Dituduh Main Kasar, Park Hang Seo Sindir Indonesia Sembang Kencang

Kerana Vietnam dituduh main kasar, Park Hang Seo telah tampil untuk menyindir pasukan Indonesia yang disifatkan sebagai sembang kencang dan suka membuat bising menjelang perlawanan akhir menentang Thailand.

Sempat lagi Park Hang Seo hentam pasukan Indonesia yang telah dibubarkan sejurus kembali ke tanah air dan Shin Tae Yong masih lagi kebal walaupun banyak pihak mendesak dia mengundur diri atau dipecat.

Pertelingkahan antara Indonesia dan Vietnam atau lebih tepatnya antara Shin Tae Yong dan Park Hang Seo adalah disebabkan oleh aksi keji Doan Van Hau yang kebal dari sebarang hukuman walaupun melakukan kejahatan.

Shin Tae Yong telah mengambil tindakan ekstrim dan agresif apabila memuat naik tiga video Doan Van Hau di media sosial yang menambahkan lagi hubungant buruk antara mereka.

Menjelang perlawanan akhir Piala AFF 2022 di mana pasukan Naga Emas bertemu Gajah Perang, Park Han Seo telah tentang permainan kasar yang telah diterapkan oleh Vietnam.

Orang tua Park Hang Seo yang mudah tersinggung dan pendendam nyata tampak emosi mendengar soalan itu lalu menyebut ada satu pasukan yang sembang kencang dan selalu membuat bising tanpa menyebut nama pasukan secara terus.

“Ada pasukan mengatakan kami bermain bola sepak yang kasar tapi saya fikir hanya ada satu pasukan sahaja yang terlalu banyak sembang.”

“Saya tidak tahu tekaan saya benar atau tidak. Jika benar pasti pasukan itu.”

Walaupun tidak menyebut nama pasukan itu, peminat dan media Indonesia secara automatik terasa kerana Shin Tae Yong dan peminat mereka sememangnya marah dengan perilaku Doan Van Hau.

Malaysia juga menjadi mangsa Doan Van Hau namun kemarahan itu lebih menjurus kepada pengadil perlawanan dari Jepun, Ryuji Sato dan akaun palsu pun tetap diserang berhabisan.

Ketua Jurulatih Malaysia atau mana-mana pemain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengecam Doan Van Hau, Vietnam atau Park Hang Seo, jika ada pun hanya peminat sahaja dan sememangnya kata-kata Park Hang Seo ditujukan kepada Inodnesia.

“Mereka seharusnya bermuhasabah diri terlebih dahulu, Bola sepak adalah sukan yang melibatkan aksi fizikal tapi saya tak setuju dengan mereka yang menuduh pemain kami sengaja menyakiti pemain mereka.”

Cara permainan Doan Van Hau pasti mengundang rasa benci dan marah pasukan lawan serta penyokong mereka, namun jika ada pemain seperti dalam pasukan Harimau Malaya pasti kita akan tetap menyokongnya kerana berjaya melakukan kerja kotor dengan sangat bagus.

Park Hang Seo sudah bersedia menentang Thailand dan telah menggariskan perancangan permainnya untuk menyekat beberapa orang pemain Thailand bagi membalas dendam kekalahan mereka pada edisi lalu.

“Barisan serangan Thailand kuat kerana sokongan dari pemain nombor “Thailand kuat kerana mereka didukung oleh pemain nombor 3 (Theerathon Bunmathan), nombor 6 (Sarach Yooyen) dan nombor 8 (Peeradon Chamratsamee).”

“Jika kami berjaya menghentikan tiga pemain ini, saya pikir Vietnam tidak akan mengalami masalah.” ujar Park Hang Seo.

Sasaran awal Park Hang Seo untuk pasukan Vietnam di Piala AFF 2022 adalah layak ke perlawanan akhir dan ini sudah direalisasikan maka sudah pasti gelaran juara yang dimahukannya kini.

“Kami mempunyai dua misi yang harus dilakukan iaitu bermain bagus di final pertama dan menang untuk membalas dendam ke atas Thailand.”

“Kedua menutup perlawanan terakhir dengan gelaran juara, membawa trofi kejuaraan sebagai hadiah kepada peminat.” Ujar Park Hang Seo.

BACA:  Park Hang-seo Tubuh Akademi Bolasepak Park Hang-seo Di Hanoi Demi Masa Depan Vietnam