Lee Zii Jia Muncul Juara All England

Kejohanan dalam sejarah badminton, All England bakal melabuhkan tirainya dengan memasuki hari terakhir dan pemenang All England bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan diketahui.

Semua final yang berlangsung di Ulitita Arena, Birmingham melibatkan pasangan seperti beregu campuran, beregu lelaki dan wanita di dominasi pasangan dari Jepun yang bertemu sesama mereka.

Perseorangan wanita juga mempunyai wakil Jepun yang bertemu pemain Thailan dan hanya perseorangan lelaki sahaja tiada kelibat pemain Jepun.

Kemaraan Lee Zii Jia bukan sahaja melonjakkan kegembiraan hati rakyat Malaysia malah media antarabangsa juga tampak teruja dengan memberi gelaran Sensasi dari Malaysia.

Selepas bersaranya Lee Chong Wei nampaknya dunia badminton masih merindui dan berharap akan ada jaguh datang dari Malaysia.

Menentang Viktor Axelsen merupakan juara bertahan dan pemain dengan rekod mengagumkan bukan tugas mudah buat Lee Zii Jia.

Lee Zii Jia memulakan permainan dengan servis pertama, selepas permainan rally yang agak panjang mata pertama menjadi milik Viktor Axelsen.

Permainan menyerang yang kadangkala agak argresif dipamerkan kedua-dua pemain menyaksikan sentiasa servis bertukar tangan.

Lee Zii Jia mendahului Viktor Axelsen ketika 11-10 ketika permainan memasuki Mid-game interval break atau lebih kurang rehat separuh masa untuk set pertama

Bersambung permainan aksi sengit berterusan dan saling berkejaran mata dan Lee Zii masih mendahului lagi dengan 15-13 sebelum Axelsen mengikat kembali kedudukan 15-15.

uat pertama kali di set pertama perbezaan 3 mata terjadi memihak kepada Zii Jia 19-16 dan sekali lagi Axelsen mengejar menyamakan mata 19-19.

Kesilapan Axelsen yang tersangkut pukulan dijaring memberika Lee Zii jia game point dan pukulan Zii Jia pula sangkut mbawa permainan ke tie break 20-20 dengan lutut axelsen mengalami sedikit pendarahan.

Tie break berterusan 20-20, 21-21, 22-22, 23-23, 24-24, 25-25, 26-26, 27-27, 28-28, 29-29, 7 kali Lee Zii Jia mendapat match point yang gagal ditamatkan.

Perlawanan masuk ke sudden death dan Lee Zii Jia mendapat kemenangan set pertama 30-29 dalam masa 30 minit.

Set Kedua Lee Zii Jia bermula baik dan mendahului dan seperti biasa Axelsen datang mengikat kembali 9-9 dan mendahului di Mid-game interval break 9-11.

Pemainan mula masuk ke fasa melibatkan kekuatan fizikal dan mental. Disinilah kekentalan pemain diuji.

Kemudia Lee Zii Jia terus mengutip 7 mata berturut selepas ketinggalan 11-14 untuk mendahului 18-14 dengan permainan yang mengagumkan.

Kemudian dengan tiba-tiba 5 mata mudah dilepaskan Zee Jia untuk Axelsen mengejar dan mendahului 18-19 sebelum Zii Jia kembali mengikat.

Viktor Axelsen mendapat game point namun Zii Jia mengheret perlawanan ke tie break dan Axelsen menang 20-22 dalam masa 25 minit.

Perlawanan ketiga tampak mudah buat Lee Zii Jia memasuki Mid-game interval break zii jia mendahului 11-5.

Lee Zii Jia tidak menoleh lagi apabila menerus kecemerlangan dengan Viktor Axelseon yang mula kehilangan fokus dengan kemenangan 21-9 dalam tempoh 18 minit.

Sejarah tercipta apabila Lee Zii Jia muncul juara All England dan menjadi kejuaraan pertama beliau di kejohanan utama dunia.

Final Beregu Lelaki

Perlawanan akhir beregu lelaki menjadi perlawanan pembukaan bagi hari terakhir All England menemukan dua beregu dari negara matahari terbit, Jepun.

Juara bertahan Hiroyuki Endo dan Yuta Watanabe bertemu Takeshi Kamura dan Keigo Sonada untuk mencari siapa terhebat.

