Kontroversi pengadilan membabitkan pasukan China sekali lagi berlaku di dalam saingan Kumpulan A Piala Asia, dan kali ini ketika pasukan itu berhadapan Lebanon.
Memasuki minit ke-13 perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama, pemain pertahanan Lebanon, Khalil Khamis melakukan aksi agak keras apabila kaki tingginya ketika cuba memenangi bola tinggi menyebabkan tapak kakinya hinggap tepat di muka pemain tengah China, Dai Wai Tsun.
Insiden tersebut mencetuskan bantahan daripada kem China, namun pengadil perlawanan dari Korea Selatan Ko Hyung-jin memberikan isyarat supaya perlawanan diteruskan.
Lebanon's Khalil Khamis was not carded or even called for a foul for this hit on China's Dai Wai Tsun. 😳 pic.twitter.com/GoGoXNOcxr
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) January 17, 2024
Insiden tersebut kemudiannya terpaksa dihentikan seketika selepas campur tangan VAR. Walaupun demikian Hyung-jin tidak memberikan sebarang layangan kad kepada Khalil kerana menilai kekasaran tersebut tidak disengajakan.
Media di China menilai keputusan tersebut sebagai tidak masuk akal dan gila. Menurut netizen China, pengadil sengaja mengabaikan kekasaran tersebut kerana seorang lagi pemain China sudah berada di posisi offside.
ADUH NGERI 🤦🏽
Laga Lebanon vs China di lanjutan Grup A Piala Asia 2023 menuai sorotan.
Pemain Lebanon, Khalil Khamis bebas dari hukuman kartu merah ataupun kuning, seusai melayangkan tendangan kungfu ke pemain China Dai Wai Tsun.
Videonya di bawah ya. pic.twitter.com/oR5wcGfCxA
— Regista (@registaco) January 18, 2024
Perlawanan tersebut berakhir seri tanpa jaringan. Ini adalah perlawanan kedua di mana skuad kendalian Aleksandar Jankovic seri dalam saingan kumpulan A, setelah turut seri menentang Tajikistan di perlawanan pertama.
Keputusan perlawanan ini membenarkan Qatar berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata dan menjadi pasukan pertama layak ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas merekodkan dua kemenangan.
China pula berada di kedudukan kedua dengan dua mata. Kemampuan mereka untuk layak ke pusingan seterusnya kini bergantung kepada perlawanan terakhir menentang Qatar pada 22 Januari dalam perlawanan wajib menang.