Alisson Jaring Gol Kemenangan Minit Akhir Satu Detik Paling Gila Dalam Sejarah Bola Sepak

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker telah menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan sekaligus menjadi detik paling gila dalam sejarah bola sepak dunia ketika ini.

Kemenangan dan tiga mata yang amat penting dihadiahkan oleh Alisson Becker bagi mencerahkan peluang Liverpool untuk mara ke Champions League musim hadapan.

Liverpool bermain seperti tiada pedoman dan keputusan seperti sudah pasti akan berakhir dengan kedudukan 1-1 apabila pemain penyerang Liverpool bermain seperti otak ditinggalkan di rumah.

Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, Liverpool memperoleh sepakan penjuru, Alisson Becker naik untuk turut sama menambahkan kepadatan pemain Liverpool dalam kotak penalti.

Sepakan penjuru Trent Alexander Arnold merupakan peluang terakhir Liverpool dan pengadil akan meniup wisel penamat bila-bila masa.

Bola sepakan cantik Trent Alexander Arnold tepat menuju ke arah Alisson Becker yang tidak dikawal mungkin dianggap tidak mampu memberi ancaman.

Tandukan cantik, padu, tepat, sendat dengan sedikit flick daripada Alisson Becker berjaya menewaskan penjaga gol West Bromich Albion, Sam Johnstone.

Seluruh dunia tidak kira peminat atau pembenci Liverpool pasti menjerit melihat jaringan yang penuh dramatik dan agak gila itu.

Alisson menangis dan mengenangkan mendiang ayahnya dan keluarganya. Dia berharap mendiang ayahnya melihat dari atas sana dan meraikannya.

Alisson kehilangan ayahnya beberapa bulan lalu kerana lemas. Ketika itu Alisson sangat sedih.

Alisson juga menyatakan dia naik atas keizinan jurulatih penjaga gol Liverpool dan dia mengucapkan terima kasih kepada assist yang cantik itu.

Alisson sambil bergurau berkata:

โ€œIni jaringan tercantik saya kot.โ€

Alisson juga menegaskan bahawa dia memang banyak berlatih menanduk bola sepak sistem permainan Liverpool yang berasaskan sweeper keeper.

โ€œBanyak saya berlatih menanduk ni. Nak cakap macamana ye. Saya banyak tolong rakan rakan lain mengeluarkan bola dengan kepala.โ€

โ€œSaya rasa gembira dan bersyukur sekali.โ€

Sejak penubuhan Liverpool, Alisson menjadi penjaga gol pertama menjaringkan gol dalam liga perdana Inggeris.

Selepas tamat perlawanan pemain pemain West Brom dan pegawai mereka turut mengucapkan tahniah kepada Alisson. Mereka menghargai momen gila seperti itu.

2020 โ€“ Assist. 2021 โ€“ Jaring Gol Kemenangan

Musim lalu menyaksikan Alisson Becker telah menjadi penjaga gol Liverpool pertama melakukan assist sejak 2010. Pada Mac 2010 Pepe Reina telah melakukannya untuk gol Fernando Torres ketika menentang Sunderland.

Bantuan gol daripada Alisson melalui satu tendangan pantas mencari Mohamed Salah yang tidak dikawal untuk satu serangan balas.

Salah menerima hantaran bola tepat daripada Alisson dengan pantasnya melakukan larian laju yang gagal dikejar pemain Manchester United sehingga ke gawang.

David De Gea cuba keluar dan mengacah Salah namun tindakannya itu gagal dan membuka ruang yang lebih buat Salah melakukan penyudah.

Selepas jaringan itu disahkan tanpa perlu dirujuk Video Assistant Referee(VAR), Alisson telah melakukan satu larian membelah padang menuju ke arah Salah.

Pemain Mesir itu meraikan gol itu dengan kad kuning apabila membuka baju dan menayangkan badannnya yang sado lagi berketul-ketul itu.

Mungkin kerana Salah membuka baju, laju Alisson berlari mahu melihat ketegapan badan Salah dengan lebih dekat.

Ketika menghampiri Salah Alisson telah melakukan satu luncuran atau Slide di padang dengan penuh bergaya dan macho dengan jambangan bebulu di muka.

Habis luncuran, Alisson sampai di depan Salah lalu bangun memeluk penjaring gol kedua Liverpool itu.

Alisson Becker semakin hari semakin menghukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol terbaik dunia diperingkat kelab dan juga peringkat nasional.

Hujung tahun 2019 Alisson menempa sejarah apabila menjadi penjaga gol pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon dโ€™Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Sejak menyertai Liverpool power this is our year yang merupakan pasukan paling hebat di muka bumi ini, Alisson mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi 3 anugerah tangan(Golden Gloves) emas semusim.

1. Premier League 2018/2019
2. UEFA Champions League 2018/2019
3. Copa America 2019

BACA:ย  Alisson Becker Dua Kali Dilayangkan Kad Merah Sebelum Ditarik Balik Oleh Pengadil Perlawanan