Sebab Utama Kerajaan China ‘Censored’ Imej Atlet Sendiri Berpelukan Akhirnya Terjawab

Imej dan foto atlet China Lin Yuwei memeluk lawannya yang juga pelari senegara Wu Yanni selepas menamatkan acara 100 meter lari berhalangan telah dikaburkan (censored) sebelum dipadam di semua platform media di negara itu.

Lin memenangi pingat emas acara itu di Sukan Asia yang berlangsung di Hangzhou dan dengan penuh emosi memeluk rakan atlet senegaranya selepas itu.

Walaupun demikian selepas beberapa jam foto dan imej tersebut disiarkan, ia telah dipadam atau diedit oleh media China atas sebab yang ramai tidak ketahui.

Kedua-dua pelari memulakan larian dari lane 6 dan 4 – seperti yang ditunjukkan melalui imej dan nombor yang mereka pakai ketika larian.

Kerajaan China sebenarnya mengharamkan penayangan kedua-dua nombor pada masa yang sama disebabkan oleh tarikh tragedi yang digelar Tiananmen Square massacre – yang berlaku pada 4 Jun 1989.

Tragedi tersebut berpunca daripada demonstrasi yang diadakan oleh mahasiswa dan mahasiswi di China pada ketika itu yang berakhir dengan pertumpahan darah akibat pertempuran dengan pihak berkuasa di bawah pemerintahan Parti Komunis.

Walaupun menjadi antara sejarah hitam di China, tragedi tersebut jarang sekali diperkatakan di China, tatkala kerajaanya turut tidak membenarkan tragedi tersebut dibicarakan secara umum.

Walaupun demikian kerajaan China masih sukar untuk membendung ia menjadi topik perbualan di internet – menjadikan ia topik sensitif untuk dibicarakan di media arus perdana.

Insiden tersebut bukan satu-satunya perkara yang menjadi kontroversi dalam acara dan perlumbaan tersebut.

Wu turut hilang kelayakan dalam perlumbaan tersebut kerana false start.

Bagaimanapun pegawai bertugas melayangkan kad merah kepada pelari India Jyothi Yarraji yang berlari di sebelah atlet China itu.

Perkara tersebut menyebabkan India melakukan protes sebelum Yarraji disahkan memenangi pingat perak manakala gangsa dimenangi pelari Jepun, Yumi Tanaka.

BACA:  Alexander Pato Tinggalkan China, Tebus Kontrak Untuk Menjadi Ejen Bebas