ACL: 3 Sebab JDT Dijangka Mudah Kalahkan Ratchaburi Mitr Phol

JDT akan turun menentang Ratchaburi pada jam 10 malam nanti di Stadium Rajamangala, Thailand. Ia merupakan perlawanan ke-2 bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara Asia (ACL) 2021, Kumpulan G.

JDT dan Ratchaburi kalah pada perlawanan pertama. JDT kalah kepada Nagoya Grampus 0-1 dan Ratchaburi tewas di tangan pasukan tradisi pertandingan ACL Pohang Steelers 0-2.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yakin pasukannya mampu menewaskan kelab dari Thailand tersebut. Sementara itu Jurulatih Ratchaburi, Seksan Siripong mahu membuktikan kelab ini antara yang terbaik di Thailand.

Mora bercakap dalam sidang media pra perlawanan bagi pihak JDT

“Walaupun tidak mendapat keputusan seri (lawan Nagoya) pasukan ini (JDT) berada dalam keadaan baik termasuk mental dan fizikal.

“Melihat kepada pasukan Ratchaburi corak mereka sama seperti bola sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan Thailand.

“Mereka bermain di Thai League dimana tahap mereka lebih tinggi dari kami, tapi secara jujur selepas menonton perlawanan diantara Ratchaburi lawan Pohang (Steelers) kami percaya kami berpeluang untuk meraih keputusan lebih baik.

“Jika kami bermain secara berpasukan dengan cara sama seperti lawan Nagoya, peluang kami (menang) lebih besar.

“Harapan saya esok (hari ini) adalah menang, itulah cara kami berfikir. Kami perlu sentiasa mahukan kemenangan dan sebab itulah kami kesisi.

“Kami tidak berada disini hanya untuk menjadi pelengkap. Kami akan melakukan yang terbaik dan cuba memperbaiki prestasi perlawanan pertama kami.

Siripong mahu debut Ratchaburi di ACL sebagai peluang terbaik membuktikan kelab ini antara yang terbaik di Thailand.

“Sudah tentu kami ingin menunjukkan kami mampu bersaing dengan pasukan terbaik di benua (asia) ini dan saya akan buktikan di atas padang esok (malam nanti).

“Kami mempunyai beberapa masalah dalam perlawanan menentang Pohang, pemain dilihat agak gemuruh dalam penampilan pertamanya di AFC Champions League.

“Ia pengalaman baru bagi pasukan dan para pemain dan akan melihat perlawanan seterusnya menentang JDT.

“Pasukan (dari) Malaysia mempunyai corak permainan hampir sama dengan kami dan sudah biasa dengan corak mereka.

“JDT merupakan pasukan yang sukar untuk dihadapi tetapi saya percaya kepada kemampuan pemain saya.

“Kami bermain di tempat sendiri dan pemain sedar tentang perkara ini. Mereka bersedia untuk menunjukkan kemampuan mereka.

“Pada akhirnya kami ingin menunjukkan kepada semua Ratchaburi merupakan salah satu pasukan terbaik dari Thailand dalam pertandingan ini.

JDT dilihat tidak mempunyai tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Ratchaburi. Walaupun Ratchaburi bermain di negaranya sendiri, terdapat 3 faktor JDT lebih baik berbanding kelab yang menamatkan Thai League 1 di tangga ke-8 itu.

1. Ratchaburi bernasib baik

Ratchaburi tidak akan berada di peringkat kumpulan jika kelab-kelab dari Australia tidak menarik diri. Ratchaburi dijadualkan bertemu Pohang Steelers pada peringkat kelayakan akhir. Akibat dari situasi tersebut perlawanan tersebut tidak dijalankan dan kedua-dua pasukan layak secara automatik.

Adakah Ratchaburi boleh tewaskan Pohang Steelers di peringkat kelayakan? Mereka kalah 0-2 kepada pasukan ini pada beberapa hari lepas.

2. JDT lebih senior, Ratchaburi Debut

Ini merupakan musim ke-3 berturut-turut JDT bermain di pentas ACL melalui merit kejuaraan Liga Super Malaysia. Kejuaraan liga bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi secara berturut-turut.

Ratchaburi pula layak ke peringkat kelayakan akhir melalui slot tempat ke-4 Thai League 1. Namun kedudukan itu diambil ketika liga memasuki pertengahan musim -15 perlawanan. Perkara itu dilakukan kerana jadual musim 2020 dipanjangkan sehingga 2021 kerana masalah covid.

Kedudukan sebenar Ratchaburi selepas tamat 30 perlawanan adalah tempat ke-8. Menunjukkan pasukan ini adalah pasukan sederhana dari Thailand sedangkan JDT merupakan gergasi Malaysia.

Faktor covid (liga) membantu Ratchaburi bermain di ACL buat kali pertama disamping faktor tarik diri kelab dari Australia.

3. Majoriti pemain JDT bertaraf pemain kebangsaan

Pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, skuad Malaysia dibarisi oleh majoriti pemain dari JDT. Dalam 2-3 perlawanan negara seramai 8 hingga 9 JDT berada dalam senarai kesebelasan utama. Skuad ini menewaskan Thailand.

Sementara itu tiada pemain Ratchaburi berada dalam senarai 11 pemain Thailand yang terlibat dengan kempen kelayakan di Dubai. Kelab ini tidak mempunyai pemain kebangsaan seperti JDT yang memiliki Mamadou Sumareh, Safawi Rashid dan sedozen lagi.

Ibarat seperti Melaka United lawan BG Pathum Thani dan BG Pathum Thani merupakan pasukan pilihan.

RUMUSAN

JDT seharusnya menang mudah. Selain dari keptusan itu ia adalah kejutan.

BACA:  Farizal Marlias Lega Mimpi Ngeri Penggantungan AFC Sudah Berakhir