Beckham Sedia Berbincang Sertai Perikatan dan Pakatan Mengambil Alih Man Utd

David Beckham dilaporkan bersedia untuk berbincang bagi menyertai perikatan dan pakatan untuk mengambil alih pasukan Manchester United dari pegangan keluarga Glazer.

Pada hari Selasa, Glazer mengumumkan mereka “meneroka peluang strategik” untuk kelab itu, yang mungkin termasuk menjualnya – berita yang telah diraikan oleh seluruh peminat Old Trafford.

Terdapat laporan menyebut bahawa pemilik Manchester United, keluar Glazers telah meletakkan harga setinggi $6 bilion atau RM26.81 bilion untuk membolehkan kelab itu dijual kepada pemilik baru.

Peminat telah menuntut Glazer keluar dari saat mereka tiba pada 2005, memandangkan pemilik dari Amerika itu telah membawa Man Utd dibebani dengan hutang sebanyak £514.9 juta.

Dalam pemerintahan mereka selama 17 tahun, sebanyak £600 juta telah dikeluarkan dari kelab untuk pembayaran faedah dan dividen.

Dengan Glazer kini terbuka untuk jualan, terdapat banyak spekulasi mengenai siapa yang mungkin membeli Man Utd.

Mungkinkah jutawan British Sir Jim Ratcliffe? Atau seorang lagi kapitalis teroka AS? Atau mungkin perikatan yang turut disertai legenda kelab, Beckham?

Bekas kapten Man Utd, David Beckham menjelaskan bahawa dia ‘terbuka untuk berbincang’ dengan pembida berpotensi untuk membeli Man Utd, menurut Financial Times.

Penerbitan itu mendakwa bahawa bakal pemilik boleh mendapatkan bantuan bekas pemain berusia 47 tahun itu, yang merupakan presiden semasa dan pemilik bersama Inter Miami CF dan pemilik bersama Salford City.

David Beckham, yang memenangi enam gelaran Liga Perdana, dua Piala FA dan satu Liga Juara-Juara untuk pasukan Man Utd kendalian Sir Alex Ferguson, dilaporkan telah didekati oleh pelbagai pihak pada masa lalu untuk mengukur minatnya dalam pengambilalihan.

Walaupun Beckham tidak akan mampu membayar tanda harga £6 bilion, dengan nilai bersihnya dipercayai £370 juta, profilnya akan mampu memberikan rangsangan kepada mana-mana konsortium pelaburan.

Peminat Man Utd seumur hidup Sir Jim Ratcliffe akan menjadi pembida pertama untuk Man Utd, menurut Telegraph. Billionaire, yang juga pemilik pasukan berbasikal Nice dan Ineos Grenadiers, mengisytiharkan minat terhadap kelab itu awal tahun ini.

Sementara itu, pembeli lain yang mungkin termasuk pasangan perniagaan dan pelabur Crystal Palace, Josh Harris dan David Blitzer serta kumpulan yang diketuai oleh mogul bola keranjang Stephen Pagliuca dan Larry Tanenbaum.

Sementara itu pelabura dari Dubai juga antara nama yang dikaitkan dengan pembelian Manchester United.

Jim Ratcliffe Sudah Lama Berminat Beli Man Utd

Bukan lagi rahsia apabila, Orang Kaya British Sir Jim Ratcliffe telah mengesahkan bahawa beliau berminat untuk membeli kelab yang berkecamuk dengan pelbagai masalah kini, Manchester United.

Sebagai langkah permulaan jangka pendek, Sir Jim Ratcliffe mahu membeli pegangan dalam Manchester United terlebih dahulu sebelum mengambilalih kelab secara mutlak.

Jurucakap kepada Sir Jim Ratcliffe telah mengesahkan berita ini kepada The Times pada Ogos lalu:

“Jika kelab untuk dijual, Sir Jim Ratcliffe sudah pasti akan menjadi pembeli yang berpotensi.” Ujar jurucakap tersebut.

Sir Jim Ratcliffe berminat untuk membeli Manchester United selepas Bloomberg telah menyiarkan berita pada Rabu yang menyatakan Glazers bercadang untuk menjual pegangan minoriti Manchester United.

The Times mendakwa Sir Jim Ratcliffe yang merupakan penyokong Manchester United mempunyai anggaran nilai kekayaan bersih $13 bilion (£10.8 bilion) mempunyai cara untuk mengawal sepenuhnya kelab Liga Perdana itu.

Tetapi dia akan bersedia untuk membincangkan pegangan minoriti dengan Glazers jika ia adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengambil kawalan penuh di kemudian hari.

Jurucakap Ratcliffe berkata bahawa pelaburan baru di United boleh digunakan untuk menaik taraf kemudahan kelab, terutamanya Old Trafford.

“Ini bukan mengenai wang yang telah dibelanjakan atau tidak dibelanjakan. Jim sedang melihat apa yang boleh dilakukan sekarang dan mengetahui betapa pentingnya kelab itu kepada bandar, ia merasakan ini masa yang sesuai untuk menetapkan semula,” Tambah jurucakap itu.

Sir James Arthur Ratcliffe merupakan seorang jurutera kimia dan ahli perniagaan bilionair Britain. Ratcliffe ialah pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Ineos chemicals group, yang diasaskannya pada tahun 1998 dan yang mana dia masih memiliki dua pertiga pemilikan.

Anak kelahiran Failsworth, Greater Manchester seorang hartawan yang tidak mempunyai profil awam yang tinggi dan telah disifatkan oleh The Sunday Times sebagai “publicity shy”.

Jika benarlah Sir James Arthur Ratcliffe berjaya membuat pengambilalihan secara penuh maka Manchester United akan berada di tangan yang betul. Ditangan anak jati Manchester dan juga peminat setia Manchester United.

BACA:  De Jong Ketawa Besar Ketika Ditanya Adakah Beliau Mahu Sertai United Yang 'Sendu'