Alasan Mengapa Kimmich Belum Divaksin Walau Banyak Menyumbang Untuk Perangi Wabak C0V-19

Joshua Kimmich telah mengesahkan yang beliau masih belum menerima suntikan vaksin, walaupun sudah melabur banyak untuk menyumbang kepada negara dalam memerangi wabak C0V-19.

Beliau telah mempromosikan satu kempen yang menghasilkan jutaan untuk disumbangkan kepada negara dalam memerangi wabak C0V-19

Kempen ‘WeKickCorona’ berjaya mengutip £6 juta untuk membantu Jerman ketika berdepan dengan kesukaran di masa pandemik.

Pemain kebangsaan Jerman itu bersama rakan sepasukannya dari Bayern Munich, Leon Goretzka, telah menyumbang £436,000 setiap seorang untuk memulakan kempen tersebut.

Namun begitu, walau beliau nampak bersungguh dalam membantu negara berdepan dengan wabak pandemik, pemain berusia 29 tahun itu sehingga kini masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak untuk disuntik di masa hadapan, dan ia merupakan alasan yang sama seperti Callum Robinson yang masih belum mahu disuntik.

Menurut sumber laporan dari BILD, Joshua Kimmich merupakan salah seorang dari lima pemain Bayern Munich yang masih belum divaksin.

Ketika beliau ditanya tentang mengapa dirinya masih belum divaksin oleh Sky Sports Germany, Kimmich menjawab:

“Kerana saya tidak yakin dengan kesan jangka panjang.”

“Saya sudah tentu sedar akan tanggungjawab saya, saya ikut semua langkah kebersihan dan menjalani ujian saringan dua ke tiga hari sekali, semua orang patut buat keputusan untuk diri sendiri.”

“Walaupun begitu, saya tidak pernah menafikan kewujudan C0V-19 atau saya juga bukan anti-Vaccine. Saya juga tak pernah sahkan yang saya tak akan terima suntikan vaksin.”

“Ia jelas sekali yang saya memang akan ambil vaksin C0V-19 di masa hadapan nanti.”

Keputusan Kimmich untuk menolak disuntik pada ketika ini telah mengundang kecaman dari legenda Liverpool, Dietmar Hamann.

“Masalah terbesar yang saya nampak, banyak stadium yang memperuntukkan untuk mereka yang ada vaksin sahaja dibenarkan masuk.”

“Ia bermaksud, akan ada situasi di mana akan ada orang yang tidak divaksin yang akan dilarang untuk masuk, ya termasuk orang yang beraksi di atas padang.”

Kimmich mendedahkan hal berkait mengapa beliau masih belum disuntik ketika dalam satu temu bual selepas kejayaan beliau membantu Bayern Munich membelasah Hoffenheim 4-0.

Bayern Munich turun beraksi bertemu Hoffenheim dalam aksi saingan Bundesliga malam semalam, dengan mereka cemerlang menewaskan pasukan pelawat 4-0 di Allianz Arena.

Serge Gnabry, Robert Lewandowski, Eric Maxim Choupo Moting dan Kingsley Coman berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol ketika membantu Bayern membelasah Hoffenheim.

Bayern Munich pada ketika ini berada di kedudukan pertama dalam saingan Bundesliga, satu mata mengatasi Borussia Dortmund yang berada di kedudukan kedua.

Hoffenheim sementara itu berada di kedudukan ke-11 pada ketika ini, dengan mereka hanya mampu mengumpul 11 mata sahaja dari sembilan perlawanan.

Bayern Munich pada minggu hadapan bakal turun beraksi di halaman lawan, bertemu Union Berlin yang ketika ini sedang mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

Sementara Hoffenheim pula bakal melayan kunjungan Hertha BSC di halaman mereka sendiri, dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jaringan Melemaskan Yang Cukup Menggoda Dari Joshua Kimmich