Park Hang-seo Yakin Vietnam Mampu Comeback Untuk Singkirkan Thailand

Pengurus skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo yakin yang anak buahnya bakal mampu melakukan comeback untuk menewaskan Thailand.

Vietnam bakal sekali lagi beraksi bertemu Thailand malam ini, selepas kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi separuh akhir pertama minggu lalu.

Aksi separuh akhir kedua pada malam ini sepertinya sangat menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan sudah tentu bakal melakukan yang terbaik untuk melayakan diri ke aksi perlawanan akhir.

Indonesia sudah mengesahkan tempat untuk beraksi dalam perlawanan akhir, selepas kejayaan mereka menewaskan Singapura 5-3 secara aggregate malam semalam.

Walaupun beliau kecewa melihat kekalahan pertama anak buahnya dalam pertandingan ini ditangan Thailand sebelum ini, Park Hang-seo tetap yakin yang keputusan itu tidak akan bertahan lama.

Beliau optimis yang anak buahnya masih mampu melakukan comeback, seterusnya menewaskan Thailand dalam aksi leg kedua pada malam ini.

Ia secara tidak langsung menunjukkan yang Park Hang-seo sebenarnya memiliki kekuatan mental yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau bahkan sudah menyatakan keyakinan beliau terhadap anak-anak buahnya sejak dari sesi temu bual selepas tamat aksi kekalahan 2-0 di tangan Thailand sebelum ini lagi.

Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, namun tidak boleh dinafikan yang Vietnam sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Sejak beliau mengambil alih skuad Vietnam pada tahun 2017 yang lalu, Park Hang-seo berjaya mengubah skuad naga emas dari pasukan biasa menjadi pasukan yang digeruni.

Vietnam sepertinya tiada masalah langsung untuk menewaskan pasukan-pasukan yang ada di rantau Asia Tenggara ini.

Bahkan Vietnam turut berjaya menjadi pasukan Asean pertama yang mampu untuk mara sehingga ke peringkat suku akhir Piala Asia pada edisi 2019.

Lebih menakjubkan lagi, Vietnam turut berjaya menjadi pasukan Asean pertama yang mampu untuk melayakkan diri hingga ke aksi pusingan akhir saingan kelayakan Piala Dunia Qatar.

Sampai tahap itu Park Hang-seo berjaya bawa Vietnam dan kini mereka merupakan antara kuasa besar bola sepak di benua Asia.

Walau bagaimanapun, kehebatan mereka sedikit teruji ketika aksi peringkat separuh akhir pertama bertemu Thailand minggu lalu, yang mana skuad kendalian Park Hang-seo itu terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 di tangan seteru utama mereka itu.

Chanatip Songkrasin berjaya menjadi wira Thailand selepas beliau meledak dua gol seterusnya kedua-dua gol itu menjadi gol kemenangan untuk skuad Gajah Perang.

Gol pertama Chanatip Songkrasin dalam perlawanan itu merupakan gol yang dimanfaatkan hasil kesilapan dari pemain pertahanan dan penjaga gol Vietnam.

Gol kedua peribadi beliau pula merupakan gol yang sangat cantik dan menakjubkan dengan ramai yang bersetuju bahawa gol ala Tiki-taka itu berhak dinobatkan sebagai gol tercantik kejohanan.

Beliau kemudiannya berpeluang untuk mencatatkan hat-trick dalam perlawanan ini, selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada mereka.

Namun sayangnya, bola rembatan lemah dari Chanatip Songkrasin mudah untuk diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam, dan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sebaik tamat perlawanan tersebut, Park Hang-seo terus menyatakan keyakinan beliau untuk melakukan comeback dengan beliau menyatakan bahawa:

“Habis perlawanan, pembantu saya telah bercakap kepada pemain, kita masih ada pertembungan kedua nanti, dua gol itu masih di situ, bila-bila pun boleh kami kejar.”

“Esok baru saya akan bertemu para pemain untuk berbincang dan merancang untuk perlawanan selepas ini. Vietnam masih mampu kembali dalam perlawanan ini,”

Jelas Park Hang-seo lagi untuk menyatakan tahap keyakinan beliau menghadapi aksi leg kedua nanti.

Bercakap tentang aksi anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut, Park Hang-seo menegaskan yang para pemain beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat baik sepanjang perlawanan.

“Saya letak Cong Phuong and Van Toan dalam skuad utama untuk ambil peluang dan ruang di sebelah sayap, tetapi ia gagal untuk dijayakan pemain.”

“Disebabkan lawan sedang mendahului, kami terpaksa meletak dua penyerang di babak kedua dan bermain dengan lebih baik, tetapi masih tidak cukup baik [untuk mendapat sesuatu],”

Tambah Park Hang-seo lagi.

Tidak terkejut sebenarnya untuk melihat kepada tahap keyakinan yang beliau miliki, dengan Park Hang-seo sememangnya pakar dalam permainan minda sebelum perlawanan.

Namun begitu, beliau bukan hanya handal dalam permainan minda, bahkan beliau juga turut membuktikan sesuatu di atas padang.

Siapa agaknya yang akan bertemu Indonesia dalam aksi perlawanan akhir nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: Semuanya Bola

BACA:  Vietnam Kempunan Tidak Dapat Makan Babi Disepanjang Kejohanan Piala AFF