’50 Cent’ Tawar $2 Juta Kepada Khabib Supaya Tinggalkan UFC

Penyanyi rapper terkenal, Curtis ’50 cent’ Jackson atau lebih dikenali sebagai ‘samah’, telah menawarkan untuk membayar duit kemenangan Khabib Nurmagomedov bernilai $2 juta yang kini masih dipegang Nevada Atletic Commision (NSAC) sementara menunggu keputusan siasatan penuh.

Khabih berjaya menewaskan Conor McGregor untuk mengekalkan kejuaraan UFC ‘Lightweight’ menerusi ‘rear-naked choke’ pada pusingan ke-4. Namun begitu kekecohan yang tercetus antara pasukan Khabib dan McGregor selepas berakhir pertarungan tersebut menyebabkan NSAC terpaksa campur tangan dan memegang duit kemenangan Khabib sementara siasatan sedang dilakukan.

Khabib berjaya menewaskan McGregor minggu lalu untuk mengekalkan tali pinggang Lightweight UFC

Walau bagaimanapun, McGregor tetap menerima duit pertarungannya bernilai $3 juta. Melihat kepada situasi yang dihadapi Khabib, 50 cent menerusi Instagram mendakwa UFC melayan Khabib dengan buruk dan mengamalkan sikap pilih kasih apabila tidak menyekat duit kemenangan McGregor.

“Saya rasa layanan UFC terhadap Khabib adalah salah. Mereka tidak berbuat perkara yang sama terhadap McGregor. Saya akan bayar $2 juta malam ni juga kepada Khabib jika beliau mahu bertarung untuk saya di Bellator.”

“Saya akan menguruskan isu kontrak kamu [Khabib] dengan Dana [White] lepas ni. UFC bukan satu-satunya organisasi di bandar ini. Zubaira juga dialu-alukan untuk menyertai Bellator.”

Rapper terkenal Amarika, 50 cent aka ‘samah’. 50 cent mahu Khabib menyertai Bellator dan sanggup membayar 2 juta ‘cash’ jika Khabib terima tawarannya.

“Saya percaya Khabib adalah seorang yang mempunyai prinsip dan semua orang dapat lihat bagaimana UFC tidak menghormati beliau. McGregor patut berasa bertuah kerana Khabib melepaskan beliau selepas beliau menyerah kalah.”

Sama seperti UFC, Bellator juga merupakan organisasi ‘Mixed Martial Arts’ yang berpengkalan di California, USA. Walaupun masih lagi ditinggalkan UFC dari segi ekonomi, Bellator berjaya menarik masuk beberapa petarung UFC yang terkenal seperti Rory MacDonald dan Gegard Mousasi.

https://www.instagram.com/p/Bo230_OlFXL/?utm_source=ig_embed

Khabib yang melihat posting tersebut di Instagram, membalas undangan 50 cent dengan menulis:

“Hantarkan aku lokasi.”

“Jika kamu mahu melihat tempat dimana lelaki sejati dilahirkan, saya mengundang kamu untuk melawat Dagestan. Dan apabila saya berada di USA nanti, saya akan beritahu keputusan saya.”

https://www.instagram.com/p/Bo5lOdIFm7z/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/Bo5zG66Fxk_/?utm_source=ig_embed

“Terima kasih atas sokongan kamu. Anda adalah lelaki sebenar !”

50 cent baru sahaja menandatangani perjanjian pakaian bersama Bellator bulan lepas. Namun begitu, 50 cent mungkin berdepan saingan daripada WWE kerana Khabib mendedahkan beliau juga ada menerima tawaran daripada WWE untuk menyertai organisasi tersebut.

BACA:  Islam Makhachev Cabar Tony Ferguson Untuk Bertarung Dengannya