Abdulmanap Nurmagomedov Disahkan Positive Covid-19

Ayah kepada Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap Nurmagomedov kini telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 yang kemudian turut terkena serangan jantung hingga menyebabkannya koma.

Abdulmanap pada 14hb Mei lalu dilaporkan mulai tidak sedarkan diri dan keadaan kesihatan beliau juga semakin memburuk.

Beliau telah menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital di Moscow dan keadaan jurulatih berusia 57 tahun itu dilaporkan sudah sedarkan diri, namun tahap kesihatan beliau masih serius dan belum stabil.

Selepas melakukan saringan awal di Dagestan, Abdulmanap telah disahkan positif jangkitan wabak yang sedang teruk melanda dunia itu.

Wakil dari keluarga Nurmagomedov, Ramazan Rabadanov telah menjelaskan bahawa Abdulmanap masih belum mampu untuk bercakap selepas habis melakukan pembedahan.

Abdulmanap awalnya dilaporkan sekadar mengalami tidak sihat biasa di Makhachkala, Dagestan pada 24 April lalu.

Beliau juga pada mulanya didiagnos menghidapi penyakit yang mirip pneumonia atau radang paru-paru.

Doktor telah menasihati beliau supaya lebih berhati-hati dalam menjalani aktiviti harian, namun Abdulmanap tetap terus menjalani latihan fizikal dan menolak untuk menjalani saringan wabak tersebut.

Abdulmanap didapati mengalami serangan jantung pada 3 Mei lalu. Dan setelah keadaannya semakin tenat, doktor telah melakukan pembedahan jantung dan memasang alat sokongan untuknya.

Conor McGregor turut meluahkan rasa simpati kepada Abdulmanap yang sedang koma melalui laman twitter miliknya.

Conor McGregor adalah seteru utama Khabib Nurmagomedov, tetapi ia tidak menghalang sifat kemanusiaan dari beliau yang mahu memberi sokongan dan doa untuk Abdulmanap, ayah kepada Khabib yang sedang tenat.

Selepas mendapat perkhabaran duka tentang ayah kepada Khabib, McGregor segera memuat naik satu status di laman twitter miliknya untuk mengucapkan takziah serta mendoakan kesejahteraan untuk Khabib sekeluarga.

“Berdoa untuk pemulihan Abdulmanap Nurmagomedov. Seorang lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak juara Dunia, dalam pelbagai disiplin seni mempertahankan diri, lebih daripada yang kita tahu.”

“Beliau adalah seorang genius seni mempertahankan diri! Sangat sedih mendengar berita itu pada malam ini. Saya doakan keluarga Nurmagomedov pada masa ini,”

Tulis Conor McGregor.

Tindakan terpuji yang telah dilakukan oleh Conor McGregor yang menolak tepi perseteruan hangatnya dengan Khabib dan mendoakan kesihatan ayah kepada lawannya dan memberi sokongan moral kepada seterunya itu.

Rusia kini antara negara yang teruk dilanda wabak itu dan semoga ayah kepada Khabib Nurmagomedov segera sembuh dan kembali melatih lebih ramai calon Juara dunia.

BACA:  Khabib Mengucapkan Tahniah Kepada Justin Geathje Kerana Menewaskan Tony Ferguson