Rembatan Padu Saka Hampir Terkena Penghuni Flat

saka

Bukayo Saka telah menghadirkan satu hiburan yang luar biasa apabila percubaannya yang tersasar itu hampir saja mengenai penghuni flat di sebelah stadium yang tenang menikmati perlawanan dari jendela rumah sendiri.

Musim ini merupakan permulaan musim yang hebat untuk Saka, kerana nilainyaterus meningkat untuk Arsenal dan England kerana persembahannya yang memukau, pada usia 21 tahun sahaja.

Dia menjaringkanpenalti kemenangan, ketika The Gunners meraih tiga mata penuh menentang Liverpool hujung minggu lalu, dalam permainan penuh kontroversi, di mana dia berada di tengah-tengah perbalahan tetapi kekal tenang.

Ketenangan di mana dia mengambil sepakan penalti hanya dibuat lebih baik oleh ulasan Peter Drury, yang cukup banyak untuk membuatkan detik bola sepak itu terus diingati.

Pada malam Khamis, dia sekali lagi menjadi wira untuk membawa Arsenal dinobatkan pemenang perlawanan, ketika pasukan Mikel Arteta menentang pasukan dari Norway, Bodo/Glimt di Liga Europa.

Ia bukanlah persembahan yang sangat menarik daripada Arsenal sebagai pasukan pelawat, yang terpaksa membiasakan diri bermain di padang tiruan, kemenangan Arsenal sekali lagi diraih melalui jaringan Bukayo Saka.

Bagaimanapun penyerang itu mempunyai satu lagi peluang terbaik pada separuh masa pertama namun percubaan jauh perginya bukan sahaja melepasi palang, tetapi ke dalam salah satu rumah flat di belakang gol.

Seorang peminat sedang duduk di flatnya, cuba menikmati permainan dalam suasana yang sempurna secara percuma, apabila bola melantun dari bingkai tingkapnya dan hampir merempuhnya.

Wajah terkejut juga dipamerkan oleh tuan rumah yang hampir diheadshot rembatan Saka mujur dia sendiri sedang menikmati perlawanan dan sedar bola datang ke arahnya.

Situasi ini jarang-jarang terjadi kerana flat ini sangat hampir dengan stadium dan tendangan Saka boleh dianggap tidak terlalu tinggi kerana tidak ke bulan namun ke flat bersebelahan.

Situasi itu menjadi satu hiburan yang melucukan buat peminat dan meluahkan kegembiraan itu melalui media sosial yang menganggap kejadian seperti ini hanya terjadi di liga Europa.

“Dia hanya bersantai di rumahnya sambil makan malam dan Bukayo Saka melemparkan bola ke dalam rumahnya, Liga Europa adalah kejohanan yang paling kelakar,” kata seorang peminat di media sosial.

“Tembakan Saka menghala ke arah seorang lelaki yang hanya bersantai di flatnya…Hanya di Liga Europa,” tambah kedua, sambil ketawa melihat situasi itu.

Topik utama ialah bagaimana ‘Liga Eropah’ dan keseluruhan situasi, dan pengomen yang ketiga menambah,

“Seolah-olah Saka hampir memasukkan bola melalui tingkap dan ke flat seseorang. Kejohanan apakah ini?”

Jaringan Saka boleh dikira gol nasib apabila bola percubaannya telah melantun dan terkena dadanya dan bola terus masuk ke gawang. Cukup untuk membawa balik mata penuh.

Tuan rumah agak bernasib malang kerana tidak mendapat sesuatu daripada permainan itu sendiri, kerana mereka memberi banyak tekanan dan mempunyai percubaan yang cukup untuk membimbangkan Arteta.

Saka tidak berasa simpati terhadap ketidakupayaan mereka untuk menjaringkan gol bagaimanapun, berkata,

“Ini adalah bola sepak, jika anda tidak menjaringkan anda akan dihukum.”

“Kami pernah harungi perlawanan seperti itu dan kami telah meninggalkan perlawanan itu dengan rasa agak sukar untuk dilakukan, tetapi anda dengan cepat mengetahui ini adalah bola sepak.”

“Ia agak hujung ke hujung, ia agak sukar. Saya rasa mereka berada di atas kami untuk tempoh yang agak lama, terutamanya pada separuh masa kedua.

“Mereka melakukannya dengan baik. Itulah sebabnya lebih bagus untuk kami meninggalkan sini dengan tiga mata kerana kami tahu betapa sukarnya di luar sana.”

Bodo tidaklah bodo seperti namanya apabila mempuyai 2-3 peluang terbaik untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata namun gagal menyempurnakan peluang.

BACA:  Detik Chiellini Menangkap Saka Dijadikan Inspirasi Untuk Mencacah Tattoo