Kesan Tangguh Vaksin- Kimmich Terpaksa Diketepikan Sehingga Awal Tahun Hadapan

Pemain midfield Bayern Munich, Joshua Kimmich terpaksa diketepikan sehingga awal tahun hadapan selepas beliau menghidapi masalah paru-paru ekoran dari disahkan positif C0V-19 baru-baru ini.

Kimmich mengejutkan ramai pihak pada Oktober lalu selepas beliau mendedahkan yang beliau masih belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin.

Apa yang membuatkan para peminat terkejut adalah kerana Kimmich merupakan pemain paling banyak menderma untuk melancarkan tabung khas untuk membantu negara membanteras wabak tersebut.

Bercakap pada ketika itu, pemain kebangsaan Jerman itu mendedahkan yang beliau mungkin akan mengambil suntikan vaksin satu hari nanti, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya bukan orang yang menafikan C0V-19 atau golongan anti vaksin. Saya juga tak kategorikan diri saya sebagai golongan yang langsung tak akan ambil vaksin.”

“Adalah sangat masuk akal untuk saya menerima vaksin satu hari nanti.”

Pemain berusia 26 tahun itu kemudiannya terpaksa dikuarantinkan daripada aksi bersama skuad kebangsaan Jerman pada November lalu.

Beliau terpaksa dikuarantinkan selepas menjadi kontak rapat kepada rakan sepasukannya yang sudah disahkan positif.

Bulan lalu, bekas bintang RB Leipzig itu disahkan positif C0V-19 ketika kembali ke kelab selepas menyelesaikan tugasan antarabangsa bersama skuad Jerman.

Ekoran dari itu, Kimmich menderita masalah paru-paru dan menyebabkan beliau terpaksa diketepikan buat seketika.

Telah didedahkan pada Khamis lalu yang pemain midfield itu akan terpaksa diketepikan sehingga minggu ketiga awal tahun hadapan atas masalah paru-paru itu.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau tidak akan bermain dan akan terus diberi rehat yang cukup ketika menjalani fasa penyembuhan.

“Saya gembira selepas tempoh pengasingan saya kerana positif C0V-19 sudah selesai.”

Jelas pemain kebangsaan Jerman itu kepada laman rasmi kelab.

“Saya jalani semua ini dengan sangat baik, tapi saya masih tak boleh terus menjalani sesi latihan penuh kerana ada masalah pada paru-paru saya. Oleh yang demikian, saya akan menjalani beberapa latihan penyembuhan sebelum boleh kembali bermain pada Januari nanti.”

Beliau dikatakan mengalami masalah paru-paru itu kerana dirinya tiada perlindungan vaksin dan kerana itulah Kimmich berdepan dengan masalah sampingan selepas disahkan positif sebelum ini.

Kimmich telah diketepikan sejak November lalu ketika beliau menjalani sesi kuarantin kerana menjadi kontak rapat rakan sepasukannya.

Beliau turut diketepikan dari aksi bertemu Barcelona kemarin, yang mana Bayern Munich berjaya menghumban gergasi Catalan itu ke saingan Europa League.

Beliau selepas ini akan turut terlepas beberapa aksi dalam saingan Bundesliga bertemu Mainz, Stuttgart dan Wolfsburg sehingga akhir musim ini.

Rakan sepasukannya, Eric-Maxim Choupo Moting turut disahkan positif bulan lalu selepas beliau juga tidak mengambil suntikan vaksin.

Bercakap mengenai vaksin, bintang Liverpool, Mo Salah baru-baru ini turut ditanya tentang pandangan peribadi beliau berkait suntikan vaksin.

Pandangan Salah tentang vaksin

Ramai pemain-pemain bola sepak profesional yang menolak untuk menerima suntikan vaksin dan ada juga antara mereka yang masih belum bersedia untuk melakukan hal tersebut.

Mo Salah merupakan antara pemain yang menyokong untuk masyarakat menerima vaksin dengan kenyataan beliau berkait vaksin juga sangat menarik untuk dibincangkan.

Pemain kebangsaan Egypt itu baru-baru ini telah ditemu bual oleh media negaranya, dengan beliau telah ditanya tentang reaksi rakan sepasukannya ketika mengetahui yang beliau pernah positif walau sudah divaksin.

Salah sememangnya tidak dinafikan memiliki aura yang tersendiri dan beliau sering mengeluarkan jawapan yang bakal membuatkan ramai teruja ketika ditanya soalan berkait hal serious seperti ini.

Bercakap tentang reaksi skuadnya, beliau menjelaskan bahawa:

“Bukan satu masalah pun, tapi mereka komen tentang saya pergi ke kenduri perkahwinan itu. Mereka terima kerana itu kenduri abang saya dan dia tidak akan kahwin setiap hari, saya juga harap dia tak kahwin hari-hari.”

“Mereka tak keterlaluan tentang hal ini, benda ni memang ada dalam bilik persalinan tapi saya tak boleh bercakap tentang mereka, tapi saya pasti ia bukan bencana yang besar.”

Pemain berusia 29 tahun itu turut ditanya jika beliau menyokong vaksin dan beliau menjawab:

“Ya saya, mereka semua doktor dan orang-orang yang sudah bekerja dalam dunia perubatan sejak lama dahulu, mereka sudah bertahun-tahun bekerja untuk itu, dan jika saya kata benda tu salah, saya sebenarnya sama saja seperti orang lain di jalanan yang cuba beritahu saya yang saya pass bola tak betul.”

“WHO (World Health Organisation) kata begitu, jadi kita perlu ikut mereka, ini pandangan peribadi saya.”

Walau ramai orang mempunyai pandangan berbeza-beza tentang vaksin, namun Salah patut diberi pujian kerana berani bersuara berkait hal vaksin dan pandangan peribadinya.

Penggunaan Anfield sebagai pusat pemberian vaksin sepertinya membawa kesan baik kepada kem Liverpool, dengan Jurgen Klopp sendiri pernah menyatakan yang kesemua anak buahnya sudah menerima suntikan vaksin.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Pertahanan Bayern Munich Terpaksa Ditenangkan Selepas Hampir Bertumbuk Dengan Pembantu Tuchel