Park Hang Seo Minta Petua Dari Kim Pan Gon Untuk Final vs Thailand

Park Hang Seo mengakui bahawa dia telah menghubungi rakan senegaranya yang merupakan pelatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk meminta petua dan tip bagi menghadapi Thailand di final.

Tidak dalam dinafikan lagi Kim Pan Gon mempunyai pengalaman agak luas menentang Thailand di mana pernah menghadapi Thailand di King Cup pada September lalu dan menang dipenentuan sepakan penalti untuk mara ke final.

Di Piala AFF 2022, Malaysia bertemu Thailand di separuh akhir menang 1-0 di perlawanan pertama dan tewas 3-0 di perlawanan kedua sekaligus tersingkir dengan agregat 3-1.

Kim Pan Gon telah membawa dua set pemain Harimau Malaya yang berbeza di King Cup dan Piala AFF 2022 namun boleh memberikan keputusan yang agak membanggakan.

Lantaran itulah Park Hang Seo yakin dengan pandangan dan analisis Kim Pan Gon yang membolehkan memberi saingan kepada Thailand, separuh akhir kedua ideanya jelas tetapi tidak menjadi apabila Mano Polking akui perlawanan kedua agak sukar walaupun menang.

Pengendali Vietnam itu mengakui telah menghubungi Kim Pan Gon untuk mendapatkan pandang dan petua:

“Pembantu saya termasuklah yang pergi ket Thailand menonton separuh akhir kedua Malaysia vs Thailand sudah selesai melakukan analisis untuk final pertama.”

“Saya juga telah berdiskusi bersama Encik Kim Pan Gon tentang pengalamannya ketika menghadapi Thailand di separuh akhir.”

Dari analisis yang dilakukan, Park Hang Seo kini sudah tahu apa yang Vietnam perlu lakukan dan mendedahkan serba sedikit perkara yang orang ramai sudah ketahui.

“Barisan serangan Thailand kuat kerana sokongan dari pemain nombor 3, Theerathon Bunmathan. Jika mampu mematikan pemain ini kami tak perlu takut apa pun.”

Sasaran awal Park Hang Seo untuk pasukan Vietnam di Piala AFF 2022 adalah layak ke perlawanan akhir dan ini sudah direalisasikan maka sudah pasti gelaran juara yang dimahukannya kini.

“Kami mempunyai dua misi yang harus dilakukan iaitu bermain bagus di final pertama dan menang untuk membalas dendam ke atas Thailand.”

“Kedua menutup perlawanan terakhir dengan gelaran juara, membawa trofi kejuaraan sebagai hadiah kepada peminat.” Ujar Park Hang Seo.

Kenyataan Park Hang Seo meminta pandangan Kim Pan Gon itu menjadi perhatian media Indonesia yang pasti cemburu melihat hubungan mesra antara pelatih Malaysia dan Vietnam itu.

Park Hang Seo dan jurulatih Indonesia yang juga dari Korea Selatan, Shin Tae Yong nyata tidak mesra apabila dilihat sering menyindir dan tidak mahu bersalaman ketika perlawanan.

Shin Tae Yong juga mempunyai pengalaman bertemu Thailand di peringkat kumpulan dan Garuda berjaya mengikat Gajah Perang dengan keputusan seri tanpa jaringan namun tidak menjadi rujukan Park Hang Seo.

Park Hang Seo mengakui mempunyai masalah peribadi dengan Shin Tae yong namun menganggap semua telah selepas Vietnam menewaskan Indonesia diseparuh akhir untuk ke final.

Mana orang tua itu tidak bengang dengan Shin Tae Yong apabila memperlekehkan Vietnam menyatakan Naga Emas lolos ke separuh akhir kerana pasukan di kumpulan B lemah.

Selepas itu, Shin Tae Yong menyerang Doan Van Hau di media sosial dengan memuat naik video aksi keji pemain itu dan menuduh Vietnam bermain kasar.

Dalam sidang media menjelang perlawanan akhir, Park Hang Seo telah menyindir Indonesia ketika ditanya adakah Vietnam merupakan pasukan yang bermain dengan kasar.

Menurut Park Hang Seo hanya ada satu pasukan je yang banyak cakap dan tuduh mereka main kasar tanpa menyebut nama pasukan itu namun media Indonesia sangat terasa ia ditujukan kepada mereka.

BACA:  Park Hang Seo dan Vietnam Berpisah, Maka Berakhirlah Perjalanan Penuh Gemilang