Bila berbicara tentang perpindahan pemain pada jendela perpindahan, selalunya kita akan berbicara tentang perpindahan yang melibatkan perbelanjaan sama ada kecil atau besar, mahal atau murah.
Di samping itu, ada juga perpindahan pemain yang tidak melibatkan sebarang perbelanjaan seperti pemain yang sudah tamat kontrak, atau kontrak yang ditamatkan oleh pasukan. Contoh paling mudah perpindahan seperti ini adalah di Liga Malaysia di mana rata-rata pemain hanya diberikan kontrak selama setahun, atau lebih tepatnya 11 bulan oleh pasukan.
Tapi, jarang kita dengar perpindahan yang melibatkan pertukaran pemain, sama ada melibatkan yuran perpindahan atau tidak.
Sejauh mana pertukaran kedua-dua pemain ini akan menjadi kenyataan, kita tunggu tengok je dulu. Sementara tu kita tengok senarai perpindahan yang melibatkan pertukaran pemain.
Samuel Eto’o dan Zlatan Ibrahimovic
Selepas memenangi trebel pada tahun 2009 di mana mereka memenangi La Lliga, Copa Del Rey dan juga Liga Juara-Juara, Barcelona telah membeli Zlatan pada harga €45 juta dari Inter Milan dengan harapan barisan serangan mereka lebih diperkuatkan.
Nilai €45 juta yang dibayar tersebut termasuklah dengan perpindahan Samuel Eto’o yang ketika itu bernilai sekitar €25 juta ke Nerazzuri. Dengan kata lain, nilai perpindahan sebenar Zlatan adalah €80 juta.
Nak dijadikan cerita, Eto’o sekali lagi memenangi trebel dan kali ini bersama Inter, dan Zlatan hanya kekal semusim sahaja di bumi Barcelona selepas tidak mendapat perhatian daripada Pep Guardiola.
Luis Garcia dan Fernando Torres
Liverpool's number nine ✨#OnThisDay in 2007, Fernando Torres joined @LFC 🔴 pic.twitter.com/KCInCABQqc
— Premier League (@premierleague) July 4, 2020
Liverpool telah membeli Fernando Torres pada tahun 2007 dari Atletico Madrid dengan membayar kelab Sepanyol tersebut sebanyak €36 juta, ditambah dengan Luis Garcia yang dinilai pada €4 juta ketika itu.
Bersama Liverpool, Torres mencipta gandingan mantap bersama Steven Gerrard dan mereka hampir memenangi liga namun terkandas di saat akhir ketika dibimbing oleh Rafa Benitez. Selepas empat musim di Anfield, Torres menyertai Chelsea namun gagal menemukan sentuhan magisnya di Liverpool.
Julio Baptista dan Juan Antonio Reyes
Pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum bermula musim 2006-07, Real Madrid telah membawa pemain Arsenal Jose Antonio Reyes ke Santiago Bernabeu dengan penyerang Brazil, Julio Baptista dipinjamkan kepada kelab London tersebut.
Reyes menjadi watak utama dalam membantu Real Madrid memenangi takhta La Liga yang ke-30 buat kelab tersebut, manakala Baptista pula cemerlang selepas kembali ke Los Blancos pada musim berikutnya.
Diego Simeone dan Christian Vieri
On this day in 2002, Inter Milan's Alvaro Recoba served AS Roma up the house special: a free kick whipped right into the top corner. (He also scored another (albeit less cool) goal and also set up Christian Vieri in a 3–1 win at the Giuseppe Meazza)pic.twitter.com/vCRsTF5pcy
— MUNDIAL (@MundialMag) March 24, 2020
Pada musim panas tahun 1999 menyaksikan berlakunya perpindahan yang memecah rekod dunia ketika itu apabila Inter Milan membeli penyerang sensasi Christian Vieri dari Lazio pada harga €40 juta.
Sebagai pengganti, Lazio telah mengambil pemain Inter, Diego Simeone, sebagai pemberat dalam perpindahan tersebut.
Ricardo Quaresma dan Deco
Selepas memenangi Liga Juara-Juara UEFA bersama Porto, Deco menjadi tumpuan kelab-kelab besar Eropah dan selepas meneliti beberapa tawaran, akhirnya kelab Portugal tersebut bersetuju dengan tawaran Barcelona sebanyak €15juta dengan pemain muda, Quaresma disertakan dalam perjanjian tersebut.
Deco terus cemerlang bersama Barcelona dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2007, sebelum menyetai Chelsea beberapa tahun kemudian. Quaresma? Dia gagal mempamerkan disiplin yang baik dan bermain di banyak kelab selepas Porto.
William Gallas dan Ashley Cole
Tahun 2006 menyaksikan pertukaran pemain yang agak pelik di mana dua seteru utama London, Chelsea telah membeli bintang bek kiri Ashley Cole pada harga €7 juta dan memasukkan pertahanan tengah, William Gallas di dalam klausa perpindahan tersebut.
Cole terus cemerlang bersama Chelsea di mana dia memenangi liga dan kejohanan Eropah, manakala Gallas pula dilantik sebagai kapten Gunners tidak lama kemudian sebelum menyertai satu lagi seteru London, Tottenham Hostpur.
Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan
I can’t stop watching this video of Alexis Sanchez playing the piano. Goosebumps! 🙌 #mufc #Alexis7
pic.twitter.com/b9ZflnECbP— Reppin’ Utd (@ReppinUnited) January 22, 2018
Pada tahun 2018 ketika di bawah kendalian Jose Mourinho, Manchester United telah membawa bintang Arsenal, Alexis Sanchez, dengan memberikan pemain Armenia Henrikh Mkhitaryan sebagai ganti.
Video Sanchez bermain piano dalam video pengenalan pemain ini kekal menjadi penampilan terbaiknya ketika berada di kelab tersebut di mana dia gagal untuk beraksi dengan cemerlang sepertimana yang dilakukan di Arsenal. Mkhitaryan juga gagal mengembalikan aksi terbaiknya di Borussia Dortmund ketika berada di Emirates, membuatkannya dijual ke AS Roma.
Sanchez juga turut dilepaskan oleh United ke Itali, dengan menyertai alumni United di Inter Milan.
David Luiz dan Nemanja Matic
Pada musim sejuk 2011, Chelsea telah membeli pemain pertahanan tengah Brazil yang berbakat tinggi, David Luiz sebanyak €20 juta, ditambah dengan pemain tengah Nemanja Matic pergi ke Benfica.
Yang kelakarnya, Luiz menyertai Paris Saint Germain tiga tahun kemudian menerusi perpindahan bernilai tinggi sebelum kembali ke Stamford Bridge pada tahun 2016, manakala Matic kembali ke Chelsea dan dibeli pada harga €40 juta oleh Jose Mourinho.
Arthur Melo dan Miralem Pjanic
Tahun lalu menyaksikan pertukaran jurulatih di Barcelona di mana Ronald Koeman dilantik sebagai ketua jurulatih baharu di kelab Catalan tersebut. Sebaik tiba, Koeman telah melakukan pembersihan besar-besaran dan Arthur Melo menjadi salah seorang mangsanya di mana dia telah dijual kepada Juventus.
Kelab Turin tersebut membayar €12 juta dan menyertakan pemain tengah Bosnia, Miralem Pjanic sebagai sebahagian daripada klausa perpindahan. Setahun kemudian, Barcelona kini sedang cuba untuk membuang Pjanic pula dek kekangan kewangan yang teruk yang dihadapi oleh pasukan tersebut.
Udoh giler gamoknye Barcelona ni.
Sumber : Marca