Zlatan Bedal Man Utd Yang Masih Lagi Bernostalgia Dengan Zaman Ferguson

Bekas pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah membedal dan mengkritik Setan Merah kerana masih lagi terperangkap dan masih lagi bernostalgia dengan zaman kegemilangan Sir Alex Ferguson.

Tidak dapat dinafikan lagi apa yang dilakukan oleh Alex Ferguson sangat istimewa dan luar biasa sehingga meletakkan lelaki dari Scotland itu sebagai antara pengurus terbaik sepanjang zaman.

Namun amat tidak sihat apabila terus terperangkap di dalam nostalgia lama sehingga terbawa-bawa walaupun sudah memecat empat pengurus sejak tahun 2013.

David Moyes yang hebat bersama Everton gagal, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho yang mempunyai falsafah sendiri dianggap gagal walaupun masih lagi membawa balik piala.

Kemudian disandarkan kepada percaya kepada proses apabila membawa legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer yang sangat cetek pengalaman dalam bidang pengurusan. Natijahnya, Ole out.

Situasi ini menyebabkan Zlatan Ibrahimovic agak berbulu dengan bekas kelabnya itu. Ibarat orang putus cinta dan tak boleh move on.

Dua musim Zlatan di Manchester United boleh dikatakan sangat berjaya selepas zaman Sir Alex Ferguson dengan menjuarai Piala Liga dan juga Europa League. Zlatan akui mengalami satu pengalaman yang hebat:

“Aku melalui satu pengalaman yang hebat di England. Manchester United adalah sebuah kelab yang menakjubkan dan kami memenangi beberapa trofi.” Ujar Zlatan kepada The Guardian.

Tidak dapat dinafikan lagi ketika ini Manchester United dan peminat mereka masih lagi berfantasi dengan zaman Sir Alex Ferguson dan apa yang dilakukan oleh pengurus selepas itu dirujuk kepada apa yang pernah dilakukan Ferguson di zaman dahulu.

Deoxyribonucleic acid atau DNA Manchester United sering disebut sebagai sesuatu yang sudah hilang dan Ole Gunnar Solskjaer yang dikatakan membawa kembali DNA itu juga telah hilang kini.

Berbicara mengenai keperitan berterusan yang dialami Manchester United ekoran prestasi yang tidak menentu dan masih lagi tersangkut dan diselebungi zaman gemilang yang dicipta oleh Sir Alex Ferguson, Ibrahimovic berkata:

“Mereka terlampau banyak bercakap tentang masa lalu. Apabila aku pergi ke sana aku berkata: ‘Aku di sini untuk memberi tumpuan kepada masa kini dan untuk membuat cerita aku sendiri.’”

“Tetapi apabila kau terlalu banyak meratapi ia menjadi seperti gelung. Kau perlu memikirkan tentang masa kini atau kau kena pergi ke hospital dan cuci kepala hotak kau.”

Benar apa yang dikatakan Zlatan, hakikatnya Manchester United kini sudah terperangkap dengan zaman kegemilang Ferguson dan perlu berubat untuk menjalani kehidupan baru.

Ketika ditanya adakah Premier League kelihatan berlebihan walaupun dianggap sebagai opera sabun (soap-opera) yang ketagihan? Ini jawapan Zlatan mengikut pengalamannya.

“Kualitinya sangat berlebihan (overrated) jika dinilai secara teknikal. Tetapi Premier League mempunyai kualiti yang berbeza – kelajuan dan rentak.”

“Kau boleh menjadi pemain terbaik di dunia tetapi jika kau tidak dapat mengendalikan kelajuan dan rentak itu gagal lah kau.”

Zlatan Ibrahimovic mengakui teknikal aspek di Sepanyol, Perancis dan Itali jauh lebih baik berbanding Premier League namun tidak dari kelajuan dan rentak.

“Di Sepanyol, Perancis, Itali, tekniknya lebih baik. Itulah sebabnya terdapat begitu ramai warga asing di Premier League. Mereka membawa aspek teknikal.”

Dari jawapan Zlatan ini sudah dapat disimpulkan bahawa bahawa beliau adalah seorang pemain hebat kerana memiliki aspek teknikan, kelajuan dan rentak yang padu dalam bola sepak.

Pergi mana-mana liga di dunia ni, Zlatan yang kini terpalit dengan kontroversi menyiku Cesar Azpilicueta dengan sengaja pasti tidak mengecewakan.

BACA:  Mourinho Tidak Akan Bayar Tiket Untuk Menonton Aksi Manchester United Sekarang