Park Han Seo Tersinggung Dengan Kenyataan Polking

Ketua jurulatih Vietnam, Park Han Seo telah tersinggung dengan kenyataan dari Alexandre Polking menjelang perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh Hanoi.

Dalam kenyataannya itu, Alexandre Polking telah berkata Vietnam merupakan pasukan yang mempunyai pertahanan terbaik dan Thailand pula adalah pasukan yang mempunyai serangan terbaik.

“Kita tahu pertahanan Vietnam bagus. Ini adalah perlawanan antara pasukan dengan pertahanan terbaik menentang pasukan dengan serangan terbaik.”

“Kami berharap boleh menghadirkan dua perlawanan akhir yang terbaik. Kami di sini bukan untuk bertahan melawan Vietnman.” Ujar Polking.

Ternyata apa yang diperkatakan oleh Alexandre Polking itu membuatkan Park Hang Seo tersinggung yang langsung tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Di benak fikiran Park Hang Seo langsung tidak terlintas bahawa Vietnam merupakan pasukan yang bertahan kerana mereka mempunyai rekod yang jaringan yang agak menarik di Piala AFF 2022.

“Alexandre Polking menyatakan Thailan bagus menyerang dan Vietnam bagus bertahan. Pertahanan Thailand juga bagus, teknik mereka mengagumkan.”

“Thailand mencetak 16 gol dan bolos hanya tiga kali. Vietnam tidak pernah bolos dan juga mencetak 14 gol.” Ujar Park Hang Seo menyatakan fakta.

Jelas berdasarkan kenyataan Park Han Seo ini Vietnam mempunyai pertahanan yang baik tanpa bolos dalam 6 perlawanan dengan 14 gol hanya beza 2 jaringan dengan Thailand.

Lantaran itulah Park Hang Seo tidak bersetuju kerana Vietnam serba serbi terbaik sama ada ketika bertahan atau menyerang.

“Jika anda lihat kepada jumlah gol (Vietnam dan Thailand), hanya ada sedikit perbezaan dan untuk mengatakan Vietnam hanya bagus bertahan dan tidak bagus menyerang maka saya tidak setuju.”

“Vietnam juga bagus dalam menyerang bukan hanya bertahan.”

Park Hang Seo tidak menafikan kehebatan serangan dan pertahanan Thailand apabila menyebut tiga nama yang perlu dijaga dan dikawal ketat iaitu Theerathon Bunmathan, Sarach Yooyen, dan Peeradon Chamratsamee.

“Thailand bermain dengan cara mereka sendiri, saya fikir Thailand menyerang dengan baik tapi bukan beerti kami takut. Benar gaya permainan Thailand memberi kami masalah di barisan tengah.”

“Thailand kuat kerana mereka didukung oleh pemain nombor 3 (Theerathon Bunmathan), nombor 6 (Sarach Yooyen) dan nombor 8 (Peeradon Chamratsamee).”

“Jika kami berjaya menghentikan tiga pemain ini, saya pikir Vietnam tidak akan mengalami masalah.” ujar Park Hang Seo.

Sementara itu, Thailand mungkin kehilangan penjaring terbanyak kejohanan, Teerasil Dangda yang mengalami kecederaan dan Alexandre Polking masih belum dapat memberi jawapan pasti mengenai situasi Teerasil Dangda.

“Kecederaan Teerasil Dangda masih perlu diperiksa setiap hari, semua pemain berada dalam kondisi terbaik kecuali dirinya (Teerasil Dangda).”

Walaupun Thailand masih bergantung harap kepada Adisak Kraison yang tidak kurang hebatnya itu namun ketiadaa mesin gol mereka adalah satu kerugian juga.

Alexandre Polking juga tiada masalah dengan rumput di Stadium My Dinh dan tidak menyatakan sebarang rungutan seperti mana pasukan Malaysia dan Indonesia.

Menurut Mano Polking selepas melakukan pemantauan di Stadium My Dinh dia telah menilai bahawa rumput di padang stadium itu tidaklah seburuk seperti yang digambarkan.

“Mengenai keadaan padang di Vietnam, saya juga pernah bekerja di V-League (Liga Vietnam) jadi saya memahaminya.”

“Ini tidak seburuk seperti yang digambarkan. Mungkin padang di Vietnam tidak seindah padang milik kami namun ini tetap bagus.”

Pengurus Indonesia, Shin Tae Yong telah menyalahkan kualiti rumput padang di Stadium My Dinh sebagai faktor kekalahan mereka.

BACA:  Park Hang Seo Tidak Lagi Bersama Vietnam Selepas Piala AFF 2022