Wes Brown Yakin Manchester United Menang 2-1 vs Manchester City

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown menzahirkan keyakinan yang sangat mendalam bahawa bekas pasukannya itu akan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Manchester City.

Manchester derby tidak dinafikan sebagai derby yang terhebat di dunia, di mana perseteruan dua kelab ini merentasi bola sepak semata-mata dan pada suatu ketika dahulu tiada siapa pun yang kisah.

Sejak bersaranya Alex Ferguson, Manchester City mengambil alih tugas bagi mengekalkan kejuaraan di bandar Manchester dan menuai kejuaraan demi kejuaraan.

Untuk rekod, Manchester United tidak pernah menamatkan liga diatas Manchester City sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013.

Brown pernah merasai perkara itu dan telah pun mempunyai 5 gelaran Premier League ketika bersama United meramalkan Manchester United akan menewaskan City.

Menurut ramalan Wes Brown lagi, kedua-dua pasukan akan menjaringkan gol namun akhirnya kemenangan menjadi milik Manchester United.

Wes Brown menzahirkan kepercayaan itu penuh yakin ketika bercakap kepada Ladbrokes:

“Aku jangka kedua-dua pasukan akan menjaringkan gol minggu ini dan Manchester United akan menang 2-1.”

Itulah ramalan yang diberikan oleh Brown dan jika kau, kau, kau rasa tak setuju, taip je ramalan kau, kau, kau kat ruangan komen.

Manchester United Juara Premier League

Wes Brown percaya bahawa bekas pasukan kesayangannya itu akan menamatkan musim ini di atas Manchester City. Selagi masih ada mentari, selagi masih ada bulan dan bintang tak salah menaruh harapan.

Lebih berani dan yakinnya kamu, Wes Brown juga menyatakan beliau tidak nampak kenapa Manchester United tidak boleh bergelar juara Premier League.

Pada ketika ini Manchester United hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Tottenham Hotspur dengan kelebihan satu perlawanan di kaki.

“Melihat perjalanan Manchester United musim ini setakat ini, aku fikir Manchester United boleh menamatkan musim di atas Manchester City.”

“Jangan salah faham, perjalanan yang akan dilalui sangat sukar dan mungkin akan ada 6 pasukan di Premier League akan bersaiang merebut gelaran. Tapi bukan Arsenal.”

Wes Brown percaya Manchester United akan menamatkan musim di atas Manchester City berdasarkan perjalanan United musim ini dan apa yang terjadi pada musim lalu,

“Aku tak dapat lihat kenapa Manchester United tidak boleh tamatkan musim di atas Manchester City dan ini berdasarkan bagaimana musim ini berjalan.”

“Musim lalu United telah menamatkan saingan di tempat empat teratas di mana tiada seorang pun menjangkakan perkara ini. Jadi kadangkala kau kena menghargai pasukan apabila tiba masanya.”

Jadi secara matematiknya apa yang dipercayai oleh Wes Brown ini masuk akal dan logik kerana baru 11 perlawanan daripada 38 perlawanan di lalui.

Sheffield United yang ditangga tercorot dengan satu mata masih lagi ada peluang untuk bergelar juara jika menang semua baki perlawanan dengan situasi pasukan di atas kehilangan mata.

Jika Sheffield United masih mempunyai peluang walaupun tidak besar apatah lagi Manchester United.

BACA:  Wes Brown Percaya United Akan Tamatkan Musim Diatas City Dan Muncul Juara