11,000 Peserta Marathon Di Mexico Dibatalkan Penyertaan Selepas Kantoi Naik Bas

Lebih 11,000 peserta acara marathon di Mexico hilang kelayakan selepas penjejak elektronik yang dipakai mereka mendedahkan peserta tersebut gagal melengkapkan larian sebagaimana sepatutnya.

Lebih 30,000 peserta mengambil bahagian sempena edisi ke-40 acara marathon yang dianjurkan di Mexico City pada 27 Ogos yang lalu.

Penganjur acara tersebut terpaksa menyiasat kembali kredibiliti larian kebanyakkan peserta selepas menerima banyak laporan penipuan telah berlaku.

Ada peserta didakwa telah menaiki kereta ketika larian, dan tidak kurang juga yang menggunakan pengankutan awam seperti bas sepanjang 26.22 km larian itu.

Siasatan terhadap penjejak elektronik yang dipakai oleh peserta kemidiam mendedahkan hampir separuh daripada mereka yang menamatkan larian tidak melalui checkpoint yang ditetapkan sepanjang laluan.

Institut Sukan Mexico City mengesahkan mereka akan memulakan proses mengenalpasti peserta terbabit, dan tindakan peserta XL Mexico City Marathon Telcel 2023 ini turut dikritik kerana tidak mengamalkan semangat kesukanan.

Bagaimanapun ramai peserta turut tampil mendakwa penjejak elektrinik mereka gagal berfungsi dengan baik sepanjang larian yang menyebabkan tempoh larian gagal dicatatkan dengan tepat ketika melalui checkpoint.

Ini bukan kali pertama acara marathon di Mexico terpaksa membatalkan larian peserta berkaitan penipuan.

Pada 2017, hampir 6,000 peserta dibatalkan kelayakan mereka, selepas didapati gagal memenuhi kriteria larian yang ditetapkan penganjur.

Pada 2018, penganjur membatalkan keputusan 3,090 larian peserta atas sebab yang sama.

Acara Marathon Mexico memegang status World Athletics Gold Label yang merupakan status kedua tertinggi untuk acara marathon oleh badan dunia.

Penganjur menekankan status tersebut sepatutnya menampilkan kualiti dan profesionalism acara larian itu di benua tersebut.

Berikutan dakwaan penipuan terbaru ini, jurucakap World Athletic turut meluahkan kekecewaan.

Untuk acara tahun ini Mexico Marathon dimenangi oleh pelari Bolivia, Hector Garibay yang merekodkan larian 2 jam 8 minit dan 23 saat. Pelari Kenya, Celestine Chepchirchir dari Kenya mengakhiri larian di kedudukan pertama kategori wanita dengan catatan 2 jam 27 minit dan 17 saat.

Seperti kebiasaan, mereka yang menamatkan larian turut mendapat hadiah sagu hati berupa medal.

BACA:  Jurulatih Mexico: Kelakuan Neymar Memalukan Bola Sepak