Walcott Klaim Sepakan Percuma James Ward-Prowse Lebih Baik Berbanding Beckham

Theo Walcott telah mengklaim bahawa sepakan percuma pemain tengah Sothampton, James Ward-Prowse lebih baik berbanding pemain yang terkenal ke serata alam dengan sepakan percuma, David Beckham.

David Beckham telah dianggap sebagai pengambil sepakan percuma terbaik pernah disaksikan di Premier League dan telah menjaringkan 18 sepakan percuma ketika bersama Manchester United.

Rekod gol sepakan percuma terbanyak di Premier League sehingga kini masih dipegang David Beckham dengan 18 gol diikuti oleh Thierry Henry dan Gianfranco Zola dengan 12 gol.

Untuk rekod sepakan percuma terbanyak dalam tempoh semusim juga dipegang oleh David Beckham dengan 5 gol dan rekod ini mungkin akan tergugat pada musim ini.

Individu yang mampu menggugat rekod sepakan percuma dalam semusim Beckham adalah James Ward-Prowse yang setakat ini telah menjaringkan 3 gol melalui sepakan percuma.

Dengan berpuluh-puluh lagi baki perlawanan musim ini James Ward-Prowse hanya memerlukan 3 gol lagi untuk memecahkan rekod Beckham. .

Manchester United salah satu pasukan yang kena sepakan James Ward-Prowse musim ini, jangan buat tak ingat pulak.

Theo Walcott yang merupakan rakan sepasukan James Ward-Prowse yang pernah beraksi bersama Beckham di England melihat sesuatu daripada pemain berusia 26 tahun itu dalam mengambil sepakan percuma.

Jadi tidak hairanlah Walcott mampu membuat kenyataan sebegitu berani kepada talkSPORT. James Ward=Prowse lebih baik dari Davic Beckham.

“Selepas setiap sesi latihan, aku lihat James akan membuat sepakan percuma. Aku hanya duduk dan mengingati kembali melihat David Beckham melakukannya bertahun yang lalu.”

“Aku selalu fikir aku patut turut terlibat dengan sepakan percuma tetapi James terlalu bagus. Sekarang aku lihat James dan difikir ‘Kau lebih baik’.”

“Beliau selalu memberi ancaman terutamanya ketika kau dan pemain berlari dekat pemain pertahana dan cuba untuk memenangi sepakan percuma.”

“Ia seperti satu penlti untuk beliau. Senjata yang bagus untuk dimiliki.”

Prestasi musim ini dari James Ward Prowse telah membolehkan beliau mendapat tempat di hati Gareth Southgate untuk dipilih bersama England ketika ini.

James Ward-Prowse perlu bekerja keras bagi memastikan tempat di skuad England untuk kejohanan EURO 2020 tahun hadapan.

Dengan usia 26 tahun, James Ward Prowse bukan sahaja dilihat mampu memecahkan rekod semusim David Beckham malah mampu untuk mengejar rekod jaringan sepakan percuma terbanyak sepanjang zaman di Premier League.

Dalam senarai di penjaring sepakan percuma terbanyak hanya Sebastian Larsson, Cristiano Ronaldo, Cristian Eriksen dan Juan Mata sahaja yang masih aktif bermain.

Dan dalam senarai pemain aktif bermain ini hanya Juan Mata sahaja yang beraksi di Premier League itu pun jarang-jarang beraksi.

Jika Cristiano Ronaldo, Sebastian Larsson dan Cristian Eriksen kembali ke Premier League sekalipun peluang James Ward-Prowse masih cerah kerana usianya masih muda.

Melainkan James sendiri berhijrah ke Liga M dan beraksi bersama FFIRA MIKAH.

Jika diikutkan kepada statistik yang direkodkan oleh Opta di Premier League bermula musim 2003/04, tiada siapa yang dapat menandingi conversion rate James Ward-Prowse.

Ketika musim 2003/04 ini Beckham sudah angkat kaki dari Manchester United.

Jika bersandarkan kepada statistik ini maka kata-kata Walcott ini masuk akal dan hanya masa akan menentukan samada James Ward-Prowse mampu memecahkan rekod Beckham atau tidak.

BACA:  Ward-Prowse Menjaringkan Gol Yang Dasyat Dari Jarak 35 Ela