Park Hang-seo Tubuh Akademi Bolasepak Park Hang-seo Di Hanoi Demi Masa Depan Vietnam

park hang seo vietnam

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo secara rasmi membuka Akademi Bola Sepak yang diberikan sempena namanya sendiri di wilayah Tai Ho yang terletak di Hanoi, Vietnam.

Ketika perasmian Akademi Bolasepak Park Hang-seo, jurulatih yang telah membawa Vietnam menikmati pelbagai kejuaraan serantai itu sempat memuatnaik satu hantaran video di laman media sosial peribadinya.

“Hello, saya Coach Park Hang-seo. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Musim Bunga. Terima kasih,” ujar beliau ringkas.

Dan selepas sesi latihan pertama bersama rekrut pertama akadami tersebut, Park Hang-seo turut meluangkan masa bersantai dengan bakat cilik negara itu.

Akademi Bolasepak Park Hang-seo di Tai Ho sebenarnya bukan yang pertama dibuka oleh jurulatih itu sejak melepaskan peranannya bersama skuad kebangsaan Naga Emas.

Sebelum ini jurulatih dari Korea Selatan itu turut membuka sebuah akademi di Cau Giay juga di wilayah Hanoi.

Sejak melepaskan peranannya bersama skuad kebangsaan negara itu, Park Hang-seo hanya pulang seketika ke Korea Selatan sebelum kembali ke Vietnam.

Park Hang-seo percaya usahanya itu akan membantu menguatkan pembangunan akar umbi dan mampu melahirkan ramai pemain untuk Vietnam pada masa hadapan.

Dengan membuka akademi di Vietnam, ia juga adalah sebahagian cara jurulatih itu membalas sokongan yang diberikan peminat bola sepak di Vietnam kepadanya selama ini.

“Saya tahu bahawa sebatang pokok yang kuat tidak semestinya akan melahirkan anak pokok yang kuat. Jadi ini masa dan kaedah yang tepat untuk pencinta bola sepak di Vietnam.

“Saya berharap Akademi Park Hang-seo mampu membuka lembaran baru untuk memperkukuhkan akar umbi bola sepak di Vietnam pada masa hadapan.

“Harapan saya juga adalah supaya usaha kecil saya ini turut akan membantu membina bola sepak di Vietnam,” tambahnya lagi.

Berdasarkan laporan media Vietnam, Akademi Bolasepak Park Hang-seo mempunyai struktur jelas dengan model latihan piramid untuk memburu bakat muda dari seluruh negara.

Ia terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur bermula daripada pasukan Bawah-7 Tahun, Bawah-9 Tahun, Bawah-11 Tuhan, Bawah 13 Tahun, dan Bawah-15 Tahun sebagai permulaan.

Pemain-pemain yang dikesan dan berpotensi akan dipilih untuk membentuk sebuah pasukan bertujuan untuk menyertai pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Usaha tersebut turut akan menjurus membantu pemain muda berbakat membina karier sebagai pemain bola sepak profesional.

BACA:  Kenapa Orang Vietnam Ramai Bernama Nguyen?