keseluruhan prinsip membenarkan mereka menjadi tuan rumah melibatakan korupsi dan satu skandal.”

“Jika kita bercakap tentang apa yang pemain ini boleh dan tidak boleh lakukan, jika mereka benar-benar mahu melakukan sesuatu mengenainya maka mereka perlu memboikot Piala Dunia dan tidak bermain di sana.”

“Apa-apa lagi ialah tokenisme dan perkhidmatan bibir.”

“Ia bukan pertempuran bola sepak sebenarnya. Tetapi pertempuran Amnesty International dan terima kasih Tuhan untuk Amnesty International wujud di dunia, yang lantang bersuara menuntut hak dan memberikan tekanan yang tinggi ke atasnya.”

“Tetapi apabila anda mula mempergunakan sukan untuk keadaan ini maka ia menjadi masalah bagi saya.”

Sementara itu bekas pemain antarabangsa England, Trevor Sinclair senada dengan Simon Jordan dalam isu ini dan berkata jika dia masih bermain dia akan menyuarakan isu tentang layanan kepada pekerja asing yang bertungkus lumus membuat persiapan Piala Dunia, malah ada yang kehilangan nyawa semasa pembinaan stadium.

Trevor Sinclair tidak menyatakan persetujuan dengan tindakan boikot namun percaya Gareth Southgate dan pemainnya akan bersatu hati untuk menyuarakan tentang kontroversi ini.

“Saya akan bersuara. Saya fikir skuad England di bawah Gareth akan berkumpul, akan membincangkan perkara ini dan akan bersatu hati. Saya rasa ada lebih banyak kekuatan jika mereka bersatu sebagai satu unit.

“Bagi saya, ia kelihatan sebagai perhambaan yang bersyarat. Saya fikir kematian itu memalukan, tahap kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan stadium tidak cukup baik.”

Saya pernah tinggal di Timur Tengah dan saya telah menyaksikan pekerja migran bekerja di sana dengan keadaan serta kualiti hidup mereka yang tidak boleh diterima. Orang ramai tidak sepatutnya tinggal di kawasan tersebut pada abad ke-21.”

“Pada musim panas ia mencapai 50°C, saya tidak dapat bayangkan bekerja dalam suhu tersebut tanpa penghawa dingin.

“Gareth akan mengumpulkan para pemian, mereka akan mengadakan perbincangan yang baik mengenainya dan mahu melakukan sesuatu mengenai perkara ini dengan FIFA.”

Walaupun menuntut persekitaran kerja yang lebih baik namun agak tidak masuk akal kenyataan Trevor Sinclair yang mahukan kerja pembinaan dilakukan di tempat yang mempunyai penghawa dingin.

Beckham Dikecam Jadi Duta Qatar

David Beckham sebelum ini telah dikecam kerana telah menandatangan perjanjian lumayan bernilai RM855 juta (£150 juta) dengan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Dengan termeterainya perjanjian lumayan ini maka, David Beckham akan menjadi duta untuk Qatar untuk tempoh 10 tahun dan wajah Beckham akan diguna pakai untuk Piala Dunia 2022.

Untuk tempoh 10 tahun ini Beckham akan bertanggungjawab untuk mempromosikan pelancongan dan kebudayaan Qatar dan untuk masa terdekat sudah pasti Piala Dunia.

Bekas pemain Manchester United dan juga Real madrid itu telah diyakinkan bahawa peminat akan dibenarkan mengibarkan bendera pelangi di kejohanan bola sepak terbesar itu.

Selain itu David Beckham juga dijelaskan bahawa ketika ini jumlah wanita yang terlibat dalam dunia politik Qatar juga semakin bertambah.

Qatar kini dikritik hebat dari segenap penjuru terutamanya dari kumpulan Hak Asasi Manusia kerana dituduh mengabaikan serta mendiskriminasi hak asasi melibatkan golongan perempuan dan golongan sejenis serta songsang.

Pemain sayap itu percaya komitmen Qatar untuk menganjurkan Piala Dunia pertama di Timur Tengah boleh memberi efek positif yang mampu membawa perubahan.

Beckham sangat percaya kuasa bola sepak boleh menjadi jambatan untuk meleraikan perbezaan dan membawa kemajuan dalam isu-isu penting lantaran itulah Beckham menerima kontrak ini.

Sejurus selepas perjanjian dipersetujui kedua belah pihak, Amnesty International telah mengeluarkan kenyataan menggesa David Beckham untuk bersuara tentang situasi hak asasi manusia di negara tuan rumah Piala Dunia itu.

Mungkin menyedari tiada apa yang boleh dilakukan oleh hak asasi manusia kerana pernjanjian telah dimeterai CEO Amnesty International UK, Sacha Deshmukh telah memberi tekanan kepada Beckham bercakap mengenai isu itu.

“Kami menggesa (Beckham) untuk belajar tentang situasi hak asasi manusia yang mendalam di Qatar dan bersedia untuk bercakap mengenainya”

‘Tidak menghairankan bahawa David Beckham mahu terlibat dalam acara bola sepak utama seperti itu, tetapi kami akan menggesa beliau untuk mengetahui tentang situasi hak asasi manusia yang mendalam di Qatar dan bersedia untuk bercakap mengenainya.”

“Rekod hak asasi manusia Qatar membimbangkan – daripada penganiayaan yang berpanjangan di negara itu terhadap pekerja asing, kepada sekatan terhadap kebebasan bersuara dan melabel hubungan sejenis sebagai satu jenayah.”

Betul-betul menggesa ni apabila dua kali mendesak Beckham untuk bersuara tentang situasi semasa di Qatar melibatkan hak asasi manusia.

“Penganiayaan Qatar terhadap pekerja asing – orang yang berkerja keras untuk menjadikan Piala Dunia satu kenyataan – amat mengganggu.”

“Walaupun ada beberapa pembaharuan yang dialu-alukan, pekerja asing masih dibiarkan tanpa gaji, dan pihak berkuasa telah gagal menyiasat beribu-ribu kematian dalam dekad yang lalu walaupun terdapat bukti hubungan antara kematian pramatang dan keadaan kerja yang tidak selamat dalam cuaca panas.”

“Lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk Piala Dunia ini untuk meninggalkan legasi positif dan mengubah situasi hak asasi manusia di Qatar.”

Beckham mempunyai hubungan dan tidak asing lagi dengan Qatar setelah menandatangani kontrak dengan Paris Saint-Germain — dimiliki oleh Qatar Sports Investments (QSi) — pada 2013 sebagai kelab terakhir dalam kariernya.

Beckham mempunyai hubungan baik apabila dilihat bergambar bersama presiden PSG dan pengerusi QSi Nasser Al-Khelaifi di Doha semasa Piala Dunia Kelab 2019.

Bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy itu juga terkenal di seluruh dunia, terkenal dengan kerjaya bola sepak dan perniagaannya.

Beliau kini memiliki bersama francais MLS Inter Miami, serta pasukan Liga Dua Inggeris Salford City.

BACA:  Ratcliffe Percaya Mampu Yakinkan Southgate Ganti Ten Hag