Park Hang Seo Mengamuk Selepas Perlawanan

Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo dilihat telah mengamuk, marah, bengang dan koyak selepas perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022 yang menyaksikan Thailand berjaya mengikat Vietnam di Stadium My Dinh Hanoi.

Nguyen Tien Linh telah membuka tirai jaringan pada babak pertama dan diseparuh masa kedua Poramet Arviraj dan Sarac Yooyen meletakkan Thailand di hadapan sebelum Vu Van Thanh menyamakan kedudukan pada minit akhir.

Selepas tamat perlawanan, Alexandre Polking telah menghampir bangku simpanan Vietnam untuk bersalaman tanda ingatan bersama Park Hang Seo dan staf kejurulatihan Naga Emas.

Park Hang Seo menyambut tangan Alexandre Polking tanda hormat dan tiada pertelingkahan antara mereka walaupun Park Hang Seo tersinggung dengan kenyataan Alexandre Polking sebelum perlawanan.

Sejurus selepas selesai bersalaman Park Hang Seo dilihat sangat beremosi seperti dirasuk setan apabila telah membaling jaket kepada pembantunya lalu dengan marah kelihatan menuju kembali ke arah padang.

Seorang staf kejurulatihan Vietnam yang sedar akan semangat kemarahan membara Park Hang Seo terus berpatah balik untuk menghalang bosnya itu dari melakukan sesuatu diluar batasan.

Park Hang Seo telah dilihat mencampakkan pass perlawanan ke lantai di hadapan Alexandre Polking dan pembantunya terus menghalangnya dari memasuki padang kerana tidak mahu sesuatu yang merugikan pasukan terjadi.

Dua orang lagi datang menghalang Park Hang Seo dan menariknya supaya balik ke bilik persalinan dan pelatih dari Korea Selatan itu mengambil jaketnya kembali dan mencekak pinggang, masih tidak berpuas hati.

Menurut laporan dari Zing News Park Hang Seo mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung Jin yang di mata Park Hang Seo melakukan kecurangan.

“Selepas wisel penamat ditiup di final pertama antara Vietnam vs Thailand, jurulatih Park Hang Seo sangat kecewa dengan keputusan pengadil dan dia tidak mampu menahan emaosi dan membuang pass perlawanan kepada pembantunya.” Lapor Zing News.

Selepas perlawanan Park Hang Seo telah menyatakan di sememangnya marah tapi bukan kepada pengadil mungkin kerana tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib dengan mengutuk pengadil.

“Vietnam tidak mampu menang, itu alasan kenapa saya marah.” Ujar Park Hang Seo.

Park Hang Seo juga meminta maaf kepada penyokong Vietnam kerana gagal memberi kemenangan pertama:

“Ini perlawanan terakhir saya di tempat sendiri selaku jurulatih. Saya sangat inginkan kemenangan ini sebagai hadiah untuk penyokong. Tapi maaf kami gagal mencapai sasaran itu.”

“Terima kasih kepada para pemain, mereka tidak berputus asa dan bekerja keras sehingga saat terakhir.”

Ditanya mengenai peluang pasukan Vietnam menjadi juara, Park Hang Seo percaya kepada diri dan pasukannya. Naga Emas akan memberikan yang tebaik di perlawanan akhir kedua.

“Saya bukan guru matematik atau pakar matematik. Saya tidak boleh mengira peratusan peluang (kemenangan). Saya hanya boleh mengatakan kami akan melakukan yang terbaik.”

“Kami hanya perlu menang 1-0 untuk menjadi juara, mengapa kami begitu pesimis? Ada pasukan kuat, ada pasukan lemah, tetapi tiada pasukan yang sempurna. Kami akan melakukan yang terbaik. Sebagai jurulatih saya akan bekerja keras bersama pemain.” Ujar Park Hang Seo.

Park Hang Seo turut memuji kualiti ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking yang merupakan satu-satunya jurulatih yang belum ditewaskan Hang Seo sejak mengendali pasukan Vietnam.

“Saya fikir Polking jurulatih yang berbakat. Mungkin dia lebih baik dari saya, tapi bukan beerti saya takut dengan dia. Saya selalu berusaha memberi yang terbaik.”

BACA:  Park Hang Seo dan Vietnam Berpisah, Maka Berakhirlah Perjalanan Penuh Gemilang