Perlawanan pembukaan ini menyajikan pertembungan berkualiti tinggi dengan aksi yang mendebarkan serta aksi kebangkitan

Hiroyuki Endo dan Yuta Watanabe berjaya mempertahankan gelaran dengan kemenangan 21-15, 17-21, 21-11 dalam masa 68 minit.

Final Beregu Wanita

Perlawanan kedua final beregu wanita menemukan Yuki Fukushima/Sayaka Hirota dan Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara juga dari Jepun.

Mudah buat Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara muncul juara dengan permainan straight set 21-18,21-16 dalam masa 56 minit.

Final Peseorangan Wanita

Dalam perlawanan perseorangan wanita menyaksikan wakil Jepun Nozomi Okuhara dan pemain dari Thailand, Pornpawee Chochuwong yang merupakan pemenang medal di Sukan SEA.

Set pertama menjadi milik Nozomi Okuhara yang mendapat kemenangan agak mudah 21-12 dalam masa 18 minit dan Pornpawee Chochuwong seakan belum mendapat rentak.

Pornpawee Chochuwong pada set kedua mula memperkemaskan permainan dan mula mengurangkan kesilapan serta memberi kesukaran kepada Nozomi Okuhara.

Tentangan yang diberikan oleh Pornpawee Chochuwong hanya mampu melengahkan kejuaraan Nozomi Okuhara selama 26 minit yang muncul juara dengan 21-12,21-16.

All England: Lee Zii Jia Tempa Sejarah Mara Ke Final

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia membawa harapan final Malaysia di pentas All England selepas tersingkirnya pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kepada pasangan Jepun.

Lee Zii Jia mengejutkan juara dunia dua kali dan pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Kento Momata dari Jepun untuk mara ke separuh akhir menyamai pencapaiannya tahun lalu.

Sejarah peribadi tercipta apabila Lee Zii Jia mara ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam kariernya dengan menewaskan Mark Caljouw 21-13, 21-17 dalam tempoh 43 minit.

Ini merupakan penyertaan kedua Lee Zii Jia dalam kejohanan badminton tertua ini dan final ini juga merupakan final pertama Lee Zii Jia di kejohanan utama.

Permainan set pertama yang meyakinkan dari Zii Jia apabila mudah mendahului Mark Caljouw 7-1 yang kelihatan tidak mendapat rentak permainan.

Selepas rehat Lee Zii Jia mendahului perseorangan dari Belanda itu 11-3 dan dikedudukan terbaik untuk mendapat kemenangan mudah di set pertama.

Mark Caljouw mula memberi tentangan dan mendapat sedikit rentak serta mampu membalas pukulan Lee Zii Jia menjadikan kedudukan 16-9.

Kerana terlalu fokus salah faham terjadi apabila Lee Zii Jia menyangka beliau melakukan kesalahan walaupun beberapa kali di jelaskan pengadil bahawa raket Mark Caljouw melebihi jaring.

Semangat melawan Mark Caljouw terus dipamerkan dan hanya 13 mata mampu dikutip untuk kemenangan set pertama Lee Zii Jia 21-13 dalam masa 19 minit.

Mata pertama dan kedua set kedua menjadi milik Mark Caljouw dan Lee Zii Jia mengutip mata pertama dan kedua dengan satu net shot depan muka pemain Belanda.

Selepas Lee Zii Jia menyamakan kedudukan 3-3, Mark Caljouw menjarakkan mata semula kepada dua mata dengan pukulan balas Zii Jia tersangkut di jaring.

Lee Zii Jia tidak menoleh lagi selepas sekali lagi mengikat kedudukan 6-6 namum Mar Carljouw tidak mahu mengalah mengekor dengan 11-10.

Mark Caljouw terus mempamerkan semangat melawan yang tinggi dan tidak melepaskan mata dengan mudah dan berjaya mendahului kembali dengan kedudukan 14-15

Namun Lee Zii Jia kembali mendahului mengutip 6 mata berturut-turut membawa kepada match point 20-15.

Kali ini Lee Zii Jia benar-benar tidak lagi menoleh dengan mata kemenangan namun Challenge diminta Mark Caljouw dan Challenge itu berjaya, pukulam Zee Jia keluar

Selepas memberi Mark Caljouw dua lagi mata, Lee Zii Jia menamatkan perlawanan 21-17 dalam tempoh 24 minit dan mara ke final.

Di final, Lee Zii Jia akan bertemu pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen yang menewaskan rakan senegaranya, Anders Antonsen.

