Lee Zii Jia Tersingkir Awal Lagi, Apa Sudah Jadi?

Pemain badminton perseorangan negara terus tersingkir awal sekali lagi kali ni di kejohanan badminton Terbuka Indonesia, apa yang sudah terjadi dengan prestasi Lee Zii Jia?

Prestasi Lee Zii Jia terus menjadi perhatian peminat badminton negara apabila tersingkir awal buat kali ketiga berturut-turut di kejohanan badminton sirkit dunia.

Kali ini jaguh perseorangan negara itu disingkirkan seawal pusingan kedua di Terbuka Indonesia oleh pemain Hong Kong, Ng Ka Long dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang Istora Senayan, Jakarta.

Turut tewas di Terbuka Malaysia dan Terbuka India pada minggu lalu, Zii Jia ditewaskan oleh Ng Ka Long dengan kiraan mata tumpas 21-16, 20-22, 13-21 dalam tempoh 65 minit.

Prestasi kurang memberangsangkan pemain itu sebelum ini menyebabkan ranking dunia BWF beliau turut turun dua anak tangga ke kedudukan keempat, dan kekalahan terbaru ini juga pasti tidak akan membantu kedudukan BWF itu.

Zii Jia yang tidak dibimbing oleh mana-mana jurulatih buat masa ini jelas perlu berbuat sesuatu jika mengimpikan layak ke Sukan Olimpik Paris pada tahun hadapan.

Pemain perseorangan negara itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan jurulatihnya, Indra Wijaya pada November tahun lalu.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada lawan yang sama dalam tiga pertembungan sebelum ini. Kali terakhir Zii Jia tewas kepada Ng Ka Long adalah di suku akhir Terbuka New Zealand pada 2019.

Kekalahan Lee Zii Jia di pusingan kedua bermakna tiada lagi wakil negara dalam acara perseorangan Terbuka Indonesia selepas Ng Tze Yong turut tewas.

Tze Yong ternyata belum dapat ‘menjinakkan’ Lakshya Sen dari India selepas tewas 21-19, 8-21, 17-21 dalam tempoh satu jam 1 minit.

Tze Yong tidak pernah menang ke atas lawan dari India itu setelah tewas semua empat pertemuan setakat ini, termasuk di pentas final Sukan Komanwel Birmingham 2022, separuh akhir Terbuka India 2022 dan suku akhir Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2019.

Di kejohanan badminton Terbuka Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata awal bulan lalu, Lee Zii Jia disingkirkan oleh pemain Jepun, Kodai Naraoka semalam dengan skor 21-13. 17-21 dan 19-21.

Selepas perlawanan Lee Zii Jia telah memohon maaf kerana gagal untuk memengangi perlawanan itu dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan peminat.

BACA:  BAM Tidak Benarkan Lee Zii Jia Bertanding Di Pentas Antarabangsa Selama 2 Tahun