Mano Polking Jawab Fitnah Dia Tidak Pernah Cuci Baju

Ketua Jurulatih Thailand Alexander ‘Mano’ Polking telah tampil menjawab fitnah yang dikenakan ke atas dirinya apabila telah dituduh tidak pernah mencuci baju menjelang hari perlawanan.

Kepimpinan Polking sekali lagi berjaya membawa Thailand ke pentas final Piala AFF dan berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang telah dimenanginya pada edisi lalu.

Vietnam yang berjaya menumbangkan cabaran Indonesia menjadi lawan pasukan Gajah Perang diperlawanan akhir nanti yang berformat timbal balik.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi akan menjadi tuan rumah untuk final pertama pada 13 Januari 2023 sebelum bertandang ke Stadium Thammasat, Khlong Hueng pada 16 Januari 2023.

Menjelang perlawanan akhir ini Mano Polking telah dituduh tidak pernah mencucui pakaiannya, tuduhan ini sangat lucu sebenarnya namun Polking tampil menjawab. Baju Polking juga yang jadi isu.

Tuduhan ini muncul apabila pengendali berdarah Brazil-Jermana itu selalu mengenakan kemeja bewarna hitam dan seluar jeans yang hampir sama dan sepanjang Piala AFF 2022 sebanyak tiga perlawanan dia memakai pakaian yang sama.

Alexander Polking tampil menafikan tuduhan ‘kotor’ yang dilemparkan kepadanya itu. Pengurus berusia 46 tahun menjelaskan bahawa dia selalu mengenakan pakaian yang bersih ketika Gajah Perang beraksi.

“Tentang baju saya, saya akan membukanya dan diletakkan ke dalam bakul selepas memakainya. Saya selalu memakai baju yang bersih.”

“Mengenai baju yang saya pakai ketika tewas? Sudah hilang sebagai sampai. Saya sentiasa ada baju baru.”

Sebelum ini, Alexandre Polking telah mendedahkan dengan mengakui bahawa kemeja hitamn yang dipakainya itu membawa tuah. Perkara ini dinyatakan oleh Polking selepas Thailand menjuarai Piala AFF 2020.

“Saya memakai baju yang sama, stoking yang sama dan seluar dalam yang sama namun semuanya bersih gais. Saya boleh janji perkara itu. Saya basuh setiap kali saya pulang dari perlawanan.”

“Bagi saya ini adalah pakaian pemenang kerana Thailand masih belum kalah di kejohanan (Piala AFF 2020) tahun ini. Saya tidak tukar. Jadi mengapa saya tidak terus memakainya?”

“Anda boleh tahu, saya akan terus mengendalikan perlawanan dengan kemeja ini di perlawanan akhir kedua (Piala AFF 2020). Cukuplah kita bercakap mengenai perkara itu.”

Untuk final bertemu Vietnam, Polking berpendapat Naga Emas mempunyai kelebihan untuk perlawanan pertama kerana sudah mendapat rehat yang cukup ketika Thailand menumbangkan Malaysia dan Gajah Perang juga perlu bergegas ke Hanoi selepas perlawanan.

“Perlawanan seterusnya Vietnam dianggap mempunyai kelebihan berbanding kami dalam pelbagai cara. Mereka bermain di home untuk perlawanan terakhir dan mempunyai tempoh rehat lebih daripada satu hari.”

“Hari ini vietnam telah berehat sepenuhnya di hotel mereka. Bagi kami, sudah tentu, permainan kedua kami bermain di home. Pada perlawanan pertama, kami berada dalam keadaan yang kurang menguntungkan.”

Vietnam jelas mendapat rehat yang lebih kerana perlawanan mereka berlangsung lebih awal dan tidak perlu untuk ke mana-mana kerana mereka hanya menanti kunjungan Thailand.

Situasi penjaring gol pertama ketika menentang Malaysia, Teerasil Dangda masih tidak dapat dipastikan lagi apabila mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Adisak Kraison.

Kecederaan Teerasil Dangda pasti akan membimbangkan namun Polking masih lagi yakin kerana mereka masih mempunyai Adisak Kraison yang mampu menggalas tanggungjawab.

“Kecederaan Mui (Teerasil Dangda) perlu diperiksa semula, tiada masalah kerana kami masih mempunyai golf (Adisak Kraisorn) yang telah melakukan tugas dengan baik hari ini.”

Menurut pengurus pasukan Thailand, Madam Pang telah mengesahkan Teerasil Dangda yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF mengalami kecederaan hamstring.

BACA:  Pengakuan Aneh Mano Polking Selepas Singkirkan Malaysia