Viktor Axelsen menewaskan Anders Antonsen dalam permainan rubber game, 16-21, 21-7, 21-17 dan mara ke final buat kali ketiga berturut-turut.

Rekod agak gila dicatatkan Axelsen yang mencatatkan 41 kemenangan daripada 42 perlawanan dan memenangi 3/4 daripada kejohanan disertai pada 2021.

Kekalahan Axelsen ni hadir ditangan Anders Antonsen di final BWF World Tour.

Lee Zii Jia Smash Keluar Pemain Nombor Satu Dunia dan Mara Ke Separuh Akhir All England

Pemain badminton perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia telah membuktikan kehebatan yang ada pada dirinya selepas mara ke pusingan separuh akhir di kejohanan All England.

Lebih manis, Lee Zii Jia menewaskan juara dunia dua kali, Kento Momota pemain perseorangan dari Jepun yang juga merupakan pemain nombor satu dunia ketika ini.

Pemain nombor satu Malaysia itu menewaskan Kento Momota di Arena Birmingham dalam permainan straight set 21-16, 21-19 yang mengambil masa kira-kira 54 minit.

Perlawanan di set pertama menyaksikan Lee Zii Jia ketinggalan tiga mata yang memihak kepada pemain nombor satu dunia itu dengan kedudukan 12-9.

Lee Zii Jia tidak mudah mengalah dan mengurangkan jarak kepada dua mata dengan kedudukan 15-13 dan dari sinilah kebangkitan Lee Zii Jia bermula untuk mendahului 16-15.

Dari saat itu Lee Zii Jia tidak menoleh lagi dengan hanya memberikan satu sahaja mata kepada Kento Momota dan menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-16.

Semangat kebangkitan set pertama terus dibawa ke set kedua di mana Lee Zii Jia terus mengekalkan permainan konsisten.

Lee Zii Jia memulakan set kedua dengan baik apabila mendahului dengan kedudukan 8-4 sebelum Kento Momota mengejar untuk mengikat kedudukan 14-14.

Selepas itu Zii Jia menjarakkan diri dengan dua mata dan pemain nombor satu dunia itu terus mengejar sehingga kedudukan 20-19 dengan mata akhir di tangan Zii Jia.

Zii Jia tidak hilang fokus dan memanfaatkan mata akhir dengan permainan dijaring dan menyebabkan pukulan balas Momota tak lepas untuk kemenangan 21-19.

Ini merupakan kemenangan pertama Lee Zii Jia ke atas Kento Momota di mata Zii Jia tewas dalam kesemua enam perlawanan sebelum ini.

Kekalahan kali terakhir Zii Jia ditangan Kento Momota di kejohanan Malaysian Master 2020.

Ini merupakan kali kedua Zii Jia mara ke separuh akhir All England menyamai rekod yang dilakukan beliau tahun lalu sebelum tewas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Di separuh akhir, Zii Jia akan bertemu wakil Belanda, Mark Caljouw yang menewaskan pemain India, Lakshya Sen dengan permainan tiga set 21-17, 16-21 dan 21-17.

Jika dilihat di atas kertas peluang Zii Jia mara ke perlawanan akhir agak cerah menentang Mark Caljouw yang berada pada ranking ke-36 dunia.

Mark Caljouw kini berada pada prestasi terbaik sejak setahun yang lalu dengan konsisten memanjat World Tour ranking dari kedudukan 56 ke tangga ke-9.

Dalam perjalanan ke separuh akhir All England, Zii Jia telah menewaskan wakil Kanada, Brian Yang dipusingan 32 dan pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS di pusingan 16 sebelum bertemu Momota.

Kemaraan Lee Zii Jia ke separuh akhir All England ini pasti dapat menutup mulut kritikan yang agak teruk beliau terima selama ini.

Selepas kemenangan terakhir wakil Malaysia di All England melalui Lee Chong Wei pada 2017 inilah harapan terbaik untuk rakyat merasai kejuaraan All England semula.

Pemain bakal berusia 23 tahun ini memulakan karier profesional pada usia 13 tahun dan merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia Remaja 2016.

Nama : Lee Zii Jia
Tarikh Lahir : 29 Mac 1998
Umur : 22 tahun
Tinggi : 1.86 m (6 ft 2 in)
Negara : Malaysia
Negeri : Alor Setar, Kedah
Rangking Dunia : 45

BACA:Β  Pernah Tolak Gaji RM1 Juta Daripada BAM, Kemelut Lee Zii Jia dan Badan Badminton Tersebut Selesai