Telah berlaku satu insiden yang begitu menyentuh hati ketika aksi pertemuan antara Thailand bertemu Indonesia dalam aksi perlawanan akhir (leg pertama) saingan AFF Suzuki Cup.
Skuad Gajah Perang berjaya memijak Garuda dengan mencatatkan kemenangan besar 4-0 di Stadium Nasional Singapura malam semalam.
Chanatip Songkrasin berjaya menjaringkan dua gol sementara Supachok Sarachart dan Bordin Phala pula masing-masing menjaringkan satu gol dalam membantu Thailand membenam Indonesia 4-0.
❝I brought Kawin on because his father passed away today, and I wanted to give him a happy moment.❞
😔 🙏 pic.twitter.com/mChww07yDk
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 30, 2021
Pada minit ke-75 permainan, pengendali skuad kebangsaan Thailand Alexandre Polking telah membuat pertukaran penjaga gol dengan mengeluarkan Siwarak Tedsungnoen dan memasukkan Kawin Thamsatchanan.
Mungkin segelintir peminat merasakan yang Thailand seolah-olah menganjing Indonesia kerana melakukan pertukaran pemain yang melibatkan penjaga gol.
Namun hakikatnya yang sebenarnya, ia sebenarnya satu pertukaran pemain yang membawa makna cukup besar untuk pemain legenda Thai seperti Kawin Thamsatchanan.
Alexandre Polking sebenarnya sengaja memasukkan Kawin dalam usaha beliau untuk menghiburkan hati penjaga gol ketiganya itu yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan.
#News | 🇹🇭 Thailand goalkeeper, Kawin Thamsatchanan enters the final match of #AFFSuzukiCup2020 after his father who passed away today.
🖤🖤#FAT #PSSI pic.twitter.com/EWNVktzidg— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 29, 2021
Ayah Kawin, Pramual Thamsatchanan meninggal dunia
Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan antara Thailand bertemu Indonesia, Kem Thai mendapat khabar duka apabila ayah kepada penjaga gol mereka, Kawin Thamsatchanan telah meninggal dunia.
Pramual Thamsatchanan yang kini sudah berusia 64 tahun meninggal dunia selepas sekian lama bertarung dengan masalah Kanser Pankreas.
Pengendali skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Polking mendedahkan yang beliau sememangnya sengaja membawa Kawin masuk kerana mahu penjaga gol beliau itu sedikit kegembiraan selepas menerima khabar duka tersebut.
Polking sendiri bahkan turut menitiskan air mata ketika mendedahkan hal tersebut kerana beliau faham apa yang sedang dirasakan oleh Kawin pada ketika ini.
Our thoughts and prayers are with Kawin Thamsatchanan and his family as the Thai international’s father sadly passed away ahead of the Indonesia 🇮🇩 match.#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/fqQZWEWJCp
— Thai League Central (@TL_Central) December 29, 2021
Para pemain lain juga turut sama senantiasa memberi sokongan moral kepada Kawin Thamsatchanan dengan Chanatip Songkrasin berlari memeluk rakan sepasukannya itu ketika beliau meraikan gol jaringannya.
Kawin sempat memuat naik status di laman instagram miliknya berkait pemergian ayahanda tercintanya dengan menulis:
“Saya sangat gembira dan bangga dilahirkan sebagai anak ayah saya. Ayah sentiasa berkorban untuk keluarganya. Sudah tiba masanya untuk ayah berehat. Semoga ayahanda masuk syurga dengan bahagia…😊🙏🙏 I love you very much.”
Begitulah status dari Kawin Thamsatchanan yang memberi penghormatan terakhir kepada ayahanda beliau yang meninggal dunia beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan tersebut.
Kemenangan 4-0 dalam aksi perlawanan akhir pertama bertemu Indonesia sedikit sebanyak membantu menghiburkan hati Kawin Thamsatchanan yang sedang lara.
Walau ia tidak mungkin mampu untuk menghilangkan rasa sedih atas pemergian ayahanda beliau, namun setidak-tidaknya beliau mampu mengubati jiwanya dengan meraikan kemenangan mereka.
Pujian tidak terhingga harus diberikan kepada pengendali skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Polking dan para pemain skuad Gajah Perang atas semangat kekeluargaan yang mereka tunjukkan.
Kemenangan 4-0 dalam perlawanan ini sepertinya bakal menjadi bekalan yang sangat selesa untuk Thailand bawa pada aksi leg kedua nanti.
That’s the game. Thailand soundly defeated Indonesia four goals to none. This was not a football match, this was a football clinic as Thailand showed Indonesia how to play International football.
MotM: Supachok
Condolences to Kawin whose father passed away earlier today. pic.twitter.com/zQ6Li0lWXm
— Nuice Media (Taylor’s version) (@nuicemedia) December 29, 2021
Agak sukar sebenarnya untuk Indonesia bangkit dalam perlawanan seterusnya dan menjuarai saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.
Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Thailand sebenarnya hanya menunggu masa sahaja untuk ditabalkan sebagai Juara dengan kedudukan luar biasa selesa mereka pada ketika ini.
Indonesia mungkin boleh menewaskan Thailand dalam aksi leg kedua nanti, namun untuk mereka mencatat kemenangan besar sepertinya agak mustahil.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇮🇩 Indonesia 0-4 Thailand 🇹🇭
A massive performance by the War Elephants 🐘 featured some excellent play and beautiful goals ⚽️⚽️⚽️⚽️#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/XXabes8xfv
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Thailand juga boleh bermain dengan santai pada perlawanan akhir kedua nanti, dengan mereka hanya perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi lebih empat kali untuk muncul juara.
Sumber: AFF Suzuki Cup