Sukan Asia: Lee Zii Jia Menang Mudah, Belasah Zefi Mourinho 21-0 Di Set Pertama

Pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia menang mudah dalam acara perseorangan lelaku acara badminton Sukan Asia apabila menundukkan wakil Timor Leste, Zefi Costa Gusmau De Jesus Mourinho 21-0, 21-7.

Zii Jia sebelum ini cemerlang menewaskan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dengan kiraan mata 15-21, 21-15, 21-16 di pusingan pertama sebelum berhadapan Zefi Costa Mourinho di pusingan kedua di arena Gimnasium Binjiang di Hangzhou sebentar tadi.

Bersemangat selepas merekodkan kemenangan pertama sepanjang kariernya menentang Angus pada Isnin, Zii Jia jelas tidak memberi muka dengan kemenangan 21-0 di set pertama.

Pemain profesional perseorangan negara itu kemudiannya bermain lebih santai sebelum membenarkan lawan mengutip tujuh mata untuk menang 21-7 pada set kedua.

Secara keseluruhan Zii Jia hanya berada di dalam gelanggang selama 17 minit sebelum mengesahkan laluan ke pusingan ketiga pertandingan.

Ia adalah kemenangan sempurna dalam set pertama untuk Zii Jia yang tidak melepaskan sebarang mata kepada lawannya itu โ€“ tanpa sebarang kesilapan.

Kemenangan mudah 21-0 di set pertama di acara antarabangsa pertandingan badminton sememangnya sesuatu yang jarang berlaku.

Tatkala Zefi Costa Gusmau De Jesus Mourinho boleh dianggap sebagai lawan kurang pengalaman, laluan Zii Jia selepas ini akan lebih berliku apabila bakal menentang lawan yang berada di ranking lebih tinggi di pusingan seterusnya.

BACA:ย  Sukan Asia: Jurulatih Korea Utara Anggap Tindakan Pemainnya Serang Pengadil Selepas Kalah Sebagai Munasabah