Lee Zii Jia Smash Keluar Pemain Nombor Satu Dunia dan Mara Ke Separuh Akhir All England

Pemain badminton perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia telah membuktikan kehebatan yang ada pada dirinya selepas mara ke pusingan separuh akhir di kejohanan All England.

Lebih manis, Lee Zii Jia menewaskan juara dunia dua kali, Kento Momota pemain perseorangan dari Jepun yang juga merupakan pemain nombor satu dunia ketika ini.

Pemain nombor satu Malaysia itu menewaskan Kento Momota di Arena Birmingham dalam permainan straight set 21-16, 21-19 yang mengambil masa kira-kira 54 minit.

Perlawanan di set pertama menyaksikan Lee Zii Jia ketinggalan tiga mata yang memihak kepada pemain nombor satu dunia itu dengan kedudukan 12-9.

Lee Zii Jia tidak mudah mengalah dan mengurangkan jarak kepada dua mata dengan kedudukan 15-13 dan dari sinilah kebangkitan Lee Zii Jia bermula untuk mendahului 16-15.

Dari saat itu Lee Zii Jia tidak menoleh lagi dengan hanya memberikan satu sahaja mata kepada Kento Momota dan menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-16.

Semangat kebangkitan set pertama terus dibawa ke set kedua di mana Lee Zii Jia terus mengekalkan permainan konsisten.

Lee Zii Jia memulakan set kedua dengan baik apabila mendahului dengan kedudukan 8-4 sebelum Kento Momota mengejar untuk mengikat kedudukan 14-14.

Selepas itu Zii Jia menjarakkan diri dengan dua mata dan pemain nombor satu dunia itu terus mengejar sehingga kedudukan 20-19 dengan mata akhir di tangan Zii Jia.

Zii Jia tidak hilang fokus dan memanfaatkan mata akhir dengan permainan dijaring dan menyebabkan pukulan balas Momota tak lepas untuk kemenangan 21-19.

Ini merupakan kemenangan pertama Lee Zii Jia ke atas Kento Momota di mata Zii Jia tewas dalam kesemua enam perlawanan sebelum ini.

Kekalahan kali terakhir Zii Jia ditangan Kento Momota di kejohanan Malaysian Master 2020.

Ini merupakan kali kedua Zii Jia mara ke separuh akhir All England menyamai rekod yang dilakukan beliau tahun lalu sebelum tewas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Di separuh akhir, Zii Jia akan bertemu wakil Belanda, Mark Caljouw yang menewaskan pemain India, Lakshya Sen dengan permainan tiga set 21-17, 16-21 dan 21-17.

Jika dilihat di atas kertas peluang Zii Jia mara ke perlawanan akhir agak cerah menentang Mark Caljouw yang berada pada ranking ke-36 dunia.

Mark Caljouw kini berada pada prestasi terbaik sejak setahun yang lalu dengan konsisten memanjat World Tour ranking dari kedudukan 56 ke tangga ke-9.

Dalam perjalanan ke separuh akhir All England, Zii Jia telah menewaskan wakil Kanada, Brian Yang dipusingan 32 dan pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS di pusingan 16 sebelum bertemu Momota.

Kemaraan Lee Zii Jia ke separuh akhir All England ini pasti dapat menutup mulut kritikan yang agak teruk beliau terima selama ini.

Selepas kemenangan terakhir wakil Malaysia di All England melalui Lee Chong Wei pada 2017 inilah harapan terbaik untuk rakyat merasai kejuaraan All England semula.

Pemain bakal berusia 23 tahun ini memulakan karier profesional pada usia 13 tahun dan merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja 2016.

Nama : Lee Zii Jia
Tarikh Lahir : 29 Mac 1998
Umur : 22 tahun
Tinggi : 1.86 m (6 ft 2 in)
Negara : Malaysia
Negeri : Alor Setar, Kedah
Rangking Dunia : 45

Imbas kembali aksi Zii Jia vs Momota suatu ketika dulu.

Terpegun Kento Momota Diperdaya Lee Zii Jia

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Master Malaysia dan bertemu Kento Momota dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Kento Momota menguasai pertarungan memaksa Lee Zii Jia berlari ke segenap gelanggang untuk membalas pukulan pemain nombor satu dunia.

Ke kanan ke kiri, lari-lari kecil untuk mempertahankan daripada kehilangan mata.

Akhirnya Lee Zii Jia berjaya memperloleh mata dengan satu permainan jaring yang cantik selepas dipermainkan.

Pada mulanya Kento Momota mahu membiarkan saja pukulan balas Lee Zii Jia namun apabila menyedari jangkaannya salah, semuanya sudah terlambat.

Bola jatuh tepat ke atas garisan gelanggang dan tidada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Kento Momota selain terpegun.

Reaksi dan riak wajah Kento Momota menceritakan segalanya.

Lee Zii Jia kandas di ditangan Momota dengan keputusan 10-21, 19-21. Tewas mudah pada set pertama dan memberi tentangan sengit di set kedua.

Namun itu tidak cukup menghalang Momota ke final dan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Gelaran Master Malaysia menjadi milik Momota selepas menewaskan Axelsen 24-22, 21-11.

BACA:Β  Sukan Asia: Lee Zii Jia Menang Mudah, Belasah Zefi Mourinho 21-0 Di Set Pertama