Beckham Terkesima Dengan Kesopanan Saka Minta Izin Untuk Bergambar

beckham saka

David Beckham nyata terkesima dengan kesopanan dan ketinggian budi pekerti yang telah ditunjukkan oleh Bukayo Saka yang telah meminta izin untuk bergambar bersama pemain legenda itu.

David Beckham telah mengadakan satu sesi lawatan ke kem latihan pasukan England sebelum perlawanan pusingan 16 terakhir bertemu Senegal yang kini sudah selamat dihantar pulang.

Dalam lawatan itu, David Beckham telah bersua kenal dan berbicara dengan beberapa orang pemain England dan turut menerima jersi England yang tertera namanya daripada Gareth Southgate.

Ketika David Beckham sedang berdiri berbual bersama dengan Southgate dan Jacj Grealish apabila Saka datang untuk mengambil gambar.

Bukayo Saka dengan penuh sopan dan berbudi pekerti bertanya kepada Beckham untuk meminta izin sama ada dia boleh bergambar bersama atau tidak dengan muka malu-malu tapi mahu.

Saka yang baru berusia 12 tahun ketika Beckham menggantung but pada tahun 2013, dilihat malu-malu mendekati kumpulan itu sebelum beralih kepada Beckham dan berkata:

“Maaf mengganggu, boleh saya bergambar dengan awak?”

Aksi malu-malu kucing Saka itu telah berjaya mencuri perhatian warga maya yang menganggap situasi itu sangatlah comel, mencuit hati dan menghiburkan.

David Beckham yang menjaringkan gol sensasi menentang Greece pada 2001 ketika Saka baru berusia sebulan – tersenyum dan memeluk bintang muda Arsenal itu.

Pasangan itu bergambar di Lions Den. Beckham juga mempunyai gambar dengan pemain lain seperti Jack Grealish, James Maddison dan Trent Alexander-Arnold.

Southgate adalah individu yang bertanggungjawab menjemput Beckham untuk melawat skuad England menjelang pertembungan 16 terakhir dengan Senegal. Dia berpendapat pemain akan mendapat manfaat daripada pengalamannya.

David Beckham menjadi kapten pasukan kebangsaannya dari 2000-2006 dan beraksi di lima kejohanan utama untuk Three Lions dengan karier yang pasang surut dari hero to zero to hero.

Ini termasuk Piala Dunia 1998, Euro 2000, Piala Dunia 2002, Euro 2004 dan Piala Dunia 2006, sebelum bermain buat kali terakhir dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Belarus.

Tidak dapat disangkal lagi, Beckham pasti menjadi idola buat beberapa pemain yang berada dalam pasukan England sekarang dengan populariti di dalam dan di luar padangnya dulu.

Harry Kane bercakap tentang pertemuannya dengan Beckham di saluran YouTube England mengakui Beckham adalah idolanya. Dia berkata:

“Becks pergi ke sekolah menengah saya, Yayasan Chingford. Kami berdua bermain untuk Ridgeway Rovers, pasukan liga Ahad kami. Dia adalah idola terbesar saya semasa saya membesar.”

Harry Kane menjelaskan di banyak bertanya dan merujuk kepada Beckham tentang pengalamannya dan banyak perkara lagi.

“Dia berada di sini pada hari yang lain. Kami berbual dengan baik. Dia adalah salah seorang kapten terbaik yang pernah kami miliki.”

“Saya bukan sahaja bertanya soalan tentang permainan atau perasaannya, ia lebih kepada mengenai pengalamannya, perasaannya tentang pasukan kami, apa yang dia lihat dalam pasukan kami.”

“Kami berbual tentang banyak perkara. Dia sangat teruja untuk pasukan kebangsaan. Dia suka melihat kami bermain.”

“Sangat bagus mendapat sokongan daripada bekas pemain. Mereka tahu betapa bermakna mewakili negara anda. Mereka semua adalah sebahagian daripada pasukan.”

England telah menewaskan Senegal dalam perlawanan pusingan 16 dengan jaringan 3-0 hasil jaringan Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka.

Laluan berat dan ujian sebenar menanti England apabila bertemu Perancis di suku akhir dan mungkin juga Perancis yang akan bertemu ujian sebenar. Satu perlawanan yang dinanti-nanti ramai.

BACA:  10 Pemain Paling Digilai Wanita Seluruh Dunia