BAM Tidak Benarkan Lee Zii Jia Bertanding Di Pentas Antarabangsa Selama 2 Tahun

Dunia badminton negara pada ketika ini sedang hangat membincangkan tentang keputusan BAM yang dilaporkan seolah-olah sengaja mahu merosakkan karier Lee Zii Jia.

Beberapa hari yang lalu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah menghantar surat kepada BAM untuk mendedahkan hasratnya yang mahu bergerak secara sendirian.

Keputusan Zii Jia yang mahu meninggalkan badan induk Badminton negara itu telah diumumkan sendiri oleh Presiden BAM, Norza Zakaria.

Lee Zii Jia dilaporkan telah mengadakan sesi rundingan dengan BAM sendiri di ABM, Kuala Lumpur pada awal minggu baru-baru ini.

Laporan sama turut mendedahkan yang Zii Jia memutuskan untuk bergerak sendiri kerana beliau tidak tahan dengan tekanan yang beliau terima.

Lee Zii Jia digantung dua tahun dari sertai mana-mana kejohanan anjuran BWF

Keinginan Lee Zii Jia untuk bergerak sebagai pemain profesional secara bersendirian sepertinya menemui jalan sukar selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun ke atasnya.

Hal tersebut telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden BAM, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang menyatakan bahawa BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Lee Zii Jia bagi menyertai mana-mana kejohanan untuk tempoh selama dua tahun.

“Kami telah menerima surat perletakan jawatan Zii Jia daripada BAM sejak 11 Januari dan kami telah melakukan beberapa langkah dan perbincangan bagi memastikan dia kekal dalam skuad kebangsaan,”

Jelas Timbalan Presiden II BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos menurut Nadi Arena.

“Bagaimanapun ia tidak berhasil dan Zii Jia tetap dengan keputusan untuk keluar daripada BAM.

“Sukar dan kecewa bagi BAM melepaskan khidmat pemain seperti Zii Jia, yang baru sahaja memenangi Kejohanan Seluruh England tahun lalu. Namun atas keputusan yang telah diambil, BAM mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia bagi pertandingan BWF selama dua tahun.”

BAM turut mengumumkan yang pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut tidak akan didaftarkan selama dua tahun selepas beliau turut mengambil keputusan untuk menjadi pemain profesional.

Jahaberdeen turut menjelaskan kedua-dua pemain itu boleh membuat rayuan untuk kembali beraksi sekaligus tidak menjejaskan perancangan karier mereka selaku pemain badminton negara.

Agak sayang untuk Lee Zii Jia digantung selama dua tahun bermula pada tahun ini kerana tahun 2022 memiliki banyak kejohanan-kejohanan besar.

Sukan SEA dan Sukan Komanwel merupakan antara kejohanan besar yang ada, dan ketika ditanya sama ada Zii Jia akan berada dalam skuad atau tidak, Jahaberdeen menjelaskan:

“Zii Jia dan Jin Wei tidak didaftar BAM hari ini, namun jika rayuan dilakukan serta mencapai kata persetujuan, tidak mustahil mereka akan kembali berkhidmat untuk negara.”

Jelas Jahaberdeen lagi menurut Nadi Arena.

Roslin Hashim bengang dengan BAM

Roslin baru-baru ini ada membuat siaran langsung dan dalam siaran langsung itu beliau telah menghentam teruk BAM.

Beliau turut menceritakan semula kisah-kisah lampau tentang masalah yang beliau hadapi sepanjang bekerjasama dengan BAM.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah ketika beliau mendedahkan tentang dua individu dalam BAM yang dirasakan sebagai punca huru-hara dalam Persatuan Badminton Malaysia.

“Selagi ada dua ekor jahanam bangsat dalam BAM ni, Ng Chin Chai dengan Kenny Goh ni, memang jahanam badminton Malaysia tau tak? Memang jahanam.”

“Dua ni, dua ekor ni, bangsat lahanat ni, yang Presiden ni dia ikut je, sebab tu diorang ni, yang dua ekor ni, kat dalam ni bermaharajalela, suka-suka dia je nak letak siapa sini, siapa sini.”

“Ni dua ekor ni, cuba buang dua ekor ni, apa, dja cakap apa, kalau dua orang ni keluar siapa nak ganti, heii buang lah dulu, buanglah dulu tengok, kalau berani kau letaklah jawatan, itu je simple.

BACA:  Lee Zii Jia Muncul Juara All England