2003-2021: Lima Kelab Asia Tenggara Yang Paling Berjaya Di Liga Juara Asia (ACL)

Liga Juara Asia (ACL) telah memasuki edisi yang ke-40. Pertandingan ini telah mengalami beberapa proses penambahbaikan. Titik terbesar dalam proses tersebut ketika ia dijenamakan dengan nama Liga Juara Asia pada tahun 2003. Sebelum itu ia lebih dikenali sebagai kejohanan kelab Asia.

Sejak dijenamakan semula, pertandingan ini sudah dibesarkan sebanyak 3 kali. Selepas setahun Liga Juara Asia diperkenalkan kejohanan ini dibesarkan kepada 28 pasukan (2004) kemudian 32 pasukan (2009) dan bermula tahun ini Liga Juara Asia mempunyai 40 pasukan.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 83 pasukan telah bermain di pusingan proper. Tidak termasuk pasukan yang bermain di pusingan kelayakan dan tidak pernah layak.

Kelab dari Korea Selatan muncul juara sebanyak 7 kali, Jepun 5 kali dan China 2 kali. Sementara itu kelab dari Asean tulen tidak pernah menjuarai kecuali dari Asean celup 1 kali.

Dalam rekod sebanyak 26 pasukan dari Asean telah bermain di pusingan proper termasuk 7 dari Australia. Daripada 26 pasukan itu 5 disenaraikan paling berjaya.

Western Sydney Wanderers (Australia)

Kemasukan Australia ke dalam Asean tidak mengancam dominasi kelab-kelab dari Jepun, Korea Selatan dan China malah baru-baru ini Thailand sudah memintas ranking A-League dan mengurangkan slot mereka dalam pertandingan Liga Juara Asia. Pada edisi terbaru pasukan dari Australia telah menarik diri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kejayaan tunggal yang dilakarkan oleh A-League berlaku pada tahun 2014 apabila Western Sydney Wanderers dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Al Hilal dari Arab Saudi 1-0 secara agregat. Western Sydney Wanderers melakukan kejutan itu pada penampilan pertamanya di pentas tertinggi kelab Asia.

Setahun selepas itu Western Sydney Wanderers sekali lagi muncul di Liga Juara Asia namun gagal melepasi peringkat kumpulan. Tahun 2017 merupakan penampilan kali ke-3 kelab ini dan selepas itu tidak lagi muncul. Sejak itu kelab ini hanyalah pasukan pertengahan bawah A-League.

Juara (2014), Peringkat kumpulan (2015, 2017)

Police Tero (Thailand)

Ketika kelab ini mara ke final Police Tero dikenali sebagai BEC Tero Sasana. BEC Tero hampir mengejutkan Al Ain namun gagal mencari gol penyamaan untuk memadam kekalahan 0-2 yaang dialaminya di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Jaringan penyerang sensasi mereka Thershad Caiman tidak cukup dan BEC Tero sekadar berpuashati sebagai pasukan naib juara edisi pertama atas nama Liga Juara Asia.

Hanya 16 pasukan terlibat pada edisi pertama dan pemilihan pasukan masih belum menggunakan sistem ranking liga namun liga tersebut perlu memenuhi kateria yang ditetapkan oleh Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC).

Thai League memenuhi kateria tersebut dan BEC Tero merupakan juara berganda liga musim 2000, 2001/02. BEC Tero tampil 3 kali di pentas kelab Asia.

Naib Juara (2003), Peringkat kumpulan (2004, 2005)

Buriram United (Thailand)

Kejayaan Buriram United mara ke peringkat suku akhir pada tahun 2013 mengubah mengubah landskap bola sepak Thailand terutama liganya. Pada tahun tersebut format Liga Juara Asia sudah semakin sukar. Bagi pasukan dari Asean, mara ke peringkat itu merupakan pencapaian besar.

Buriram tampil 5 kali secara berturut-turut (2012 hingga 2016), pada tahun 2018 Buriram sekali hampir melakukan sekali lagi (mara ke suku akhir) namun tewas tipis kepada gergasi Asia, Jeonbuk Hyundai Motors.

Jeonbuk Hyundai Motors merupakan pasukan yang paling banyak tampil di Liga Juara Asia iaitu sebanyak 13 kali. Beberapa kejayaan Buriram mengangkat ranking liganya dan pada hari ini Thai League adalah liga ke-4 terbaik Asia zon timur. Mengatasi A-League.

Suku akhir (2013), Pusingan 16 (2018), Peringkat kumpulan (2006, 2012, 2014, 2015, 2016, 2019)

Adelaide United (Australia)

Walaupun negara ini mempunyai susuk tubuh eropah tetapi mereka kurang berjaya di Asia. Sejak 2007 secara keseluruhan kelab dari negara ini tampil 28 kali melalui 7 pasukan. Daripada jumlah tersebut mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan sebanyak 6 kali.

Pencapaian terbaik dicatatkan oleh Western Sydney Wanderers dan yang ke-2 adalah Adelaide United. Pada tahun 2012 Adelaide mara ke peringkat suku akhir sebelum ditujuk jalan keluar oleh jaguh dari Uzbekistan, Budyonkor.

Suku akhir (2012), Peringkat kumpulan (2007, 2017)

Muangthong United (Thailand)

Era kebangkitan Muangthong United belaku pada lewat 2000an tetapi mereka tidak berada pada masa tepat kerana ranking Thai League tidak begitu baik. Walaupun menjuarai liga kelab perlu bermula di pusingan kelayakan.

Tidak banyak pasukan dari Asean berjaya melepasi peringkat itu apabila bertemu pasukan dari Jepun, Korea Selatan dan China.

Pada tahun 2017 Muangthong menulis sejarahnya apabila mara ke pusingan 16. Walaupun dibelasah 7-2 secara agregat oleh Kawasaki Frontale, kejayaannya mengenepikan Ulsan Hyundai dan Brisbane Roars merupakan pencaian besar.

Kejayaan awal dari Muangthong United dan Buriram United menjadi perintis kepada peningkatan ranking Thai League yang kemudiannya membuka pintu kepada pasukan seperti Port, Chiangrai, Ratchaburi dan lain-lain bermain di Liga Juara Asia.

Pusingan 16 (2016), Peringkat kumpulan (2013)

BACA:  Penyokong China Selar Dion Cools Lupa Asal Usul Keturunan Sebenar Dari Negara Tembok Besar