Beckham Buka Mulut Selepas Dikecam Teruk Kerana Menjadi Duta Qatar

Pemain bola sepak legenda, David Beckham telah membuka mulut dengan suaranya yang halus menjawab kritikan hebat diterimanya selepas menerima tawaran menjadi duta Qatar.

Bekas pemain bola sepak paling popular di dunia di zaman awal 20-an, David Beckham telah menandatangan perjanjian lumayan bernilai RM855 juta (£150 juta) dengan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Dengan termeterainya perjanjian lumayan ini maka, David Beckham akan menjadi duta untuk Qatar untuk tempoh 10 tahun dan wajah Beckham akan diguna pakai untuk Piala Dunia 2022.

Untuk tempoh 10 tahun ini Beckham akan bertanggungjawab untuk mempromosikan pelancongan dan kebudayaan Qatar dan untuk masa terdekat sudah pasti Piala Dunia.

Keputusannya untuk dikaitkan dengan negara yang telah menjadi kontroversi dan dibenci di mata Eropah seperti dijangka telah mendapat tindak balas daripada peminat bola sepak yang dinamakan kecaman.

Eropah dengan giatnya mahu mempromosi aktivi berlaga pedang dan kerang berlaga kerang di Piala Dunia Qatar, menuduh Qatar melanggar hak asasi manusia.

Namun undang-undang serta budaya Qatar tidak membenarkan segala bentuk hubungan sejenis sesama manusia, jika perkara ini dibenarkan maka tidak wujudlah orang seperti Messi dan Ronaldo.

Kini pemain berusia 47 tahun itu telah bercakap mengenai perkara itu, menegaskan Piala Dunia di Qatar “mempunyai kuasa untuk menjadi kekuatan untuk kebaikan”.

Mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, Beckham telah berkata:

“David telah terlibat dalam beberapa Piala Dunia dan kejohanan antarabangsa utama lain sebagai pemain dan duta dan dia sentiasa percaya bahawa sukan mempunyai kuasa untuk menjadi kekuatan untuk kebaikan di dunia.

“Bola sepak, sukan paling popular di seluruh dunia, mempunyai keupayaan tulen untuk menyatukan orang ramai dan memberi sumbangan sebenar kepada masyarakat.”

“Kami faham bahawa terdapat pandangan yang berbeza dan dipegang kuat mengenai penglibatan di Timur Tengah tetapi melihatnya sebagai perkara positif bahawa perdebatan mengenai isu-isu utama telah dirangsang secara langsung oleh Piala Dunia pertama yang diadakan di rantau ini.”

“Kami berharap perbualan ini akan membawa kepada pemahaman dan empati yang lebih besar terhadap semua orang dan kemajuan akan dicapai.”

Selepas hampir sebulan Piala Dunia berlangsung kata-kata Beckham itu ada kebenarannya apabila ramai membuka mata tentang Qatar yang tidaklah seburuk yang dicanang media barat.

Pengharaman alkohol di stadium yang dijadikan isu besar sebelum kejohanan bermula dilupakan begitu saja dan ramai menganggap itu adalah langkah terbaik.

Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar berlangsung penuh aman dan harmoni, tiada berita melaporkan pergaduhan penyokong terjadi kerana mabuk terutamanya dari penyokong England.

Piala Dunia tetap Piala Dunia, semuanya berkisar kepada bola sepak selepas terjadi beberapa kejutan besar dan kisah dongeng yang dicipta Morocco menenggelamkan cubaan barat memburukkan Qatar.

Malah Ketua Konstabel Mark Roberts, ketua kepolisan bola sepak UK, percaya kekurangan masalah di Piala Dunia Qatar adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan pengambilan alkohol.

Mark Roberts berkata kekurangan tangkapan adalah petanda bahawa menteri harus menolak gesaan untuk melonggarkan sekatan ke atas minum (Alkohol) di padang bola sepak UK.

Peminat bola sepak dan aktivis wanita, Cik Ellie Molloson telah menyatakan bahawa dia rasa lebih selamat ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di Qatar berbanding dengan suasana di tanah airnya, England.

Cik Ellie Molloson dikecam hebat namun ramai mula menceritakan perkara yang sama melalui pengalaman mereka ketika di Qatar.

Buah terakhir yang cuba dimainkan oleh media barat apabila cuba membuat tuduhan bahawa kematian wartawan dari Amerika Syarikat, Grant Wahl adalah satu pembunuhan kerana memakai baju pelangi.

Jasad Grant Wahl telah dibawa pulang, selepas bedah siasat dilakukan di New York City Medical Examiner maka punca sebenardia meninggal dunia selepas mengalami aneurisma aorta.

Keluarga Grant Wahl pada awalnya percaya dengan tuduhan itu dan selepas bedah siasat telah menolak dakwaan liar dan mengumumkan punca sebenar kematian.

Paling tidak boleh diterima akal penemuan terbaru orang barat di Qatar adalah bidet atau paip untuk membasuh berak dan ramai antara mereka akan membawa penemuan teknologi canggih itu ke negara masing-masing.

BACA:  Griezmann Mahu Ke Inter Miami Kerana Beckham