Penyokong China Selar Dion Cools Lupa Asal Usul Keturunan Sebenar Dari Negara Tembok Besar

Selepas kekecohan yang berlaku selepas perlawanan peringkat kumpulan di antara Zhejian FC dan Buriram United di saingan AFC Champions League pada minggu lalu, Dion Cools terus menjadi perhatian penyokong dan media di China.

Terbaru laporan dari China mengatakan Cools tidak sedar diri mengenai asal usul keturunan dirinya sendiri yang berasal dari negara Tembok Besar itu.

Seperti kita semua sedia maklum, ayah Cools, Hans Cools adalah warganegara Belgium Ibunya, Xylia Chai pula berasal dari Sarawak.

Walaupun demikian penyokong dan media di China pergi jauh daripada itu yang mengaitkan ibunya yang berketurunan Hakka yang datangnya daripada China.

Disebabkan itu penglibatan Cools dalam kekecohan selepas perlawanan yang tampil mempertahankan rakan sepasukannya dikasari pemain Zhejiang dianggap tidak munasabah di China.

Walhhal tindakan pemain pertahanan Harimau Malaya itu sememangnya boleh difahami kerana mempertahankan rakan sepasukannya. Takkan nak pertahankan pemain lawan?

Suatu ketika dahulu nama Cools turut pernah dikaitkan untuk dinaturalisasikan dan beraksi di China kerana asal usul keturunan sebelah ibunya.

Bekas pemain FC Midtjyland itu bagaimanapun memilih untuk beraksi dengan Malaysia. Penyokong di China mungkin marah dengan Cools selepas pemain itu didakwa melakukan provokasi terhadap penyokong Zhejiang selepas insiden panas selepas perlawanan.

Anehnya penyokong dan media China turut mengungkit pilihan negara untuk disertai oleh Cools.

“Pasukan negara [China] pun tidak mahukan anda. Kau terlalu bangga dengan diri sendiri,” kata salah seorang daripada penyokong China di media sosial.

“Lupa asal usul diri, dia memilih untuk menghancurkan dirinya,” kata seorang lagi.

Zhejiang dan Buriram dijangka akan berhadapan hukuman berat oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas kejadian yang berlaku di antara kedua-dua pasukan pada perlawanan lalu.

Buriram seterusnya akan berhadapan Ventforet Kofu pada perlawanan seterusnya di Chang Arena. Zhejiang FC pula akan menentang Melbourne City FC di Stadium Melbourne Rentangular.

kedua-dua pasukan wajib menang untuk mara ke pusingan seterusnya.

BACA:  Alexander Pato Tinggalkan China, Tebus Kontrak Untuk Menjadi Ejen Bebas