Antony terkenal dengan kelakuannya yang ala gangster dan ganas. Sebelum ini sudah ramai gadis makan pelempang Antony. Dan kini dia mahu membuktikan dia juga boleh mengganas ke atas lelaki.
Dalam aksi antara Manchester United vs Manchester City di Old Trafford, Antony yang digelecek dan diayam ayamkan Doku dalam dua kali berturut turut dalam sekali nafas, telah koyak.
Antony terus membentes pemain itu kerana menganggap pemain itu melampau tiada semangat kesukanan. Doku kelihatan berang dan bertikam lidah dengan Antony.
Pemain pemain lain menenangkan keadaan. Pemain Man United paling risau kalau Doku tidak berundur dia akan mendapat nasib yang sama dengan Gabriella Cavalin yang pernah terpecah payudara silikon dibantai Antony.
Bruno and Antony purposely trying to injure Doku at the end is so embarrassing. Sore losers the lot of them pic.twitter.com/fn5gxqrJ0m
— Etofila (@Etofilaa) October 29, 2023
Mereka tak mahu Antony ke balai lagi untuk satu lagi kes keganasan. Doku yang mendengar nasihat akhirnya mengalah dan tahu Antony bukan calang calang orang.
Antony dilihat sudah mengeluarkan skil jurus ular tedungnya dan itu bukan petanda baik.
Antony teringat pada aweknya ketika melihat aksi Doku itu. Mujur dia dapat diredakan rakan rakannya.
Antony thought Doku was his girlfriend😂😂😂 pic.twitter.com/m7q4U3X4MU
— Da Queen (@Daqueen_01) October 30, 2023
Pemain yang terkenal dengan aksi spin itu dianggap pemain yang berkemahiran tinggi oleh peminat Man United. Sebab itu kelab sanggup membeli dia €100 juta. Sedangkan Doku jauh lebih rendah nilainya.
Manchester United tewas 0-3 secara bermaruah dalam perlawanan yang berat sebelah itu. Pengadil memberikan penalti yang tidak sepatutnya untuk gol pertama Haaland.
Gol kedua adalah gol nasib dan gol ketiga adalah gol nasib juga.
Selepas tamat perlawanan Doku menggunakan imej dia dan Doku yang sedang bercakaran itu menjadi bahan jenaka untuk konten media sosial.
Doku meminta ayahanda skil Spin megakiss888 itu untuk bertenang kerana Manchester itu ternyata biru.
Stay calm… 💆🏾♂️
Manchester is blue 💙 pic.twitter.com/iqrUw5gQsz— Jeremy Doku (@JeremyDoku) October 29, 2023
Sebelum perlawanan seorang lagi pemain Setan Merah, Facundo Pellistri menganjing Man City menyatakan dia dan awek dia pernah bermain main mencari seorang penyokong City. Sapa jumpa dulu menang, ternyata mereka tak jumpa.
Pellistri berkata: “Dia macam ni la bang, di Manchester ini semuanya tentang Manchester United je, bukan City. Tak ramai pun fans City ada kat sini. Aku dan awek aku selalu main cari cari fans City, malangnya tak jumpa.”
“Kalau kau keluar ke pasar payang ehh, bandar Manchester, kau tengok orang pakai jersi Man United dan bendera Man United je bang.”
Facundo Pellistri has rattled Pep Guardiola and City fans with his comments about City having no fans… 👀🔴
Sometimes the truth hurts lads! 😅 pic.twitter.com/ofp47779Io
— United Peoples TV (@UnitedPeoplesTV) October 27, 2023